Drama | Vagabond (2019)


Title : Vagabond
Director : Yoo In Shik
Screenwriter : Jang Young Chul, Jung Kyung Soon
Network : SBS, Netflix
Episodes : 16
Duration : 60 minutes
Cast : Lee Seunggi, Bae Suzy, Shin Sung Rok, Moon Jung Hee, Ryu Won,
Lee Kyung Young, Hwang Bora, Lee Gi Young.


Vagabond mengisahkan Cha Dalgeun yg mahu menyiasat misteri kapal terbang terhempas yg mana salah seorang mangsa nahas tersebut ialah anak buahnya

Cha Dalgeun seorang stuntman dan dia menjaga Hoon selepas kematian abangnya. Hoon sangat aktif dalam taekwondo, suatu hari persatuannya mendapat jemputan untuk mengadakan demo taekwondo di Morroco namun tragedi berlaku, apabila kapal terbang yg dinaiki mereka terhempas dan mengorbankan kesemua penumpang dan anak kapal.

Dalgeun mula menyiasat kes kapal terbang tersebut selepas terjumpa satu bukti yg menunjukkan terdapat terrorist dalam kapal terbang tersebut. pada mulanya Dalgeun cuba memberitahu bukti yg dijumpai malangnya tiada siapa yg percaya dan kerajaan juga seperti menutup mata daripada menyiasat kejadian tersebut.  Dalgeun tekad untuk mencari dalang sebenar walaupun nyawanya terancam.


Go Haeri pula seorang ejen NIS dan pada mulanya Haeri sendiri tak percaya kapal terbang tersebut kena hijack tapi bila tengok bukti yg Dalgeun bagi dan dia sendiri kena serang baru Haeri percaya. 

Haeri mula menyiasat kes tersebut dan benda ni bukan senang sebab dalam NIS berlaku corruption dan dikawal oleh kerajaan, bukti yg ada dipadam malah kes tersebut cuba ditutup oleh pihak atasan tanpa alasan yg kukuh.


kes ini sebenarnya berkaitan dengan jet fighting bidding, terdapat persaingan antara syarikat Dynamic dan syarikat John & Mark untuk mendapat kontrak dengan kerajaan. Dynamic dikatakan berpotensi untuk menang kontrak tersebut kerana mereka menggunakan teknologi terkini dalam pembuatan jet dan kapal terbang mereka dan harga yg ditawarkan lebih rendah berbanding syarikat saingan yg lain.

apabila kapal terbang buatan Dynamic terhempas ramai yg mempersoalkan teknologi yg mereka gunakan tapi hakikatnya orang ramai tidak tahu yg kapal terbang tersebut kena hijack. Dalgeun percaya John & Mark menjadi dalang yg menyebabkan kapal terbang tersebut terhempas. dakwaan tersebut bertambah kuat apabila pihak John & Mark sendiri mengupah orang untuk menbunuh Dalgeun.


pada mulanya memang tak boleh nak salahkan NIS kerana pihak atasan yg tak benarkan mereka siasat kes ini dan kerajaan juga bagi arahan supaya kes ini ditutup segera. namun begitu, ada pengawai NIS yg tak boleh berdiam diri apabila bukti yg ada dihapuskan, nampak sangat ada benda yg tak kena. so Gang Joo Cheol dan Gi Taeung mula rekrut ejen NIS yg boleh dipercayai untuk siasat kes ini.

benda yg buat aku frust sangat dalam drama ni ialah ejen NIS yg macam useless giler. walaupun ada inisiatif mereka untuk siasat tapi yg buat semua kerja ialah Dalgeun, dialah yg tangkap suspek, dialah yg protect suspek habis tu apa function NIS dalam drama ni pun tak tahu kalau stuntman yg buat kerja mereka. mostly benda yg NIS buat ialah begaduh sesama sendiri.

bila tengok drama ni memang tak boleh nak percaya sesiapapun sebab masing-masing ada motif dan kepentingan sendiri. orang yg nampak baik tak semestinya baik dan orang yg nampak jahat tak semestinya dalang sebenar. keseluruhan jalan cerita Vagabond agak menarik juga cumanya ending dia tak macam ending, banyak persoalan yg belum terjawab so aku pun tak sure sama ada drama ni akan ada sambungan atau pun tidak.

Post a Comment

14 Comments

  1. This drama was such a hit. Tak sempat lagi nak tengok. Thanks for the review.

    ReplyDelete
  2. Itu lah, rasa hangin jugak kat ending tu. Haha

    ReplyDelete
  3. yup endingnya ntah pape, kalau diorang confirm season 2 takpe gak, ni ckp x pasti lgi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah kalau confirm tu at least takde stress sangat dengan ending dia tapi kan ni bukan first time ending kdrama macam so dah malas nak berharap ada season 2 ke tak.

      Delete
  4. suzy x seunggi ! drama ni dah lama bertapak dalam list.. tapi tulah belum mood nak tengok hehe

    p/s:i love your new header !!!

    ReplyDelete
  5. Teringatpula flight mh370 Kita huhu

    ReplyDelete
  6. Ramai yang macam tak berapa suka ending dia.. Tengah hold dulu drama ini..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau confirm ada sambungan mungkin ramai tak kisah sangat

      Delete
  7. hahahaha tahu takpe, geram gila tengok NIS lemah sangat padahal ejen special negara kot. Dalgeun dah macam superhero dah semua dia boleh buat

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah..ejen NIS boleh kalah dengan stuntman, mentanglah dia hero habis semua benda dia buat.

      Delete