Sinopsis Syurga Itu Bukan Mudah (Astro Ria)

Sinopsis Syurga Itu Bukan Mudah (Astro Ria)

Drama : Syurga Itu Bukan Mudah
Produksi : Global Station Sdn Bhd
Pengarah : Eyra Rahman
Siaran : Astro Ria 104
Mula Tayangan : 4 Disember 2023
Masa : Isnin-Khamis | 10.00 Malam
Episod : 20
Pelakon : Anna Jobling, Amir Ahnaf, Fadhli Masoot, Alya Iman, Amir Nafis, Steve Yap, Bulan Terry, Dynas Mokhtar, Dian P Ramlee

Sinopsis Drama Syurga Itu Bukan Mudah

Mengisahkan tentang Aileen (Anna Jobling), wanita yang mempercayai bahawa cinta dan kesetiaan kepada suami merupakan kunci ke “Syurga”. Dia disatukan dengan Farid (Amir Ahnaf), yang digambarkan sebagai suami yang sempurna dari segi agama dan tanggungjawab keduniaan telah mula menampakkan identitinya yang disembunyikan disebalik perwatakan yang baik. 

Tingkah laku jahat Farid mengubah kehidupan perkahwinan mereka menjadi seperti “neraka” dan mendatangkan lebih banyak rintangan dan cabaran kepadanya selepas merungkai sisi gelap suaminya yang terlibat dengan sebuah kumpulan yang dipanggil ‘Alpha Male Society’.

Manakala Arman (Fadhli Masoot) yang merupakan orang kanan Farid sangat menjaga rahsia Farid. Namun Arman sering dibuli dan dikongkong oleh isterinya, Fara (Alya Iman) yang tampak manja. 

Sinopsis Syurga Itu Bukan Mudah (Astro Ria)

Saksikan Syurga Itu Bukan Mudah yang bakal bersiaran mulai 4 Disember 2023, pada setiap hari isnin hingga khamis jam 10.00 malam di slot Megadrama Astro Ria saluran 104.

Sinopsis W: Two Worlds (VIU Malaysia)

Sinopsis Drama W: Two Worlds (VIU Malaysia)
kredit: VIU MALAYSIA

Drama : W: Two Worlds
Produksi : Independent Pictures
Pengarah : Yusry Abd Halim
Penulis Skrip : Mamu Vies, Fairul Nizam Ablah
Siaran : VIU Malaysia
Mula Tayangan : 30 November 2023
Episod : 12
Genre : Romantik, Fantasi, Thriller

VIU Malaysia membawakan sebuah lagi drama fantasi romantik popular dari Korea iaitu W: Two World yang dibintangi oleh barisan pelakon seperti Hun Haqeem, Daiyan Trisha, Mierul Aiman, Elizabeth Tan, Faizal Hussein dan ramai lagi.

Saksikan trailer rasmi pada 6 November 2023 jam 12 tengah hari di semua platform rasmi VIU Malaysia dan nantikan pengumuman rasmi tarikh tayangan premier drama W: Two World versi Malaysia.

Sinopsis Drama W: Two Worlds (VIU Malaysia)
Daiyan Trisha sebagai Izara Yusuf

Sinopsis Drama W: Two Worlds

Mengisahkan Izara Yusuf seorang doktor yang berusaha mencari bapanya, seorang pencipta siri webtoon popular W yang telah hilang secara tiba-tiba tanpa jejak. Pencarian Ika telah membawa dirinya ke dunia webtoon dan secara tidak sengaja dia telah menyelamatkan Aliff, watak utama dalam dunia webtoon ciptaan ayahnya.

Disebabkan itu, watak Izara tiba-tiba muncul dalam siri webtoon tersebut, tanpa disedari kehidupannya kini berdepan dengan bahaya dan terjerat antara dunia fantasi dan realiti.

Aliff mencari identiti pembunuh yang membunuh keluarganya 10 tahun yang lalu. Aliff menyedari dirinya dan Izara saling berkait tanpa mengetahui dirinya hanyalah watak fantasi dalam dunia webtoon. 

Sinopsis Drama W: Two Worlds (VIU Malaysia)
Hun Haqeem sebagai Aliff

Barisan Pelakon dan Watak

Daiyan Trisha sebagai Izara Yusuf

Seorang doktor yang berdedikasi dengan kerjayanya namun kehidupan Izara berubah apabila termasuk dalam dunia webtoon dan terjerat antara realiti dan fantasi.

Hun Haqeem sebagai Aliff

watak utama dalam siri webtoon W. Aliff mempunyai masa silam yang tragis dan kini dia cuba mencari identiti pembunuh yang membunuh keluarganya.

Elizabeth Tan sebagai Hanna

setiausaha kepada Aliff. Hanna mempunyai soft spot dalam dieinya terhadap Aliff

Mierul Aiman sebagai Ghazi

bodyguard kepada Aliff. Ghazi seorang yang bijak dan setia di sisi Aliff demi menjaga keselamatan Aliff dari pelbagai ancaman.

Faizal Hussein sebagai Omar Yusuf

merupakan ayah Izara. Omar seorang pelukis webtoon yang popular apabila siri webtoon W berjaya meraih perhatian netizen. Namun kejayaan tersebut menjadi mimpi ngeri buat Omar apabila menyedari watak Aliff kini hidup dn tidak mampu dikawalnya.

Tony Eusoff sebagai Musa

seorang penguam yang masuk ke dunia politik. Musa bertindak sebagai pendakwaraya dalam kes perbicaraan Aliff, kejayaan dalam kes tersebut menjadi batu loncatan Musa menjadi seorang ahli politik.

Baca juga : Review Drama Korea W: Two Worlds lakonan Lee Jong Suk, Han Hyo Joo dan Kim Eui Sung


Antara barisan pelakon lain dalam W: Two Worlds adalah Shah Kimin membawa watak Rafi, Amerul Affendi sebagai Shawn, Azrul Zaidi sebagai Dr Zul dan Ikhram Juhari sebagai Detektif Ali

Sinopsis Kain Kafan Berbisik (TV2)

Sinopsis Kain Kafan Berbisik (TV2)

Telefilem : Kain Kafan Berbisik
Produksi : A. Aida Production
Pengarah : Nazir Jamaluddin
Penulis Skrip : Zabidi Mohamed
Siaran : TV2
Tayangan : 28 November 2023
Masa : Selasa | 9.00 Malam
Pelakon : Ummi Nazeera, Hairul Azreen, Aida Khalida, Nafiez Zaidi, Khalida Balqis, Aishah Atan, Edika Yusof


Sinopsis Telefilem Kain Kafan Berbisik

Mengsisahkan Shaza (Ummi Nazeera) yang meneruskan perniagaan keluarganya yang menjual kelengkapan mandi jenazah dan kain kafan setelah ayahnya meninggal dunia dan ibunya pula tiba-tiba jatuh sakit.

Shaza melakukan bisnes tersebut secara sambila kerana bekerja di sebuah pejabat swasta di Kuala Lumpur. Shaza akan membawa beg yang berisi kelengkapan jenazah dan kain kafan yang dihadiah oleh ibunya kemana sahaja dia pergi.

Suatu hari, Muaz (Hairul Azreen) telah mencuri beg kepunyaan Shaza namun setelah melihat barang di dalamnya, Muaz menjadi insaf dan cuba memulangkan semula beg tersebut kepada pemiliknya.

Sinopsis Kampung Si Rabun (TV2)

Sinopsis Kampung Si Rabun (TV2)

Telefilem : Kampung Si Rabun
Produksi : MToons Media
Pengarah : MP Roslin
Penulis Skrip : Hiada Mazni
Siaran : TV2
Tayangan : 27 November 2023
Masa : Isnin | 9.00 Malam
Pelakon : Along Cham, Neera Azizi, Nafiez Zaidi, Shamsul Ghau Ghau, Amyza Aznan

Sinopsis Telefilem Kampung Si Rabun

Mengisahkan Penduduk Kampung Cahaya yang semuanya mempunyai masalah rabun. Suatu hari pemilihan ketua kampung baru diadakan, hal ini menjadi kecoh kerana berlaku perebutan jawatan antara Jalil, anak bekas ketua kampung dengan Megat yang merupakan calon ketua kampung yang baru.

Che Normah, ratu kampung Cahaya yang mempunyai masalah rabun warna merah dan Senah yang mempunyai masalah rabun silau telah jatuh hati pada Megat. Maka bermulalah pelbagai muslihat Jalil yang cuba mensabotaj Megat dek kerana cemburu kerana dia juga ada hati terhadap Normah!

Doa Untuk Dia (TV1)

Doa Untuk Dia (TV1)

Telefilem : Doa Untuk Dia
Produksi : Mazlin Pictures
Pengarah : Riza Baharudin
Penulis Skrip : Azlina Din
Siaran : TV1
Tayangan : 25 November 2023
Masa : Sabtu | 9.00 Malam
Pelakon : Octovia Manrose, Izzy Reef, Aishah Atan, Edika Yusof, Hazman Al Idrus, Hafreez Adam. Ameerul Ashraf, Marissa Balqis, Khaty Azian


Sinopsis Telefilem Doa Untuk Dia

Mengisahkan Tasha seorang anak yatim piatu yang ditinggalkan ibunya di rumah anak yatim. Tasha kini membuka sebuah syarikat yang dinamakan Prihatin TV . Tasha membantu orang-orang yang susah dengan memaparkan kisah mereka di TV.

Disamping itu Tasha mencari ibu kandungnya yang dia tidak pernah kenal sejak ditinggalkan di rumah anak yatim itu. Tasha membantu keluarga Cik Ani yang susah. Namun anak Cik Ani Ihsan menolak pertolongan Tasha. 

Akhirnya Ihsan menerima pertolongan Tasha setelah dia kalah dalam cabaran perlumbaan larian bersama Tasha. Tasha membantu keluarga Ihsan sehingga dapat membawa Cik Ani dan suami ke Mekah menunaikan umrah. Tasha dapat tahu yang ibu kandungnya telah meninggal dunia.

Dibintangi oleh Octovia Manrose sebagai Tasha, Izzy Reef sebagai Ihsan, Edika Yusof sebagai Isa, Aishah Atan sebagai Wani dan ramai lagi. Saksikan telefilem Doa Untuk Dia pada hari sabtu ini jam 9.00 malam di Panggung RTM TV1.

Sinopsis Drama Cinta Di Langit Cardiff (TV2)

Sinopsis Drama Cinta Di Langit Cardiff (TV2)

Drama : Cinta Di Langit Cardiff
Produksi : Pena Kreatif Sdn Bhd
Pengarah : Rahila Ali
Penulis Skrip : Amy Aini, Wira Hijau, Nostrezz Team
Siaran : TV2
Tayangan : 4 Julai 2017
Episod : 13
Pelakon : Amyra Rosli, Amar Baharin, Hafeez Mikail, Marisa Yasmin, Shakila Khoriri, Zack Idris, Aman Shah, Zarina Zainuddin, Hafreez Adam, Sherry Merlis, Laila Nasir


Sinopsis Drama Cinta Di Langit Cardiff

Mengisahkan Tasha (Amyra Rosli) yang bakal melangsungkan pernikahannya dengan kekasihnya, Imran (Hafeez Mikail) dilanda pelbagai konflik apabila status Nordin sebagai bapanya dipertikaikan dan terbongkar kebenaran yang Tasha adalah anak angkat.

Imran tegas mahu mengahwini Tasha namun Imran telah diperangkap oleh Talia (Shakila Khoriri) yang mana Talia menuduh Imran telah memperkosanya di sebuah hotel dan hal ini membuatkan Imran terpaksa mengahwini Talia.

Kekecewaan ini membuatkan Tasha membawa diri ke Cardiff untuk mencari ibu kandungnya berbekalkan alamat yang diberi oleh pemandu peribadi bapanya. 

Pelbagai cabaran yang dihadapi oleh Tasha semasa mencari ibunya di sana. Tasha bertemu dengan Ashraf (Amar Baharin) yang membantunya ketika menjadi mangsa ragut dan kemudian turut membantunya mencari ibu kandungnya. Perkenalan Tasha dengan Ashraf turut mengubah Tasha untuk belajar agama dan mendekatkan diri dengan Allah. 

Sinopsis Telefilem Abang Samseng Jemur Kain (TV3)

Sinopsis Telefilem Abang Samseng Jemur Kain (TV3)

Telefilem : Abang Samseng Jemur Kain
Produksi : A. Aida Production
Pengarah : Nuad Haji Othman
Penulis Skrip : Rosmadewi  Mohamed Zain
Siaran : TV3
Tayangan Asal : 21 Jun 2014
Pelakon : Fahrin Ahmad, Tasha Shila, Zul Yahya, Cat Farish, Jalil Hamid, Fauziah Nawi

Sinopsis Telefilem Abang Samseng Jemur Kain

Mengisahkan Marzuki seorang samseng yang bekerja sebagai penarik kereta dan pengutip hutang along, yang dibantu juga Budin dan Rizuan. 

Walaupun Marzuki seorang samseng yang ditakuti namun personalitinya bertukar menjadi manja apabila berhadapan dengan isterinya, Elyana. Marzuki juga suka membantu isterinya melakukan kerja-kerja rumah. 

Namun begitu, Elyana tidak mengetahui pekerjaaan sebenar suaminya. Mampukah Marzuki meninggalkan kerjayanya sebagai samseng demi anaknya.

Sinopsis Telefilem Sebalik Hati (TV2)

Sinopsis Telefilem Sebalik Hati (TV2)

Telefilem : Sebalik Hati
Produksi : Pacific Intermax Sdn Bhd
Pengarah : Hashim Rejab
Siaran : TV2
Tayangan : 14 November 2023
Masa : Selasa | 9.00 Malam
Pelakon : Nazeera Sardi, Mustaqim Bahadon, Shiqin Kamal, Mahmud Alibashah, Nadia Kesuma, Nur Atika, Rahim Jailani

Sinopsis Telefilem Sebalik Hati (TV2)

Sinopsis Telefilem Sebalik Hati 

Mengisahkan Mariam (Nazeera Sardi) seorang pekerja yang rajin dan baik hati. Jamil (Mustaqim Bahadon) amat berterima kasih pada Mariam kerana dengan bantuan Mariam, dia mendapat kepercayaan Tuan Haji Rosli. 

Cadangan Mak Wan untuk menjodohkan Mariam dengan seorang duda anak dua ditolak oleh Mariam. Mariam juga menolak lamaran Wahid Borneo rakan baik Tuan Haji Rosli. Jauh dibenak hati Mariam dia amat mengharapkan Jamil sebagai calon suaminya. N

amun harapan Mariam pada Jamil semakin pudar apabila dia diberitahu bahawa Jamil akan bertunang dengan gadis pilihannya.

Sinopsis Telefilem Kari Ayam Mama (TV3)

Kari Ayam Mama (TV3)

Telefilem : Kari Ayam Mama
Produksi : Saphire Screen Sdn Bhd
Pengarah : Ismail Bob Hasim
Penulis Skrip : Azlina Din
Siaran : TV3
Tayangan : 11 November 2023
Masa : Sabtu | 10.00 Malam
Pelakon : Amyra Rosli, Izzue Islam, Rahim Razali, Melanie Tan, Eryn Gani, Ranjini Devi

Sinopsis Telefilem Kari Ayam Mama

Mengisahkan Nia (Amyra Rosli) seorang gadis cantik yang masih belum mempunyai teman istimewa meskipun sering mendapat perhatian kaum adam.

Suatu hari, Nia mendapat seorang jiran baru bernama Rash (Izzue Islam). Namun hubungan mereka dingin dan sering bergaduh gara-gara kes kehilangan pokok kari kepunyaan Nia. Nia menuduh Rash mencuri pokok kari miliknya.

Lama kelamaan Nia mula tertarik dengan Rash sehingga dia sanggup mempelajari masakan kari dari jirannya yang berbangsa India. Hasil gabungan resepi kari Melayu dan India hasil air tangan Nia, ia telah berjaya memikat hati Rash.

Sinopsis Telefilem Denting Cinta (TV1)

Sinopsis Telefilem Denting Cinta (TV1)

Telefilem : Denting Cinta
Produksi : Sixbase Resources Sdn Bhd
Pengarah : Rahila Ali
Penulis Skrip : Haiza Mazni
Siaran : TV1
Tayangan : 11 November 2023
Masa : Sabtu | 9.00 Malam
Pelakon : Isyariana, Fadlan Hazim, Laila Nasir, Neera Azizi, Mak Wan, Effa Nasrisha, Dareen Lew, Beego, Rahim Kidol

Sinopsis Telefilem Denting Cinta

Mengisahkan Cikgu Halimah (Laila Nasir) yang mempunyai Alzheimer dan mula kehilangan memorinya sehingga adakalanya dia tersesat dan tidak ingat jalan pulang ke rumah.

Darwish (Fadlan Hazim) merasa bertanggungjawab untuk menjaga ibunya yang sakit walaupun bukan mudah untuk menguruskan seorang pesakit Alzheimer. Darwish mengupah Daniyah (Isyariana) untuk menjaga Cikgu Halimah.

Daniyah bersetuju dengan tawaran tersebut kerana dia terhutang budi pada Cikgu Halimah yang pernah menjaganya sewaktu sekolah rendah. Adakah Daniyah mampu bertahan melayan kerenah Cikgu Halimah?

Sinopsis Telefilem Gadis Muka Surat (TV2)

Sinopsis Telefilem Gadis Muka Surat (TV2)

Telefilem : Gadis Muka Surat
Produksi : Skyline Production
Pengarah : Abdul Hadi Yusof
Penulis Skrip : Farah Izzati
Siaran : TV2
Tayangan : 7 November 2023
Masa : Selasa | 9.00 Malam
Pelakon : Dayang Areeda, Mustaqim Bahadon, Ebi Kornelis, Adin Hans, Shelviana Josh, Zuzela Mohamed, Clarice John Matha

Sinopsis Telefilem Gadis Muka Surat

Mengisahkan Aina Sofea lakonan Dayang Areeda, yang baru sahaja kematian suaminya, Talha. Dia masih dibayangi dengan kehadiran Talha di rumahnya. Demi meluahkan rasa rindunya, Aina mengirimkan surat kepada suaminya itu. 

Pada awalnya, Aina tahu bahawa surat yang dikirimnya tidak akan mendapat balasan. Namun sebaliknya berlaku. Setiap surat yang dikirimkan mendapat balasan dari Talha

Sinopsis Novel Bukan Sekadar Lafaz oleh Sophilea

Sinopsis Novel Bukan Sekadar Lafaz

Novel Bukan Sekadar Lafaz karya Sophilea telah diadaptasi ke drama bersiri yang ditayangkan di slot Akasia TV3 mengisahkan kisah cinta yang tidak diduga antara Hud dan Asyikin yang terpaksa bersatu demi menutup aib keluarga.


Sinopsis Novel Bukan Sekadar Lafaz

Siapa sangka mereka akan jatuh cinta? Betul lah cinta itu buta. Cinta itu tak pernah pandang siapa dia, apa atau kenapa.

Di jodohkan bersama Hud, sepupu yang kononnya mahu menutup aib keluarga dengan fitnah yang belum tentu benarnya. Asyikin dalam sedih dan duka menerima Hud yang bukan siapa-siapa sebagai suami. Hud hanyalah seorang lelaki biasa yang bersedia memikul tanggungjawab sebagai suami Asyikin demi menutup aib keluarga.

Perkahwinan yang di atur keluarga buatkan Asyikin sedikit kekok. Berkahwin dengan sepupu sendiri buatkan lidahnya kadang-kadang kelu untuk bersuara. Seperti dalam perjanjian, sampai waktunya Hud harus melepaskan Asyikin. Hud akur dengan perjanjian namun sepanjang menjadi suami Asyikin dia tetap tunaikan tanggungjawabnya sebagai ketua keluarga. Nafkah Asyikin tetap di hulurkan walaupun dia bukan lah orang berada.

Sedikitpun Asyikin tidak pernah di sentuh kerana dia tahu Asyikin bernikah dengannya kerana keluarga. Hidup berdua buatkan Asyikin mengagumi Hud. Berbulan bersama, fitnah yang di lempar semuanya dusta belaka. Si ayah mula menunjukkan kuasa. Hud harus lepaskan Asyikin.

Namun siapa sangka siapa menduga hati saling suka jiwa saling jatuh cinta cuma takut untuk berbicara. Asyikin buat satu pengakuan di dalam satu laman sosial tentang perasaanya pada Hud dan betapa dia tak mahu Hud lepaskan dia pergi.

‘Hud saya menyintai awak tapi saya tak mampu untuk luahkan. Tolong Hud jangan lepaskan saya pergi.’

Hud terbaca. Bibirnya mengukir senyuman. Berbulan serumah meski tidak sekatil tangannya tidak bertepuk sebelah.

‘Syikin awak tahu tak betapa seksanya menahan hati dan perasaan menolak hati saya yang menyintai awak?’

Saat tahu hati Asyikin juga ada padanya Hud hantarkan satu pesanan. Cuma dinding bilik yang jadi pemisah.

“Habis tu nak tukar nama apa kat whatsap ini? Kalau sayang, cepat datang bilik sebelah peluk saya.”

Asyikin gembira. Ya dia mahu hatinya dan hati Hud menjadi satu. Namun, mampukah mereka berhadapan dengan keluarga. Sedangkan perjanjiannya Hud harus melepaskan Asyikin.

“Syikin walau apapun Asyikin tetap isteri saya. Saya tak akan pernah lepaskan Asyikin pergi. Ini janji saya. Janji seorang zauj buat zaujahnya.”

Airmata Asyikin mengalir dalam cintanya buat Hud.

Cinta itu datang tanpa di pinta, hadir tanpa perlu di paksa.

Drama Korea True Beauty di TV2

True Beauty

TV2 membawakan drama korea yang popular bertajuk True Beauty yang akan ditayangkan mulai 25 Oktober 2023, setiap hari rabu hingga sabtu jam 8.00 malam. Drama bersiri 16 episod ini dibintangi oleh Moon Ga Young, Cha Eun Woo, Hwang In Youp dan ramai lagi.

True Beauty mengisahkan seorang pelajar sekolah bernama Im Ju Kyung yang sering dibuli oleh keluarga dan rakan sekolahnya kerana mempunyai paras rupa yang kurang menarik.

Ju Kyung hampir membunuh diri kerana tekanan yang diterima lalu bangkit dan mula belajar make-up melalui video di youtube. Apabila keluarganya berpindah, Ju Kyung berasa gembira dapat belajar di sekolah baru lalu menggunakan kuasa make-up dan berubah menjadi gadis cantik. 

Tiada siapa yang tahu wajah sebenarnya di sekolah baru tersebut dan semua rakan sekolah memuji kecantikan Ju Kyung sehingga mengelarnya dewi. 

True Beauty di TV2

Malangnya satu hari rahsia besarnya itu terbongkar apabila wajah asalnya telah dilihat oleh teman sekelasnya yang sangat tampan, popular, dan misteri iaitu Lee Su Ho. Dia mula risau Su Ho akan membongkar rahsianya kecantikan palsunya itu.

Su Ho sangat popular dalam kalangan pelajar perempuan di sekolah. Namun sebaliknya Su Ho bencikan perhatian tersebut dan seringkali menjauhkan diri daripada mereka. malah dia juga tidak bergaul dengan rakan-rakan sekelasnya.

Hakikatnya dia memiliki ketakutannya tersendiri, dan menyimpan rahsia silamnya tentang kejadian tragis di masa lalu yang telah menghantuinya sejak lama. Kejadian itu membuat Su Ho menjauhkan diri daripada sahabatnya, Seo Jun.

Satu kejadian berlaku dan sejak itu mereka mula bersahabat. Apatahlagi masing-masing menyimpan rahsia yang tidak ingin diketahui oleh orang lain. Nantikan kesudahannya di TV2