Review Drama Turki: Kiraz Mevsimi (Cherry Season)

Review Drama Turki: Kiraz Mevsimi (Cherry Season)

Kiraz Mevsimi atau Cherry Season sebuah drama turki yang dilakonkan oleh Ozge Gurel dan Serkan Cayoglu mengisahkan Oyku seorang gadis biasa yang mempunyai impian untuk menjadi pereka fesyen selepas menamatkan pengajiannya kelak.

Ayaz pula seorang arkitek yang berjaya dan mempunyai syarikat sendiri yang dibangunkan bersama kawan baiknya, Mete. Ayaz ni juga seorang playboy dan suatu hari bertemu dengan Oyku ketika masing-masing berebutkan teksi yang sama. selepas itu, terjadi lagi beberapa pertemuan antara mereka dan mereka saling bergaduh setiap kali bertemu.

Sejak kecil Oyku berkawan baik dengan Burcu, adik kepada Mete. Oyku juga dalam lama suka pada Mete tapi tak pernah confess. Sehinggalah suatu hari Oyku kecewa apabila dapat tahu Mete menjalinkan hubungan dengan Seyma, jiran sebelah rumahnya.

Review Drama Turki: Kiraz Mevsimi (Cherry Season)
Ozge Gurel
Oyku

Oyku secara tidak sengaja menghantar surat cinta kepada Mete tapi Ayaz pula yang terima surat tersebut. pastu Mete pula dapat tangkap insiden antara Oyku dan Ayaz, so nak tak nak Oyk beritahu yang dia beri surat tu pada Ayaz sebab dah lama minat pada Ayaz. Bermula dari situ mereka berlakon menjadi pasangan kekasih.

Review Drama Turki: Kiraz Mevsimi (Cherry Season)
Serkan Cayoglu
Ayaz

suka jalan cerita drama ni, comel dan sweet je tengok si Ayaz walaupun jenis kaki perempuan dan best tengok chemistry mereka berdua. Maybe ni first time tengok drama dari turki, everything pasal drama ni macam terpukau pula tengok kecantikan yang ada. hero yg hensem, heroin yg cantik dan cinematograhpy yang lawa. best pula layan..hehe

Review Drama Korea: Let's Fight Ghost (2016)

Review Drama Korea: Let's Fight Ghost (2016)

Let's Fight Ghost atau Bring It On Ghost mengisahkan Kim Hyun Ji pelajar sekolah yg mati dalam kemalangan dan menjadi hantu.  Hyun Ji lupa ingatan dan tidak ingat tentang kehidupannya sebelum mati dan dia hanya tahu namanya Hyunji kerana nametag yg berada di uniform sekolahnya. Hyunji merayau di dunia selama beberapa tahun dan pada masa cuba mecari identitinya.

Park Bong Pal pelajar universiti dan mempunyai kebolehan melihat hantu. dan berinteraksi dengan hantu. Kerana kebolehannya yg dimilikinya, Bongpal tidak suka bergaul dan lebih gemar bersendirian. Dia menggunakan kebolehannya yg dimilikinya untuk mencari duit.

Pada suatu hari, Bongpal menerima mesej yg memintanya menangkap hantu. Kerana upah yg ditawarkan agak tinggi, bongpal menerima tawaran tersebut. Bongpal pergi ke sekolah yg dimaksudkan dan ternampak Hyunji dan cuba menangkapnya tanpa mengetahui Hyunji adalah penghantar mesej tersebut. Marah dirinya diganggu, Hyunji berlawan dengan Bongpal.

Ketika berlawan. Hyunji ternampak imbasan tentang kehidupannya sebelum mati. Hyunji merasakan ingatan akan kembali pulih sepenuhnya jika dia berada dekat Bongpal. Dia membuat keputusan untuk mengikut Bongpal.

Review Drama Korea: Let's Fight Ghost (2016)
Kim So Hyun
Kim Hyun Ji

Review Drama Korea: Let's Fight Ghost (2016)
Taecyeon
Park Bong Pal

Review Drama Korea: Let's Fight Ghost (2016)
Review Drama Korea: Let's Fight Ghost (2016)

drama ni sangat menarik, kelakar dan seram pada masa yg sama. scene hantu pun banyak dah upgrade dan sangat saspen dan menyeram kalau nak dibanding dengan drama hantu yg aku tengok sebelum ni. chemistry antara kim so hyun dan taecyeon sangat bagus dan comel, tak terasa macam gap umur mereka macam terlalu jauh. so far this drama really good to watch.

Review Drama Korea: W - Two Worlds (2016)

Review Drama Korea: W - Two Worlds (2016)

Title :  W-Two Worlds
Release Date : 20 July 2016
Episodes : 16
Cast : Han Hyo Joo, Lee Jong Suk, Kim Eui Sung, Lee Tae Hwan, Jung Eugene, Lee Si On

Review Drama Korea: W - Two Worlds (2016)
Lee Jong Suk
Kang Chul

Kang Chul adalah watak hero dalam webtoon yg sangat popular di Korea, W. Pada usia 17 tahun, KangChul berjaya memenangi pingat emas Olimpik dalam acara menembak 50m. 

Beberapa tahun kemudian, semua ahli keluarganya ditembak mati dan dia dituduh membunuh keluarganya. Disebabkan tidak mempunyai bukti yg kukuh, dia dibebaskan selepas setahun dipenjara. Kangchul bangkit membina empayar sendiri dan menjadi orang paling berpengaruh di Korea.

Review Drama Korea: W - Two Worlds (2016)
Han Hyo Jo
Oh Yeon Joo

Oh Yeon Joo adalah surgeon dan bapanya pelukis webtoon W, Oh Sung Moo. Satu hari, Yeonjoo menghubungi pembantu bapanya untuk mengetahui spoiler episod terakhir W tetapi dia mendapat berita bapanya telah hilang dan segera ke studio itu. Pembantu tersebut tidak tahu bagaimana bapanya hilang dan dia memberitahu Yeonjoo, bapanya agak pelik sebelum hilang dan mahu mematikan watak Kangchul bagi menamatkan W.

Review Drama Korea: W - Two Worlds (2016)

Ketika memeriksa bilik bapanya Yeonjoo tiba-tiba ditarik oleh seseorang. Apabila sedar dia mendapati dirinya berada di atas bumbung hotel dan ternampak seorang lelaki terbaring berlumuran darah di situ. Dalam keadaan bingung, takut dan cemas, Yeonjoo cuba menyelamatkan lelaki itu.

Review Drama Korea: W - Two Worlds (2016)

Manager hotel tersebut berterima kasih kepadanya tetapi mereka berasa pelik bagaimana Yeonjoo boleh berada disitu. Yeonjoo tersedar dan turut merasa pelik dan bingung bagaimana dia boleh sampai disitu sedangkan dia berada di dalam bilik bapanya tadi.

Seorang pekerja hotel memberitahu lelaki yg cedera itu KangChul pemilik hotel itu. Yeonjoo mula terpikir adakah KangChul itu lelaki yg sama dengan watak KangChul dalam webtoon W. dan tiba-tiba perkataan 'bersambung' muncul di skrin dan Yeonjoo kembali berada di bilik bapanya.

Review Drama Korea: W - Two Worlds (2016)

Aku suka drama ni, jalan cerita sangat unik dan fresh. Watak dari komik boleh muncul dalam dunia nyata dan sebaliknya. Drama ni sangat saspen sebab scene dia macam unexpected langsung. tiba-tiba yeonjoo ni boleh teleport ke dalam komik pastu yg tak boleh blah banyak kiss scene. tengah terpikir apahal jadi macam tu kat dia tetiba wei apahal kau kiss mamat tu lain la kalau orang tu dia kenal.

Kadang aku pening juga tengok drama, scene antara scene dia macam tak berkait tapi bila pikirkan yg ni cite kartun redho je la walaupun nampak tak logik. layan drama ni macam terseksa sebab nak tahu ending dia. Happy Ending atau Sad Ending. aku memang nak drama ni Happy Ending tapi bila pikir yg KangChul tu watak webtoon je nampak macam tak logik. ntahlaa malas nak pikir, tunggu je la ending dia macam mana..huhu

Review Drama Korea: W - Two Worlds (2016)

Sebenarnya agak menyesal tengok drama ni awal sangat. penat nak meroyan tiap-tiap minggu nak tunggu next episode tapi apa boleh buat, tak boleh nak miss tengok Lee JongSuk..hehe