Sinopsis Drama Mr Donut Karamel (TV3)

Sinopsis Drama Mr Donut Karamel (TV3)

Drama : Mr Donut Karamel
Produksi : JS Pictures Sdn Bhd
Pengarah : Azman Yahaya
Penulis Skrip : Rehal Nuharis
Episod : 13
Pelakon : Hafidz Roshdi, Azira Shafinaz, Idris Khan, Fimie Don, Syazuwan Hassan, Roy Azman, Noniswara, Mona Allen, Sheila Rusly, Shamsul Ghau Ghau, Maria Jaafar

Sinopsis Drama Mr Donut Karamel

Diadaptasi daripada karya Hanis Esandra mengisahkan kehidupan seorang novelis bernama Anggun Qairah (Azira Shafinaz) yg suka makan donut karamel di sebuah kafe. di situ juga, tempat kegemaran Anggun untuk menulis dan tenggelam dalam dunia ciptaannya.

Suatu hari, Anggun terlibat dalam kemalangan kecil dan semua barang pentingnya rosak termasuk cermin mata dan komputer ribanya. Faiq (Hafidz Roshdi) yg berada di tempat kejadian berasa kesian lalu menggantikan dua barang penting milik Anggun. namun Anggun yg rabun tidak cam Faiq.

Faiq yg gila bayang menyamar sebagai pelayan di kafe kegemaran Anggun semata-mata mahu mendekati Anggun. Faiq juga berpura-pura menjadi peminat buku tulisan Anggun.

sejak itu, hubungan Faiq dan Anggun semakin rapat namun terdapat halangan apabila teman sekampung Anggun yg bernama Zharif turut menyimpan perasaan pada Anggun dan cuba mengganggu hubungan mereka.

Dapatkah hubungan Faiq dan Anggun bertahan dan apa yg akan terjadi apabila Anggun mengetahui rahsia sebenar Faiq?

5 comments:

  1. hopefully rahsia sebenar faiq tak la sedark mana.... huhuh

    ReplyDelete
  2. jangan makan donut karamel banyak2 sangat ye heroin, nanti kena kencing manis hihi

    ReplyDelete
  3. hah yg ni hero heroin nyer kenal sgt la. and sure best lakonan diorang :)
    aida ni x sempat langsung nak tgk drama :( biasanya, qada' tgk online later.

    ReplyDelete
  4. emm, kenapa tak kenal lngsung dengan pelakon utama ehhh, memang ketinggalan dah dngn industri perfileman malaysia... asyik melayan drama/movie luar negara je hehehe

    ReplyDelete
  5. Macam menarik.. nak try baca novel dia dulu..

    ReplyDelete