Novel | Kerana Hati Telah Berjanji by Rissa Ahdiya


Novel : Kerana Hati Telah Berjanji
Penulis : Rissa Ahdiya
Helaian : 455
Penerbit : Karya Seni
Terbitan : Oktober 2019

Kerana Hati Telah Berjanji mengisahkan Manis yg mana kehidupannya tidaklah semanis namanya. dalam keluarganya anak lelaki dilayan seperti raja, anak perempuan pula dikerah membuat segala kerja rumah.  dan kerana rupa paras Manis yg tidak secantik dan sepandai seperti adik-beradiknya yg lain, Manis dilayan seperti orang gaji dalam keluarga sendiri. apabila dipinang Remy, Manis merasakan inilah masanya dia keluar daripada rumah yg seperti neraka itu.

bila baca kisah Manis ni memang sedih dan kesian sangat, dari kecil kena buat segala kerja rumah bila memberontak dan menjawab dikatakan anak kurang ajar. bila dengar Mek Dilah (mak Manis) ni marah perghh terasa telinga aku pula yg bernanah dengar dia berleter. itu belum lagi abang Manis yg tak habis cari pasal untuk kenakan Manis, wah stress betul baca buku ni. 

bak kata Mek Dilah,  anak lelaki kena tatang elok-elok, besok lusa bila anak perempuan dah kahwin anak lelaki yg boleh diharap untuk jaga dia. kau rasa kemudian hari anak lelaki ke nak jaga Mek Dilah ni?

Remy pula memang lelaki yg baik, pertama kali ternampak Manis terus jatuh cinta, terus hantar rombongan. walaupun ada kata-kata negatif pasal Manis, dia tak ambil peduli. boleh dikatakan hidup Manis sangat bahagia setelah berkahwin dengan Remy.

masalah mereka selepas kahwin ialah apabila Manis tinggal serumah dengan ibu mertuanya. maka bermulalah episod maduku ibu mertuaku, akhirnya yg tersepit kat tengah sudah tentu Remy. seorang ibu dan seorang lagi isteri, hati ibu nak jaga dan hati isteri pun nak jaga juga. wah pening betul jadi Remy.

Kerana Hati Telah Berjanji lebih kepada konflik keluarga, tak ada pun isu orang ketiga dan ceritanya mungkin nampak klise sebab isu yg ada dalam novel ni dah biasa  sangat kita dengar iaitu mengenai mak bapa yg pilih kasih, konflik menantu dan mertua yg duduk serumah. tapi penulis pandai menambah rencah pada jalan cerita dan setiap watak supaya ceritanya bertambah menarik. 

overall, novel ni sangat menarik dan penuh dengan pengajaran cumanya stess juga nak mengadap perangai manusia dalam novel ni. yg pasti watak Manis dan Remy ni sangat kuat untuk menghadapi setiap dugaan dan cabaran dalam hidup dan rumah tangga mereka.

Post a Comment

12 Comments

  1. rindu pulak nk baca novel mcm dulu2.. huhuuuu

    ReplyDelete
  2. menariklah novel gini! bukan senang nak jumpa sekarang (ada je... sendiri yang tak cari)

    p/s: lagi tertarik nak baca revew Code Name: Cobra tu !!! hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang plan nak baca Code Name tu tapi nak habiskan dulu buku Rehan Makhtar..hehe

      Delete
  3. eh boleh dengar ek bila baca novel tu? 😜

    ReplyDelete
    Replies
    1. dia punya emo tu boleh dengar sampai ke telinga..haha:P

      Delete
  4. tengok part menantu mertua duduk serumah tu dah boleh bayang dah tahap stress dia tinggi mana

    ReplyDelete
    Replies
    1. sgt stress. kesimpulanya kalau kahwin nanti, suami ajak tinggal dengan mak dia sila cakap no awal2 :P

      Delete
  5. Part anak perempuan diketepikan dan anak lelaki ditatang ini memang jadi dalam realiti.. Bagus juga ada novel macam ini.. Memberi teguran pada yang membaca..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul. banyak pengajaran dalam novel ni walaupun isu dia agak klise :)

      Delete
  6. akak pun hantu novel..ada banyak koleksi ..ada 100 lebih lagi x baca...beli mmg rajin la

    ReplyDelete
  7. Boleh cari novel ni, seru ceritanya..

    ReplyDelete