Review Drama: Aku, Dia & Pinky Promise (TV Okey)

Sinopsis Drama Aku, Dia & Pinky Promise (TV Okey)

Aku, Dia & Pinky Promise sebuah drama adaptasi novel yg ditulis oleh Anna Lee yg ditayangkan di saluran TV Okey RTM mulai 25 Januari 2020. Drama ini akan disiarkan setiap hari pada jam 10.00 Malam. kalau tak ada NJOI atau Astro, boleh sahaja tonton drama ini di website MyKlik RTM atau download aplikasi RTM Mobile di smartphone.

Drama Aku, Dia & Pinky Promise diterbitkan oleh Nusantara Seni Karya di bawah arahan Jamal Khan. Antara barisan pelakon yg membintangi drama bersiri 20 episode ini ialah Sweet Qismina, Syafie Naswip, Adam Lee, Faha Azhar, Hakim Nordin, Nelissa Edreena dan ramai lagi.

Sinopsis Drama Aku, Dia & Pinky Promise (TV Okey)

Apa yg anda lakukan apabila dapat peluang untuk putarkan masa?

Bagi Siti Saleha, kalau dapat putarkan masa, dia mahu kembali ke zaman persekolahan dan perbetulkan kesilapan masa lalu. antaranya tukar aliran sains ke kelas sastera dan tumpukan perhatian pada masa hadapan dan jangan sibuk nak bercinta zaman sekolah. kiranya banyak benda yg Saleha nak ubah pada masa lalu.

Aku, Dia & Pinky Promise, mmengisahkan Saleha yg menghadiri wedding photoshoot kawannya di Melaka. Saleha sempat bersiar-siar di atas bukit St John, malangnya dia terjatuh semasa turun dari bukit tersebut dan apabila tersedar daripada pengsan, Saleha telah kembali ke masa lalu, tahun 2009 di mana dia bakal menduduki peperiksaan SPM pada tahun tersebut.

Sinopsis Drama Aku, Dia & Pinky Promise (TV Okey)

pada mulanya siapa yg tak terkejut dengan kejadian aneh yg berlaku tapi selepas memahami situasi yg berlaku, perkara pertama yg Saleha lakukan adalah menukar aliran sains kepada sastera. ramai juga mempertikaikan keputusan dia tu memandangkan SPM lagi beberapa bulan lagi. Saleha tetap dengan keputusan dia walaupun dimasukkan kelas paling hujung dan bertemu dengan budak paling nakal dalam sekolah tersebut iaitu Azri.

Saleha punya matlamat untuk fokus dalam pelajaran agak terganggu apabila selalu kena kacau dengan budak Azri ni. Azri pmemang tak suka apabila Saleha tetiba masuk kelas dia sebab dia syak  yang Saleha jadi spy untuk cikgu dan disebabkan Azri jugalah Saleha dipulaukan oleh rakan sekelas yg lain. namun kerana satu kejadian, mereka mula menjadi kawan dan kerana satu pinky promise juga Azri terpaksa menjadi guardian angel untuk Saleha.

aku tak baca novel dia so tak boleh komen pasal itu, untuk versi drama pula memang best tengok cerita zaman budak sekolah ni, memang terhibur sangat dan aku banyak gelak bila tengok perangai nakal yg mereka buat. paling best tengok Syafie yg jadi budak gangster dalam drama ni tapi dalam hati ada taman, bila Sweet dan Syafie digandingkan bersama memang comel sangat.

aku baru tengok sampai episode 3, setakat ni memang layan dan konsep dia pun agak unik sebab jarang tengok drama melayu pasal time travel. kebanyakkan drama melayu sekarang banyak cerita kahwin, cerita sedih nak buat kau menangis aku pun tak tahu bila last aku tengok drama remaja macam ni, rasanya last tengok pun drama Dunia Baru atau Kami. sekali sekala layan citer budak sekolah, hilang stress dan tetiba teringat zaman sekolah dulu.

16 comments:

  1. sebab tu kak suka sangat drama korea tema sekolah. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. drama korea memang banyak tema macam ni, tak stress layan drama macam ni..hehe

      Delete
  2. Writer buku ni brilliant gila! hehe maybe you should give her book a try! There are lots of extraordinary content in her novels. Siyes lain daripada novel2 yang belambak kat kedai buku.

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya suka baca buku anna lee dan prolog media sebab cerita dia sgt unik cuma buku ni yg tak ada dalam koleksi..hehe

      Delete
  3. bila baca sinopsis drama ini, teringat akak flem 13 going on 30 lakonan jennifer garner, dia dah umur 30 tahun tapi kembali jadi 13 tahun dan dia dapat perbaiki diri dia dari mula... tapi menarik jugak dramanya, lari dari drama yang biasa sekarang nih

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh aah bila sis mention pasal movie tu baru ingat pernah tengok chinese movie guna konsep yg sama :)

      Delete
  4. lama tak follow drama2 tempatan.. rumah xdok tv and kadang2 je tngk kat utube. Sweet ni memang manis le.. comey..

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun malas nak tengok movie selalu tengok youtube je..hehe

      Delete
  5. Replies
    1. nak lepas stress carilah drama untuk tengok..hehe:P

      Delete
  6. Wait... Stopppp.. tak sanggup baca sinopsis dia.. sebab macam menarik je.. Jarang tau tengok drama Melayu... Nak carilah cerita ni XD

    ReplyDelete
  7. anna lee ni kita suka baca novel dia...lain dari yang lain

    ReplyDelete
  8. Kak Sha baru nak tengok.. episod satu pun dah ohsem.. ada baca novel dia tapi tak berapa ingat..

    ReplyDelete