Showing posts with label Drama Taiwan. Show all posts
Showing posts with label Drama Taiwan. Show all posts

Green Forest My Home


Sipnosis:

The series is set in the fictional Royal Spencer Academy of Music. Sophie is a wealthy girl. Luoshan is the daughter of Sophie's parents' chauffeur. When Luoshan's father dies in an accident while driving drunk, she is adopted by Sophie's family and takes the name Susan instead of Luoshan. Thereon, Susan plans to take whatever Sophie has.


Drama taiwan ini dah lama sebenarnya, aku rasa tengok zaman sekolah dulu masa tu memang tengah giler dengan drama taiwan kat tv. kebetulan terjumpa drama ni di youtube saja cuti-cuti pulun tengok drama ni. aku tak ingat sangat jalan citer dia tapi boleh ingat drama Green Forest My Home ni sebab hero dia.

Kisah mengenai Sophie yg pulang dari luar negara untuk mengajar di sebuah sekolah muzik terpencil di Green Forest. Sophie sangat sayangkan Green Forest kerana banyak kenangan sewaktu zaman kanak-kanaknya di situ. beza pula dengan Susan yg mengajar di sekolah muzik elit yg terkenal iaitu Spencer. Susan ialah anak angkat keluarga Sophie tapi bila tengok cara parent Sophie layan Susan ni geram pula sebab Susan ni mengada-gada sangat dan macam Sophie ni pula  anak tiri dan selalu kena mengalah dengan Susan.

Konflik terjadi bila William pulang ke Taiwan. sewaktu kecil William pernah jumpa Sophie tapi tak sempat tahu nama Sophie dan kerana satu kejadian berlaku William berjanji akan menjaga dan melindungi Sophie selama-lamanya. Dan bila William pulang ke Taiwan dia ingat Susan tu budak perempuan yg dia jumpa waktu kecil dan melamar Susan jadi teman wanitanya. kesian juga kat Sophie kecewa dan makan hati tapi terpaksa mengalah sebab pikir Susan tu kakak dia. Hubungan Willian dan Sophie juga tidak baik kerana Susan selalu jadi batu api antara mereka.

Dalam drama ni berlaku cinta tiga segi antara William, Sophie dan Owen. Owen ialah kawan baik Sophie sejak dari kecil. bila tahu Sophie ni sebenarnya suka pada William so dia mengalah je la tapi dia selalu protect Sophie. Owen juga tahu perangai sebenar Susan, geram Susan yg selalu buli Sophie, Owen dedahkan hal sebenar kepada William siapa sebenarnya budak perempuan yg dia jumpa waktu kecil dulu. So jadi konflik dan banyak halangan la juga buat William tambah-tambah lagi nak pujuk balik si Sophie ni.


apa yg aku suka mengenai drama ni ialah gadingan hero dan heroin, suka sangat. kalau dulu tengok drama taiwan kat tv mesti balik-balik hero yg sama je, bosan juga dan bila tayang muka orang lain excited la nak tengok. lagi satu aku suka second hero drama ni, baik giler tapi sori i lagi suka hero dia..hahahaha. watak Owen ni memang baik sangat tapi tipu la kalau dia tak jeles dan sakit hati bila tahu Sophie suka orang lain tapi itulah redha habis si Owen ni sanggup tengok dan protect orang yg dia sayang dari jauh je.


bila tengok balik drama taiwan ni, baru ingat balik kenapa aku suka sangat tengok drama taiwan dulu. banyak drama taiwan yg best dan aku minat tapi kadang tu susah nak follow kt tv sebab tayang tak kena masa, ingat dulu kekadang sanggup ponteng tuisyen petang di sekolah dan bagi alasan apatah kat cikgu semata-mata nak balik rumah tengok drama taiwan pastu ada kawan siap pesan lagi esok jangan lupa cerita kat dorang. kenangan zaman sekolah..hahahaha

Swimming Battle


Drama Taiwan ini mengisahkan Gou Haifei yg mempunyai segala-galanya tapi masih tidak dapat melupakan cinta pertamanya dan berusaha mencari gadis itu. 


Suatu hari, Haifei meyelamatkan seseorang yg lemas dan dia mendapati gadis yg diselamatkannya itu mempunyai rantai leher yg sama seperti cinta pertamanya yg dia jumpa ketika berusia 11 tahun. He Yudie gadis yg diselamatkannya itu berkali-kali menafikan mereka pernah berjumpa.

Yudie ingin membalas budi Haifei dengan menawarkan kerja sebagai jurulatih renang untuk pasukan renang sekolah ayahnya. Pada waktu itu, Yudie menyangkakan Haifei bekerja sebagai lifeguard tanpa menyedari lelaki itu seorang CEO yg memiliki syarikat bernilai multibilion.


Haifei yakin Yudie adalah cinta pertama yg dicarinya selama ini kerana banyak persamaan antara mereka kecuali Yudie tidak tahu berenang dan dia juga pelik kenapa Yudie tidak mempunyai memori tentang dirinya. Tawaran kerja dari Yudie itu dirasakan peluang keemasan untuk dia dekat dengan Yudie dan menyiasat apa sebenarnya yg berlaku kepada Yudie dan dia merahsiakan identiti sebenarnya.

Pasukan yg dilatih Haifei adalah Qingkong School dan pasukan renang mereka lebih dikenali sebagai Flying Fish Team. Flying Fish Team mempunyai pretasi yg buruk dan mereka juga mempunyai konflik antara ahli pasukan dan juga pasukan lawan mereka iaitu Marlin Swiss Team.


Flying Fish Team dan Marlin Swiss Team pada awalnya selalu bergaduh dan menggunakan taktik kotor untuk menjatuhkan lawan tapi kemudiannya mereka mula bersaing secara sihat. Selain kisah cinta watak utama turut diselitkan kisah cinta dan juga hubungan persahabatan antara budak sekolah ini.

Hubungan antara Haifei dan Yudie ada juga diganggu orang ketiga. Yudie dalam diam diminati kawannya iaitu Ke Le, walaupun pada awalnya Ke Le tidak suka kewujudan Haifei namun bila menyedari Yudie telah jatuh cinta dengan Haifei, Ke Le membuat keputusan untuk mengundur diri.


Lain pula dengan Fiona, Fiona selalu menganggap Haifei ialah teman lelakinya walaupun lelaki itu tidak pernah memberi harapan padanya. Kewujudan Yudie dalam hidup Haifei menambahkan sakit hati dan Fiona dalam diam cuba memisahkan Haifei dan Yudie.


Drama Swimming Battle memang banyak sangat watak dan jalan cerita dia juga tidak terlalu fokus pada watak utama banyak mengenai progress swimming team. permulaannya aku rasa drama ni sangat menarik dan best tapi lepas episode 10 rasa macam lambat pula nak habiskan tambahan lagi enam episode last tu banyak pula plan jahat Fiona ni.

When I See You Again


Drama ini mengenai cinta pertama antara You Qian dan An Xi disebabkan peristiwa buruk 10 tahun yg lepas You Qian telah berubah dan menjadi seorang yg berjaya dalam hidupnya. Selepas 10 tahun dia telah kembali ke kampungnya dan berjumpa dengan An Xi. apa yg pasti An Xi langsung tidak ingat pada You Quan. You Quan menggunakan kesempatan ini untuk membalas dendam kepada An Xi.

Apabila selalu bersama An Xi, You Qian berasa keliru kerana baginya An Xi yg diingatinya dulu seorang yg kejam, pentingkan diri sendiri dan tidak menghiraukan perasanan orang lain tetapi An Xi yg dikenalinya sekarang adalah seorang yg baik hati dan suka menolong orang lain walaupun dirinya ditimpa kesusahan namun perkara yg menjadi persoalan kepada You Qian ialah mengapa An Xi berlaku kejam kepadanyanya 10 tahun yg lalu.

Jasper Liu
Xia You Qian

Mandy Wei
An Xi


Plot drama ini pada awalnya sangat menarik ditambah pula dengan hero yg hensem memang satu bonuslah tetapi untuk 20 episod bagi aku jalan cerita  dia slow, sangat slow. aku banyak fast foward juga kat tengah cerita ni sebab isunya sama je pusing-pusing asyik cakap pasal benda yg sama. kalau dipendekkan episod sikit dan buang scene merapu maybe drama ini akan jadi lagi menarik.