VIU kembali lagi dengan drama terbaru Black yg diadaptasi daripada drama korea menggunakan judul yg sama. bila tahu Viu remake drama ni, aku excited juga untuk tengok drama ni walaupun tak berjaya habiskan versi Korea punya. Black (Malaysia) mempunyai lapan episod dan dibarisi pelakon terkenal seperti Kamal Adli, Siti Saleha, Nabila Huda, Khir Johari, Zoey Rahman dan ramai lagi. drama ni boleh tengok di VIU, aku pun tak pasal pergi subscribe VIU untuk bulan ni semata-mata nak tengok drama ni.
Black mengisahkan Sofia yg mempunyai keistimewaan untuk melihat bayang hitam yg menunjukkan orang itu akan mati dan apabila Sofia menyentuh bayang-bayang tersebut, dia dapat melihat cara kematian orang tersebut. Sofia tidak pernah menganggap keistimewaan tersebut sebagai kelebihan sebaliknya satu sumpahan kerana dia tidak dapat menyelamatkan sesiapapun walaupun tahu ajal mereka akan tiba. Sofia sering memakai cermin mata untuk mengelak daripada melihat bayang hitam tersebut.
sehinggalah suatu hari, Sofia bertemu Malik seorang detektif yg percaya dengan keistimewaan yg dimilikinya dan Malik berjanji untuk membantu Sofia. Sofia pula apalagi, semangatlah bila ada orang percaya dengan dirinya dan cuba untuk menyelamatkan orang yg mempunyai bayang hitam tersebut.
namun malang tidak berbau apabila usaha Sofia dan Malik untuk menyelamatkan mangsa gagal manakala Malik pula yg terkorban dalam satu insiden tebusan. Sofia menyalahkan diri sendiri kerana kematian Malik.
444 pula masuk ke alam manusia untuk menangkap 419 yg telah melanggar undang-undang kaum Bhava dan membawanya kembali dalam dunia mereka. Bhava ini kalau manusia pula panggil kaum bunian. salah satu cara untuk menjalankan misinya ialah dengan memasuki badan manusia.
Malik pula telah disahkan mati tetapi hidup semula apabila 444 menggunakan badan Malik. semua orang yg kenal Malik memang terkejut bila Malik yg mati tetiba hidup kembali tapi Malik telah hilang ingatan. iyelah mana nak ingat kalau Malik ni sebenarnya orang lain.
444 ni jenis hati kering, motif dia cuma satu sahaja iaitu untuk mencari 419 dan hal lain tu memang dia malas nak ambil tahu. sampailah satu hari, dia dapat tahu yg sebenarnya ada orang nak bunuh Malik dan pada hari kejadian memang Malik sengaja ditembak. 444 juga dapat tahu yg Malik tengah menyiasat satu kes lama yg saling berkait dengan orang sekelilingnya. 444 menggunakan bantuan Sofia cuba menjejaki 419 dan pada masa yg sama menyiasat kes yg disiasat oleh Malik.
kalau tak salah aku, versi korea lebih serius tapi versi Malaysia lebih ringan sikit kerana diselitkan babak komedi .menarik juga sebab ada beberapa part yg diubah sedikit supaya sesuai dengan citarasa penonton Malaysia tapi drama ni mungkin tak lepas nak tayang di tv sebab dialog Khir Rahman dalam ni banyak mencarut sampai aku pun terkejut juga pertama kali tengok babak macam ni dalam drama melayu.
bagi aku, Black versi Malaysia menarik juga untuk ditonton cuma ending dia agak tergantung sedangkan banyak lagi persoalan yg belum terjawab. maybe ada musim kedua, mana tau kan cuma mampu mengharap.

Baca juga:
14 Comments
Kalau versi Korea habislah.. Yang versi Malaysia ini kata ada sambungan lagi.. tapi tak tahulah bila.. katanya bukan sampai episod 8 je..
ReplyDeletekalau ada sambungan bagus juga sebab cerita dia tergantung habis :(
Deleteversi korea pun belum ada kekuatan nak tengok lagi ni. adeh. huhuhu
ReplyDeletesaya pun tengok sekerat je umi yg versi korea tu..hehe
Deleteala nak tengokkkk...sebelum ni memang tengok Black Korea tu sampai habisss
ReplyDeleteDua2 belum tgk lagi. Hahahah
ReplyDeletePernah tengok Black versi Korea. Best! yang Malaysia punya, tengah layan. ^^ Hopefully best la kan?
ReplyDeletenot bad la..hehe
DeleteKenapa saya boleh tengok 8 eps je dlm VIU?
Deletesebab drama ni memang 8 episode je.
DeleteBestnya cite ni mama suka cite pelik MCM ni
ReplyDeletetak suka siti saleha tapi jalan cerita drama ni macam best lagipun episod dia tak banyak hehe
ReplyDeleteBoleh masuk list untuk ditonton.
ReplyDeleteending cerita black korea x berapa best.. hehe
ReplyDelete