Novel : Si Baju Kurung Kasut Kanvas
Penulis : Umie Nadzimah
Muka Surat : 557
Penerbit : Karya Seni
Terbitan : Disember 2016
SIPNOSIS
Kata emaknya, Cik Pah, Suria Rihana tak pandai melawa, sebab itu tak ada lelaki mahu mendekat. Dia cuma tahu pakai baju kurung, baju kurung dan baju kurung. Mahu runtuh langit kalau dapat tengok dia pakai skirt labuh macam anak-anak dara zaman sekarang. Lagi satu,dia tak reti pakai kasut gegirl, yang dia tahu hanyalah kasut kanvas tapak rata tu. Pergilah mana pun, fesyen dia itu, itulah juga.Buruk sangatkah berpenampilan begitu? Emak dia dan sepupunya, merangkap anak saudara kesayangan Cik Pah a.k.a musuh ketatnya selalu menghina pemakaiannya. Emak mentua dan bakal suami tak jadinya pun sama. Malah calon-calon menantu pilihan emaknya juga memandang dia sebelah mata. Sebab itulah emak dia sering menyalahkan Suria. Emak susah dapat menantu sebab Suria tak pandai bergaya. Tiada lelaki yang berkenan!Pada suatu petang yang sedih, dia telah ditakdirkan berjumpa dengan seorang pak cik sado yang tinggi kualitinya. Zaman sekarang susah nak jumpa mamat-mamat yang boleh bergantung harap. Yang dia jumpa sebelum ini semuanya hampas-hampas belaka.Persoalannya, nak ke pak cik berkualiti tu pada dia?Ada ke lelaki yang tidak pandang rupa paras si bakal isteri? Dia tidak cantik, pakai pun sempoi giler...Bagaimanakah pengakhiran kisah cinta dan konflik kekeluargaan si gadis sempoi berbaju kurung berkasut kanvas yang berjiwa cekal ini? Bacalah naskhah ini dari muka surat pertama sehingga perkataan tamat untuk cari jawapannya..
REVIEW
Pernah baca novel Umie Nadzimah, Kerana Terpaksa Aku Relakan so kalau nak compare dua novel ni memang novel ini lebih ringan dan santai. aku berjaya habiskan novel ni dengan laju, petang start malam dah habis, agak amazing la bagi aku ni sebab bukan senang nak habiskan novel dengan laju sekarang ni.
isu utama dalam novel ni pasal soal jodoh. macik kepoh yg sibuk nak tunjuk dia dapat menantu terbaik, emak yg asyik tak puas anak belum jumpa jodoh dan manusia yg sibuk nak jaga tepi kain orang padahal kain sendiri terkoyak buat-buat tak perasan. banyak pengajaran dan dakwah santai islamik dan juga tips diet yg cuba diselitkan penulis dalam novel ni.
suka baca novel yer?
ReplyDeletesuka juga..hehe
Deletetak pernah baca KTAR tapi drama yang izreen dengan amar bahrin tu kan? Best jugak
ReplyDeleteaah..yg drama dorang la berlakon :)
Deletewaa.. kaki novel rupanya.. hee~ bagus2.. saya baru nak start balik beli novel ni.. lama plak tak melabur kearah itu.. rindu nak menyengih..
ReplyDeletesama la dah lama stop novel ni skrang baru start balik..haha
Deletebaguslah kak suka baca novel <3
ReplyDelete