Drama Titian Takdir sebuah drama terbaru yg ditayangkan di Slot Lestary TV3 mulai 9 Januari 2020 bagi mengantikan drama Kampung People. kalau sebelum ini kita bergelak ketawa dengan aksi keluarga Razif dalam Kampung People, kali ini kita berubah kepada mode yg lebih serius dan lebih banyak konflik.
Titian Takdir diarahkan oleh Nazir Jamaluddin dan diterbitkan oleh Suhan Movie & Trading. Drama ini mempunyai 16 episod dan disiarkan setiap hari Rabu hingga Jumaat jam 9.00 malaam. antara barisan pelakonnya ialah Sweet Qistina, Nadia Brian, Fimie Don, Syazuwan Hassan, Normah Damanhuri Emelda Rosmilla dan ramai lagi. drama ini mengisahkan Latifah yg cuba menyatukan kembali adik-adiknya yg telah terpisah sejak kecil.
drama ini bermula dengan flashback kisah yg berlaku 15 tahun yg lalu, Wan Jah mempunyai dua orang anak iaitu Mohammad dan Che Yun. Selepas kematian Mohammad, balunya iaitu Wati mengambil alih tugas mencari nafkah untuk menjaga anak-anaknya iaitu Latifah (Along), Nazmi (Angah), Ayoi dan Aisyah. hidup Wati bertambah susah apabila dia diberhentikan kerja kerana selalu mengambil cuti untuk menjaga along yg tengah sakit di hospital. Wati semakin terdesak untuk mendapatkan duit dan dia cuba menuntut duit arwah suaminya daripada Wan Jah.
kehidupan empat beradik ini bertambah menderita apabila ibu mereka meninggal dunia dan tinggal bersama Wan Jah. mereka ditempatkan di bilik stor dan dikerah untuk membuat segala kerja rumah. selain Wan Jah, Che Yun dan anak-anaknya tidak pernah suka dengan keempat beradik ini dan selalu mencari kesalahan untuk memarahi mereka.
Perangai Wan Jah memang menyakitkan betul dalam drama ini. selepas kematian Mohammad, Wan Jah langsung tak peduli dengan hidup cucu-cucunya malah duit peninggalan arwah Mohammad habis dia bolot. bila ada yg datang tegur tentang dosa makan duit anak yatim, Wan Jah menegaskan yg dia cuma mahu menjaga harta mereka sehingga mereka cukup umur. Wan Jah mengambil mereka tinggal bersamanya sebab tak nak orang kampung mengata. kesudahannya Wan Jah menghantar along, angah, ayoi dan aisyah ke rumah kebajikan dengan alasan tidak mampu menjaga mereka berempat.
apabila tinggal di rumah kebajikan, kehidupan mereka lebih gembira dan selesa tapi satu part yg sangat menyedihkan apabila aisyah diambil oleh keluarga angkat dan terpaksa berpisah dengan along, angah dan ayoi. menangis tengok scene ini. sambungannya kena tengok minggu ni..hehe
aku tengok di youtube saja, tak sempatlah nak follow Titian Takdir di tv tapi tengok di youtube pun tak best juga sebab tak boleh nak feel bila semua background music dah kena mute. apapun jalan cerita drama ni sangat menarik cumanya bila nak tengok drama ni kena prepare mental sikit sebab rasa nak maki saja bila tengok perangai Wan Jah dan Che Yun dalam drama ni.
xpernah tgk cite ni..
ReplyDeletemyra ni dah la jenis emosi sikit bila tgk drama Melayu ni.
ReplyDeleteLifestyle Blog | The Grey Lines Between
dah tengok drama ni, best :D
ReplyDeleteadoii macam best. Tapi, pelakon dia. hoho
ReplyDeleteThank you for the review :D btw muka sweet dekat poster tu macam Rosanna Pansino haha :D
ReplyDeleteMama X move on lagi dgn kampung people hihii
ReplyDeletekampung people memang terbaik :D
Deletenampak menarik.. sayang x tengok dari awal..
ReplyDeleteTengok jgk cite ni minggu lepas. Semua rasa ada dalam citer nie. Part paling sedih bila tengok Aisyah nak berpisah dengan along n abang-abang dia sob3x
ReplyDeletebetul~ huhu
Deletemenarik drama ni..terlyan jugak dgn anak2
ReplyDeleteSy akan tengok sbb hero dia. Hahaha
ReplyDeletemesti stress sebab marahkan wan jah tu kan..
ReplyDeletesangat!! haha
Deletetgk di sebalik tabir.. srnk juga.. kisah 4 beradik terpisah... kekeluargaan sgt..
ReplyDeletex puas lagi tengok flashback.. x tahu apa jadi dengan nenenk dan che yun
ReplyDelete