Novel : Aurora
Penulis : Azura Rasiddin
Helaian : 705
Penerbit : Penulisan2U
Terbitan : September 2020
SINOPSIS NOVEL AURORA
Aurora. Gadis berusia dua puluh tahun yang mempunyai impian dan fantasi untuk mencari cinta sejati seperti papa dan mamanya. Namanya diberi sempena lambang cinta papa dan mamanya yang bertemu di bawah langit aurora.Eidlan. Anak jiran sebelah rumah. Kembar kepada kawan baik Aurora. Kali pertama bertemu sewaktu mereka berusia dua belas tahun, hati Aurora sudah terpaut. Namun segalanya berubah apabila dia kenal siapa Eid yang sebenarnya.Saat Eid hulur kemaafan dan ingin berdamai, Aurora ikut aje. Follow the flow. Tanpa dia sedar, dia semakin rapat dengan Eid. Terlalu banyak memori 'first time' yang mereka cipta bersama.Bila Aurora tahu Eid berbaik dengannya hanyalah demi bet Eid bersama kawan-kawannya, hati Aurora terluka. Segala memori indahnya bersama Eid adalah dusta. Hanyalah sebuah lakonan untuk mempermainkan hati dan perasaannya.
Source: Goodreads
MY REVIEW
novel ini sangat istimewa buat penulis Azura Rasiddin sempena meraikan 10 tahun beliau berada dalam dunia penulisan. Tahniah buat penulis.
novel Aurora mengisahkan Aurora yg pernah crush dengan Eid sejak kecil tapi disebabkan perangai Eid yg sombong dan tak pernah mesra, perasaan itu hilang macam tu saja. Aurora dan Eid dapat belajar di universiti dan course yg sama, masuk semester akhir baru mereka dapat berkawan baik dan boleh lepak sama.
kemudian terjadi salah faham yg buat Aurora cakap something yg mengguris perasaan Eid sampai Eid bawa diri sambung belajar ke luar negara. bila Eid pergi baru Aurora sedar silap dia dan masa tu juga baru sedar yg dia masih lagi simpan perasaan pada Eid.
novel ni guna pov1, tak best juga rasa sebab tak tahu apa perasaan sebenar Eid pada Aurora. bertahun menghilang bila jumpa balik tetiba Eid ajak si Aurora berkahwin. apakah?? terkejut wei. Eid ni kuat sangat berahsia, curious giler dengan benda yg dia buat. dah la selalu tinggal Aurora seorang diri sampai aku rasa Eid ni ada orang lain.
kalau first half aku rasa Aurora ni macam childish tapi lepas kahwin dengan Eid, aku rasa kesian giler dengan Aurora. banyak benda yg Aurora buat untuk Eid tapi semuanya dipandang sepi. memang salah Aurora sebab terlalu marah sampai keluar perkataan yg tak sepatutnya tapi lepas bertahun takkan susah sangat Eid nak bagi peluang kedua buat Aurora.
so kesimpulannya, Aurora dan Eid sebenarnya ada perasaan cinta antara satu sama lain tapi masalahnya mereka tak pernah duduk bersembang dari hati ke hati untuk selesaikan salah faham yg terjadi antara mereka. dalam kes ni, peluang kedua tu wujud kalau kau pilih untuk memaafkan dan pilih untuk bahagia..
ke dia nak sampaikan diorang kahwin tu sebab eid dendam?
ReplyDeleteada sebab lain juga Eid kahwin dgn Aurora..tak boleh la bagitau nanti jadi spoiler pula..hehe
Deletehaish.. macam drama cina sis tengok je ni. Adooo.. kalo baca lagi excites gitu. Hahaha giggles sorang²
ReplyDeletehaha..tapi novel ni sedih :(
Deleteala kenapa sedih. Plot twist betul la. kena baca la ni baru tahu ending dia.
Deletedont worry la..ending dia happy :)
DeleteEid sentap dgn Aurora sampai lari ke luar negara? sighhhhh... kesian pula Aurora
ReplyDeleteat first memang salah aurora sebab tu eid merajuk bawa diri tapi lama sgt sentap, geram pula dgn si Eid ni..
Delete