Slot Akasia TV3 kembali dengan drama terbaru, Seadanya Aku bagi menggantikan Adellea Sofea. Seadanya Aku adalah drama adaptasi novel yg ditulis Rissa Ahdiya dan mengandingkan semula Zara Zya dan Azlee Khairi yg sebelum ini pernah popular dengan drama Love You Mr Arrogant.
Seadanya Aku diterbitkan oleh Country Universal Sdn Bhd dibawah arahan Feroz Khan. Drama yg mempunyai 28 episod ditayangkan bermula 15 Januari 2020, setiap hari Isnin hingga Jumaat jam 7.00 Malam. Antara pelakon drama ini ialah Elvina Mohammad, Dayana Roza, Redza Rosli, Fadlan Hazim, Sharifah Husna dan ramai lagi.
Seadanya Aku sebuah drama mengenai kisah persahabatan antara Aufiya (Zara Zya), Wina (Elvina) dan Zureen (Dayana) yg telah lama bersahabat baik sejak zaman belajar. Aufiya telah bertunang dengan Taufik dan bakal bernikah tidak lama lagi manakala Wina pula telah lama bertunang dengan Zarul (Azlee Khairi).
Menjelang hari perkahwinan, rahsia Fiya yg disimpan rapi selama ini terbongkar apabila Taufik mempersoalkan status Fiya setelah mendapat satu mesej daripada nombor yg tidak dikenali. Fiya cuba menjelaskan yg dia pernah dirogol ketika pulang daripada kelas namun Taufik tidak percaya. kesudahannya Taufik tidak muncul di hari pernikahan mereka.
Pada hari pernikahan Fiya memang kelam kabut sudahlah pengantin lelaki tak muncul, mak pengantin lelaki pula datang semata-mata nak hina maruah Fiya. siapa tak malu lagi-lagi mak bapa Fiya yg nak kena mengadap benda ni nasiblah mereka boleh terima kebenaran yg Fiya ceritakan. kemudian muncul Zarul yg terkejut apabila dapat tahu Taufik tidak munculkan diri dan Zarul menjadi penyelamat kepada maruah Fiya dan keluarga.
Pada hari pernikahan Fiya memang kelam kabut sudahlah pengantin lelaki tak muncul, mak pengantin lelaki pula datang semata-mata nak hina maruah Fiya. siapa tak malu lagi-lagi mak bapa Fiya yg nak kena mengadap benda ni nasiblah mereka boleh terima kebenaran yg Fiya ceritakan. kemudian muncul Zarul yg terkejut apabila dapat tahu Taufik tidak munculkan diri dan Zarul menjadi penyelamat kepada maruah Fiya dan keluarga.
konflik drama ni lebih kepada persahabatan, macam mana Fiya nak mengadap Wina selepas dah berkahwin dengan tunang kawan baiknya. permulaan drama ni nampak macam watak Wina yg paling kesian antara mereka bertiga sebab tak habis dengan masalah keluarga, tunang pula dingin semacam lepas tu tunang kena caras dengan kawan sendiri pula. kesimpulannya kena tengok drama ni untuk tahu siapa musuh sebenarnya.
mcm best je drama ni..
ReplyDeletelayannn.. hehehe
ReplyDeleteok tq atas info. tak boleh move on lagi dari cerita drama soffea adalea..hihi
ReplyDeleteItu la yang cuba ditengok semalam. Kesian je.
ReplyDeletebaru smlm tgk.hehe.. adoi kalau jadi fira mmg sebesalah..
ReplyDeleteWah menarik juga ni
ReplyDeleteDrama melayu. Tak pernah plak tengok sebelum ni.
ReplyDeleteMemang best drama ni, tak rugi layann lagi2 gandingan hero heroin yang sememangnya mantap
ReplyDeleteuish menarik ini.. mesti asa salah seorang dari mereka bertiga tu yang jahat kan..
ReplyDeleteRasanya akak dah ada novel ni sebab masih ingat jalan citer dia..koleksi novel yang x baca pun lagi banyak..hahaha...ntah bila nak abis baca..apapun akak suka dan dah terjebak dengan drama ni
ReplyDeletetak beli pun novel dia sebab time tu baca sipnosis novel dia pun dah rasa stress. layan drama je lah..hehe
Delete