Review Drama: Hati Yang Tersakiti (TV3)


Drama : Hati Yang Tersakiti
Produksi : Art Ornament Sdn Bhd
Pengarah : Feroz Kadir
Penulis Skrip : Azril Hamzah
Slot : Samarinda TV3
Mula Tayangan : 15 Oktober 2020
Episod : 15
Masa : Isnin-Khamis | 10.00 Malam
Pelakon : Remy Ishak, Nad Zainal, Mimi Lana, Riz Amin, Husna Mustaffa
Meor Mohd, Fad Anuar, Ainina Ahmad, Rahim Jailani

Review Drama: Hati Yang Tersakiti (TV3)

Hati Yang Tersakiti mengisahkan kehidupan rumah tangga Haris (Remy Ishak) dan Mona (Nad Zainal) yg sangat bahagia. namun begitu, Mona selalu rasa bersalah sebab tidak dapat berikan zuriat untuk Haris setelah lima tahun mereka berkahwin.

bagi Haris, isu anak bukan hal besar sebab dia sangat sayangkan Mona dan asalkan mereka tidak berputus asa dan terus berusaha untuk mendapatkan zuriat.

Review Drama: Hati Yang Tersakiti (TV3)

Farah (Mimi Lana) seorang model tapi suaminya Andrian (Riz Amin) tidak suka dengan kerjaya tersebut dan menyuruh Farah berhenti. mereka bergaduh besar dan kerana rasa tercabar, Andrian menceraikan Farah dengan talak satu.

si Farah ni satu time bergaduh mulut bukan main lancang cabar suruh cerai. sekali bila Anrian lafaz cerai terus terduduk terdiam. lepas tu depan orang macam si Andrian pula yg salah, bukan kau yg cabar ke so sendiri tanggung la.

Review Drama: Hati Yang Tersakiti (TV3)

Mona dan Farah kawan baik zaman kolej dulu tapi Farah tak suka bila Mona berkahwin dengan Haris dan hubungan mereka terputus macam tu saja dan bertemu semula selepas beberapa tahun. 

Suatu hari, Farah mengajak Mona bertemu untuk menceritakan masalahnya yg telah terlanjur dan kini Farah tiada tempat tinggal selepas bercerai dengan Andrian. Mona sebagai sahabat mengajak Farah tinggal di rumah kerana Haris selalu outstation.

pelik tau dengan Farah ni sebab kalau tak silap dia ada rumah hasil duit modeling dia tu, ke memang dari awal lagi dah susun plan nak pikat Haris lepas tengok Haris sekarang ni dah kaya, tak sengkek macam dulu. pengajaran episode 1 Hati Yang Tersakiti, jangan sesekali ajak orang luar tinggal serumah dengan suami kau.

17 comments:

  1. tajuk yang catchy, kebetulan pulak memang tengah sakit hati sekarang. haha

    ReplyDelete
  2. ada sapa nth post ckp ni remake cita The world of marriage, i pun mati mati percaya, tgk2 bukan... ish ish... silly me

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada dengar juga tapi malas nak komen sbb tak tengok drama tu..haha

      Delete
  3. Padahal Farah tu yang taknak dengar kata suami. Lepas tu mesra-mesra dengan laki lain. Suami mana tak marah? Kalau LH lah memang lama dah cari perempuan lain. Abah selalu cakap, bodoh lah kalau bawa perempuan lain masuk rumah padahal ada suami. Suruhlah dia pergi cari hotel ke rumah sewa ke sementara waktu. Kenapa nak bawa duduk rumah kita pula kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kann..kalau kesian sgt pun pergi cari rumah sewa untuk dia. jgn sebab nak jaga kawan, keluarga sendiri terabai..

      Delete
  4. OMG kalau ummi dilarang sama sekali nak menumpangkan orang..baik carikn rumah sewa utk org tu..bukan miskin modelkan....hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah pelik..time bergaduh bukan main riak si farah ni kata Andrian menumpang duit hasil modeling dia tup2 buat cerita sedih takde rumah lepas cerai..adoi

      Delete
  5. dasar lelaki ego... kena cabar gitu pun dia buat... i mean, dia memang nak ceraikan farah tu ke apa

    ReplyDelete
    Replies
    1. dia tak suka bini dia jadi model pastu dok bermesra dgn laki lain, bila kena tegur farah ni melenting. not sure, rasanya dia tak niat nak cerai tapi dah mulut farah ni lancang sgt..

      Delete
  6. Macam best. Harap2 Harris tak curang.

    ReplyDelete
  7. cerita ni ada sama dgn cerita thailand..cuma xsure sepenuhnya sama ke x..

    ReplyDelete
    Replies
    1. drama thai apa kak shida? dah malas nak follow drama ni, buat sakit hati tengok orang curang ni..haha

      Delete
  8. Tak tengok lagi cerita ni. pelakon best tu nad zainal dan remy ishak

    ReplyDelete
  9. Tak boleh hadam bila ajak orang luar duduk serumah, walhal dah kahwin..

    ReplyDelete
  10. jarang tengok remy ishak bawak watak lelaki jahat

    ReplyDelete