Drama Korea | Psychopath Diary (2019)


Title : Psychopath Diary
Episode : 16
Duration : 1 hour 20 minutes
Cast : Yoon Shi Yoon, Jung In Sun, Park Sung Hoon

Psychopath Diary sebuah drama terbitan tvN mengisahkan Yook Dong Sik yg bekerja di syarikat pelaburan dan personaliti Dongsik yg kurang berkeyakinan menyebabkan dia selalu dibuli di tempat kerjanya. Dongsik bakal dibuang kerja kerana kesilapan yg dilakukan rakan sekerjanya. 

Dongsik semakin tertekan dengan keadaan yg dihadapinya lalu membuat keputusan untuk membunuh diri tapi dia sendiri pula menyaksikan satu kes pembunuhan. Dongsik cuba melarikan diri malangnya dia telah dilanggar kereta lalu hilang ingatan.


Psychopath Diary sepatutnya jadi thriller drama sebab pembunuh dia sangat kejam dan psiko tapi once Dongsik terbaca diari pembunuh terus drama ni bertukar komedi. aura triller tu memang tak terasa selepas itu.

sebelum kemalangan, Dongsik terambil diari pembunuh, pembunuh tersebut memang psiko sangat, sudahlah bunuh orang lepas tu dia cerita secara terperici setiap kejadian yg berlaku dalam diari tersebut. apabila Dongsik yg hilang ingatan baca diari tu, dia memang sangka semua benda yg berlaku dalam diari tersebut adalah perbuatan dia. antara sebab juga Dongsik percaya yg dia pembunuh psiko adalah disebabkan hobi dia yg suka baca buku dan filem triller.

seriusly, aku rasa Dongsik ni memang gila sebab dia nak buktikan yg dia sebenarnya pembunuh psiko dan jadi semakin obsess dengan diari tersebut padahal nampak sangat tak ada bakat langsung nak jadi pembunuh. Dongsik cuba balas dendam pada bos dia, plan memang gempak tapi bila nak bunuh tu gagal. 

nak hempuk kepala orang dengan penutup tandas tapi penutup tetiba pecah, dah gantung orang tapi tali pula putus. pendek cakap, memang tak ada bakat langsung jadi pembunuh dan tengok drama ni memang penat gelak dengan perangai gila Dongsik.


diari tersebut sebenarnya milik Seo In-woo, anak kepada pengerusi syarikat tempat Dongsik bekerja. dari luaran tak nampak In-woo ni bermasalah tapi sebenarnya dialah pembunuh psiko dalam drama ni. pada mula Seo Inwoo agak excited nak berkawan dengan Dongsik sebab dia ingatkan Dongsik ini pembunuh psiko macam dia tapi bila In-woo tahu Dongsik sebenarnya hilang ingatan dan cuba jadi pembunuh disebabkan diari miliknya, memang dia boleh gelak saja lah.

Seo In-Woo ni sangat licik kerana sudah membunuh ramai orang tapi perbuatan dia langsung tak dapat dikesan oleh pihak polis sebab dia buat mangsanya mati seperti bunuh diri. apabila Seo In-woo mendapat tahu diarinya dalam simpanan Dongsik, dia cuba membunuh Dongsik supaya rahsianya tidak terbongkar.


Sim Bokyung seorang anggota polis dan dia jugalah yg terlanggar Dongsik. Bokyung rasa bersalah juga disebabkan dia, Dongsik sampai hilang ingatan so dia cuba membantu Dongsik apa yg patut.

Bo Kyung juga sangat meminat untuk menyiasat kes jenayah walaupun dia bukan seorang detektif. dia cuba menyiasat beberapa kes bunuh diri sebab dia jumpa klu yg mencurigakan. Bo Kyung sebenarnya tak sedar bukti yg cari ada pada Dongsik dan pembunuh pula ada depan mata dia saja.

overall, drama ni menghiburkan untuk ditonton dan pelakon semua memang best cuma jangan nak expect banyak sangat dengan jalan cerita sebab ceritanya terlalu fokus pada Dongsik yg try hard untuk jadi pembunuh psiko.

Post a comment

23 Comments

  1. suka Yoon Shi Yoon ni.. dia cem comel2 jee gitu hahaa..

    ReplyDelete
  2. Layan cerita ini sebab perangai Dongsik yang cuba bersungguh nak jadi pembunuh tapi tak berjaya.. memang gelak berdekah je bila tengok drama ini..

    ReplyDelete
  3. layan drama ini, cuma kelakar pun ada kt watak hero tu dia perasan sangat dia tu pembunuh bersiri... suka drama santai gini... puas hati lah dia punya ending pun best

    ReplyDelete
  4. belum layan lagi drama ni. sekarang dok layan drama thriller dulu :D

    ReplyDelete
  5. Dah masuk wishlist tapi tulah ntah bila nak tengok tak tau. ^^

    ReplyDelete
  6. menarik ni.. nak tengok la kalau ada masa nanti :)

    ReplyDelete
  7. tengok drama ini awal-awal saja masa lelaki tu di tuduh mengintai..

    ReplyDelete
  8. Teringat hanbyul pula bila tgk gambar hero tu.. cerita best juga Ni Boleh layan

    ReplyDelete
  9. haritu ada tengok ssiiikiiitt je scene drama ni kat rumah kakak (sbb dia ada TvN haha).. macam best. tapi sbb kita dah tahu hero bukan pembunuh, so taktahu best ke tak after tu hehee.

    ReplyDelete
  10. siapa sebenarnya yg lbh psiko ni? dongsik ke pembunuh tu? heheeheh

    ReplyDelete
  11. dah bookmark drama ni lama dah... tapi tula.. turn tak sampai sampai hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena tunggu mood tu sampai dulu la baru boleh maraton nanti..hehe

      Delete
  12. Salam kenal.
    Cukup rame juga nih drama Korea psychopath diary. drama ini cukup menghiburkan untuk ditonton.

    ReplyDelete
  13. Kak ana layan few episode je. Lps tu terlayan romantic teacher doc kim 2 pulak haa. Hehe

    ReplyDelete