Showing posts with label Drama Jepun. Show all posts
Showing posts with label Drama Jepun. Show all posts

Fukuyado Honpo


Title : Fukuyado Honpo ~ Kyoto Love Story
Episodes : 12
Duration : 30 minutes
Cast : Hayami Akari, Ichihara Hayato, Sasaki Nozomi, Miyani Hina, Yamashita Kenjiro


SIPNOSIS

Fukuyoshi Hina, Arare, and Hana are three sisters whose family run Fukuya, a 450-year-old traditional Japanese confectionery shop in Kyoto. This is the story of their individual romances, love of family and sacrifices for the sake of protecting tradition


Fukuyado Honpo sebenarnya nama kedai yg membuat kuih manisan jepun. tuan kedai ni ada tiga orang anak iaitu Hina, Arare dan Hana. watak utama dalam drama ini adalah anak kedua iaitu Arare.

Arare sangat minat pada japanese sweet dan selalu teman ayahnya membuat manisan. selepas kematian bapanya, ibu Arare jadi makin tegas dan tidak membenarkan Arare masuk ke dapur kedai mereka kecuali kakaknya yg bakal menjadi pewaris Fukuyado Honpo. sejak itu, Arare terasa hati dengan ibunya dan langsung tak ambil peduli urusan perniagaan keluarga mereka.

Suatu hari, Arare diminta oleh ibunya untuk berkahwin dengan Kenji dan menjadi pewaris sebab kakak dia akan berkahwin. awal tu memang Arare memberontak juga bila ibu dia tak habis nak mengatur kehidupan dia. sampailah ibu dia tertiba jatuh sakit, masa itu baru Arare ubah fikiran.


Kenji pula chef di Fukuyado Honpo yg bekerja di situ sejak umur 18 tahun  kiranya dah master dalam membuat japanese sweets. sebab itu juga ibu Arare nak jodohkan Kenji dengan pewaris tapi disebabkan kakak Arare dah ada pilihan sendiri makanya Arare yg perlu mengambil alih tugas tersebut.

sebenarnya jalan cerita awal tu memang menarik yg mana lebih fokus mengenai konflik dalam Arare sama ada untuk terima atau tidak tanggungjawab untuk menjadi pewaris kedai keluarganya tapi lepas tu ceritanya lebih fokus pada kisah cinta kakaknya iaitu Hina dan Hinoyama.


dari mula lagi, aku pun tak paham kenapa Hina nak kahwin dengan Hinoyama sebab diorang tak pernah keluar dating ke apa just Hinoyama ajak kahwin dan dia pun setuju. kisah diorang ni dah jadi complicated sebabnya masing-masing bengong sangat macam Hinoyama asyik kira pride dia dan Hina pula tak pernah nak luah apa yg dia rasa.

akhinya bila berkahwin rumah tangga jadi goyah sebab kurang komunikasi dan keadaan jadi makin rumit bila ada geiko yg cuba nak mengorat Hinoyama. bagi aku kisah diorang dah rosakkan the whole story sebabnya mood tu effect pada watak lain juga. Kenji yg mulanya sweet tetiba makin annoying pula, Arare pula tak pasti lagi hubungan dia dengan Kenji bila Kenji asyik reject dia lepas dia luahkan perasaan.


at first aku tertarik nak tengok drama ni sebab lokasinya di Kyoto, aku suka sangat Kyoto sebab tempat dia memang cantik, drama ni ada juga selitkan budaya yg ada di Kyoto tapi bila kisahnya lebih fokus pada cinta, agak bosannya juga jalan ceritanya.

Crisis : Special Security Squad


Title : Crisis : Special Security Squad
Episodes : 10
Duration : 45 minutes
Cast : Oguri Shun, Nishijima Hidetoshi, Tanaka Tetsushi, 
Nomaguschi Tohru, Araki Yuko

SIPNOSIS

The Special Investigation Unit is a secret force of specialists in various fields under the direct control of the head of the Tokyo Metropolitan Police Department’s Security Bureau. Its members all have pasts they are trying to put behind them.

Inami Akira sustained serious trauma in a special mission and was discharged Self-Defense Forces; Tamura Saburo is also a special missions veteran, but due to an incident was ordered to transfer tothe mobile unit from the Public Security Department in the wake of an incident. Picked out by their chief Yoshinaga , they're joined up by ex-hacker Oyama and explosives expert Kashii to form a special team that will tackle politically "dangerous" threats to the State that the government wants kept secret.

However, they find themselves regularly confronting morally conflicting cases, which they begin to realize could shake up the country, depending on their success or failure.


Dalam Crisis, sebuah pasukan khas ditubuhkan untuk handle kes berprofil tinggi yg melibatkan ahli politik atau menteri, tugas mereka untuk mematahkan serangan terrorist yg cuba menjatuhkan kerajaan dan juga melindungi individu yg menjadi sasaran puak terrorist ni. pasukan khas ini terdiri daripada lima orang yg mempunyai kepakaran tersendiri dan mereka juga mempunyai dark past masing-masing.

selalunya dalam drama atau movie, kita selalu tengok watak utama cuba menjatuhkan kerajaan tapi drama ni terbalik sebab mereka kena mengelak benda ini daripada berlaku walaupun orang yg mereka protect takde la perangai semengah mana pun tapi dah nama tugas kena la buat juga.


penjahat pula ada motif sendiri, ada tu kumpulan anak muda yg cuba ubah sistem negara mereka sebab berasa kerajaan tak adil dan ada juga individu yg ada alasan tersendiri untuk balas dendam pada menteri. bila follow setiap episode aku rasa semua problem ni memang berpunca dari pihak atas sebab mereka akan gunakan orang tu untuk capai sasaran mereka tapi bila rasa orang tu dah tak berguna, mereka akan abaikan saja hmmm macam mana kes terrorism macam ni tak meningkat.


aku admit at first aku tengok drama ni sebab Oguri Shun tapi first episode memang best dan rasa macam tak cukup nafas tengok scene lawan-lawan perghh boleh bagi perfect score untuk action. last episode ada benda yg mengejutkan terjadi yg aku rasa mereka ni macam dipergunakan oleh pihak atas. tak tahu la kenapa i hope ada season two nak tengok mereka ni beralih arah jadi penentang kerajaan pula.

Gomen ne Seishun!


Title : Gomen ne Seishun! / Sorry Youth!
Episodes : 10
Running Time : 45 minutes
Cast : Nishikido Ryo, Mitsushima Hikari, Nagayama Kento, 


Gomen Ne Seishun kisah mengenai dua buah sekolah iaitu sekolah perempuan Catholic High School (Sanjou) dan sekolah lelaki Buddhist High School (Tonkou) yg terletak bersebelahan tetapi saling bermusuhan. pihak sekolah mahu mengabungkan kedua buah sekolah ini disebabkan isu kewangan tetapi baik guru mahupun pelajar ini masing-masing tidak setuju dengan idea itu.

sebenarnya hubungan antara dua buah sekolah ini dulunya sangat baik tetapi bertukar keruh apabila berlaku kebakaran kecil di Sanjou pada 14 tahun yg lalu. walaupun tidak diketahui perbuatan siapa, Sanjo menuduh pelajar Tonkou yg menyebabkan kebakaran tersebut.


penyebab kebakaran itu ialah this guy, Hara Heisuke. Heisuke seorang guru bahasa di Tonkou dan dia dulu juga pelajar di situ. Heisuke mahu melihat kedua buah sekolah ini bergabung dan memulihkan semula hubungan keruh antara dua buah sekolah bagi menebus semula kesalahan dia yg lampau.

atas idea Heisuke, pihak sekolah setuju untuk ambil satu kelas dari Sanjo dan Tonkou untuk digabungkan dan benda ini macam projek exprimen la kalau berjaya mereka setuju untuk gabungkan kedua buah sekolah ini. Heisuke ditugaskan untuk jaga kelas gabungan di Sanjo.


Hachiya Risa pula guru di Sanjo dan ditugaskan untuk jaga kelas gabungan di Tonkou. Hachiya sensei salah satu favourite aku dalam drama ni, personaliti dia sangat tough dan bukan senang nak bertikam lidah dengan di a sebab tu pelajar kat situ takut dengan dia.


permulaannya memang bukan mudah, semuanya sangat messy dan pelajar perempuan ni juga buat perangai tanda protes mereka dan bukan senang bagi Heisuke nak control pelajar perempuan di kelas dia.

tapi lama kelamaan mereka mula terbuka untuk terima antara satu sama lain. pelajar ni juga mula bekerjasama untuk menyelesaikan masalah bersama, yg bestnya bila dah rapat muncul pula cinta monyet antara mereka.


Heisuka masih lagi rasa bersalah dengan peristiwa yg berlaku 14 tahun yg lalu. Heisuke ada juga nak cerita hal yg sebenar tapi tiap kali dia nak buka mulut mesti ada yg menganggu. walaupun masa silam tak berapa bagus tapi Hei-chan sensei ni seorang guru yg baik kalau tidak takde la pelajar dia semua sayang kat dia.


aku suka love line antara Heisuke dengan Hachiya sensei, selalunya dalam jdrama dorang selalu buat watak utama dia nampak macam bercinta tapi ending dia kita pula yg nak kena pikir but this one i really love it, progress antara mereka dua comel kot, paling suka scene confession Hachiya sensei, epik betul.


walaupun dah banyak drama high school yg aku tengok tapi still rasa storyline drama ni fresh dan entertaining. Gomen ne Seishun selain kisah pasal kehidupan pelajar sekolah drama ni turut memaparkan masalah orang dewasa yg berada di sekeliling Heisuke. beban Heisuke bukan sahaja nak selesaikan masalah budak-budak ni tapi juga kena pikir masalah dia dengan bestfriend dia dan juga aniki dia yg tetiba buat perangai.

kesimpulannya, Gomen ne Seishun is a light comedy drama that very fun and entertaining to watch dan banyak benda yg boleh belajar dari drama ni likes life lesson daripada Hei-chan sensei.

Review Drama Jepun: Todome No Kiss (2018)

Review Drama Jepun: Todome No Kiss (2018)

Title : Todome No Kiss / Kiss of Death
Director : Sugawara Shintaro, Akashi Hiroto
Screenwriter : Izumi Yoshihiro
Release Date : 7 January 2018
Episodes : 10
Duration : 45 minutes
Genre : Thriller, Mystery, Romance, Supernatural
Cast : Yamazaki Kento, Kadowaki Mugi, Mazkenyu, Araki Yuko, Masaki Suda

SYNOPSIS:
Dojima Otaro works as a popular host. Because of a past incident, he believes that love makes people unhappy. He now only pursues money and power.

A mysterious woman appears in front of Dojima Otaro. The mysterious woman has a pale face with red lips. She kisses him and he dies, but the next moment he regains consciousness. He realizes he is now 7 days in the past. The mysterious woman also follows him. Due to her kiss, Dojima Otaro dies and goes back to the past over and over again.

Review Drama Jepun: Todome No Kiss (2018)

Todome No Kiss mengisahkan Dojima Otaro yg bekerja sebagai host di bar, selain popular dalam kalangan wanita, Otaro juga suka mengikis duit perempuan dan dia juga tak percaya dengan cinta. 

Suatu hari, seorang anak jutawan bernama Mikoto melepak di kelabnya, Otaro ada rancangan untuk memikat Mikoto tapi lain pula yg berlaku apabila muncul seorang wanita misteri yang berpakaian santa secara tiba-tiba menyerang dan mencium Otaro then dia pun mati.

Review Drama Jepun: Todome No Kiss (2018)

bila tersedar Otaro kemudiannya mendapati dia kembali ke tujuh hari sebelum itu. mula-mula tu ingatkan mimpi, mimpi yang dia rasa sangat real macam dejavu.

pastu Otaru menyedari dirinya sudah menjadi target seorang wanita misteri yang berpakaian santa. kerana kiss dari wanita tersebut, Otaru aan mati dan kembali semula ke seminggu sebelum itu. semua ini akan terus berulang setiap kali Otaro kena kiss dengan perempuan tu.

Review Drama Jepun: Todome No Kiss (2018)

drama ni nak cakap kelakar tak sangat tapi jadi kelakar sebab perempuan misteri yang namanya Sato Saiko.

mula-mula tu macam pelik dan misteri juga dengan motif perempuan sampai naik seram setiap kali perempuan ni muncul. tapi bila reveal pasal cerita sebenar memang berdekah aku gelak sebab perempuan ni tak jahat pun tapi dia buat benda tu nampak psiko.

Review Drama Jepun: Todome No Kiss (2018)

kalau ikutkan Otaro ni agak jahat juga sebab dia buat macam-macam rancangan nak pikat Mikoto, lagi-lagi bila dia dah tahu rahsia di sebalik kiss tu. 

Mikoto sebenarnya suka pada abang angkat dia so peluang Otaro nak pikat Mikoto memang tipis sebenarnya tapi bila dia boleh balik ke seminggu sebelum tu, dia ada banyak peluang untuk betulkan balik kesilapan dia.

Review Drama Jepun: Todome No Kiss (2018)

antara best part dalam drama ni juga ialah kemunculan street guy ni, macam interesting juga sebab dia percaya dengan cerita Otaru pasal todome no kiss tapi mula tu macam susah nak teka dia ni jahat ke baik yg pasti watak dia memang kelakar.

drama ni sebenarnya agak saspen dan sedih but the whole story sangat interesting and crazy, ending dia pula bagi aku agak memuaskan hati sebab happy ending untuk everyone. satu benda yg aku tak suka pasal drama ni, too much kissu..haha 🙈

Repeat : 10 Months Which Changes Fate


Title :  Repeat : 10 Months Which Changes Fate
Episodes : 10
Running Time : 45 minutes
Cast : Shihori Kanjiya, Kanata Hongo, Gori


Repeat mengisahkan Ayumi Syinozaki yg bekerja sebagai librarian, suatu hari dia mendapat panggilan daripada seorang lelaki yg mengatakan sejam kemudian kejadian gempa bumi akan berlaku dan selepas sejam kejadian tersebut benar terjadi.

lelaki tersebut menghubungi Ayumi semula dan memperkenalkan dirinya sebagai Kazama dan mempelawa Ayumi untuk berjumpa jika dia percaya dengan apa yg disampaikan oleh Kazama.


Selain Ayumi, terdapat tujuh orang lain yg turut menyertai perjumpaan tersebut. Kazama memperkenalkan diri dan memberitahu mereka dia boleh travel ke masa lalu tapi limit masa yg mereka boleh pergi cuma 10 bulan sahaja  dan dia memanggil special experience ni sebagai 'Repeat'.

Mereka dijemput untuk menyertai Repeat jika ingin mengubah nasib mereka dan bila wang yg menjadi taruhan dan tentu masing-masing makin berminat untuk join experience ni tapi Kazama menerangkan tentang rule yg perlu mereka patuhi dan paling penting Repeat ini adalah rahsia.


Ayumi pada mulanya tidak mahu menyertai Repeat sebab dia dah rasa bahagia dengan hidup dia walaupun tak kaya tapi dia ada boyfriend dan assume bakal dilamar oleh encik boyfriend dia tapi lain pula yg berlaku bila mamat tu sebenarnya nak putus dengan dia. Ayumi terus ubah fikiran untuk join Repeat.


Mouri ni pekerja part time di bar dan dia join repeat ni untuk jadi lebih kaya tapi tujuan sebenarnya adalah nak breakup ataupun avoid daripada girlfriend dia yg kaya dan muka innocent ni tapi sebenarnya ya ampun psiko yg amat, bila scene minah ni aku memang rasa creepy sangat sebab dia punya tahap psiko tu memang mental habis tu.


Tendo ni paling relaks sekali, awal tu memasing ingat dia join untuk suka-suka saja tapi sebenarnya Tendo join Repeat ni untuk selamatkan anak dia yg mati dalam kemalangan.

Ayumi, Mouri dan Tendo rapat dari mula mereka join Repeat, mereka selalu berjumpa dan selesaikan masalah bersama. apabila seorang demi seorang daripada geng repeat ni mula ditimpa malang, Ayumi, Mouri dan Tendo sedar yg mereka menjadi target seseorang.


bagi aku drama ni very interesting sebab selalunya drama yg konsep time travel dia buat kerja sorang-sorang tapi yg ni depa pi berjemaah. dari first episode aku memang tak percaya langsung dengan Kazama ni, apa motif dia ajak mereka ni join Repeat dan kenapa mereka ni yg terpilih macam menipu sangat la bila dia bagitahu benda tu random dan just nak sharing experience.

mostly yg join Repeat ni mereka cuma nak hidup mereka lebih bahagia tapi sebenarnya banyak benda yg unexpected terjadi lagi-lagi bila nyawa mereka pun dalam bahaya. aku rasa susah nak percaya each one of them yg join Repeat sebab ada di kalangan mereka yg punya motif tak baik langsung. aku pun tak tahu ending Repeat ni macam mana sebab drama ni still ongoing dan last episode next week, ok one more episode.

Review Drama Jepun: Hapimari: Happy Marriage!? (2016)

Review Drama Jepun: Hapimari: Happy Marriage!? (2016)

Title : Hapimari : Happy Marriage!?
Release Date : 22 Jun 2016
Episodes : 12
Genre : Romance
Cast : Dean Fujioka, Seino Nana, Shinoda Mariko, Fujiwara Norika, Shirasu Jin,

Review Drama Jepun: Hapimari: Happy Marriage!? (2016)

Diadaptasi dari manga dengan judul yang sama mengisahkan Takanashi Chiwa seorang office lady terpaksa buat part time sebelah malas sebagai hostess untuk membayar hutang bapanya yang suka berjudi.

Suatu hari berlaku pergaduhan sehingga dia dibuang kerja dan keesokan harinya, Chiwa dapat tahu pelanggan tersebut adalah Mamiya Hokuto yang merupaka pewaris Mamiya Empire.

Hokuto datang bertemu dengan Chiwa dan menawarkan kontrak kahwin kepadanya. Chiwa bersetuju sebab memerlukan wang untuk melangsaikan hutang bapanya.

Review Drama Jepun: Hapimari: Happy Marriage!? (2016)

Walaupun sibuk dengan kerja, Hokuto tetap layan Chiwa dengan baik selepas berkahwin cuma dia tak suka Chiwa masuk campur urusan dia.

Chiwa menyedari banyak benda yang dia tak tahu mengenai Hokuto terutama sekali masalah keluarga Hokuto. pastu Chiwa mula cemburu bila ada seorang wanita bernama Misaki rapat dengan Hokuto. tapi yang paling kelakar bila Chiwa kena menghadap Souma (secretary Hokuto) yang perangai dah macam mak mertua dia.

Review Drama Jepun: Hapimari: Happy Marriage!? (2016)

suka main lead nampak comel sangat walaupun awal-awal tu macam kelakar juga bila Chiwa setuju dengan proposal Hokuta. macam eh senang sangat korang ni kahwin.

drama ni sangat pendek dalam 30 minit, jalan cerita dia bukan benda baru dengan tema kahwin kontrak tapi best juga tengok lagi pula jarang jumpa drama jepun light rom-com macam ni.

Gomen Aishiteru


Title : Gomen, Aishiteru
Director : Yasuharu Ishii
Writer : Taeko Asona
Episodes : 10
Running Time : 60 minutes
Cast : Tomoya Nagase, Riho Yoshioka, Kentaro Sakaguchi

korean version

Gomen Aishiteru adalah remake dari drama Korea bertajuk I'm Sorry, I Love You lakonan So Jisub, Lim Soojung dan Jung Kyungho yg diterbitkan pada 2002, versi korea memang sangat popular dan salah satu drama terbaik So Jisub. aku dah lama tengok yg versi korea ni tapi tak berapa ingat jalan cerita ni, yg aku ingat this one is melodrama dan ending dia sangat sedih.


Gomen Aishiteru mengisahkan Ritsu yg terlibat dalam kongsi gelap di Korea dan juga orang kanan kepada Ran (Lee Soo Hyuk). Suatu hari, Ritsu cuba menyelamatkan Ran tetapi dia ditembak di kepala dan cedera parah. apabila tersedar doktor memberitahu yg dia tidak mempunyai banyak masa untuk hidup.

Ritsu kembali ke Jepun dengan misi untuk mencari ibu kandungnya dan kemudian dia bertemu ibunya yg bernama Reiko tetapi dia dapat tahu ibunya ada anak lain bernama Satoru. Ritsu tekad nak balas dendam pada ibunya sebab dia ingat mak dia buang dulu sebab miskin.

sebelum tengok drama ni, aku rasa hero dia macam tua sangat pastu aku baru ingat Nagase yg main watak Ritsu ni pelakon yg sama dalam drama My Boss My Hero. aku jarang nak tengok drama yg remake sebab nanti aku suka compare dengan original version tapi bila tengok Nagase berlakon  dalam drama ni aku memang tak ingat langsung pada So Jisub.


Rinka pula kawan baik Satoru sejak kecil dan sekarang dia bekerja sebagai manager Satoru dan menguruskan dan menjaga Satoru. Rinka dah lama suka pada Satoru tapi terpaksa simpan perasaan dia sebab Satoru suka pada orang lain.

Rinka bertemu dengan Ritsu di Korea ketika dia dalam kesusahan. bila mereka bertemu kembali di Jepun, Rinka menolong Ritsu untuk dapatkan kerja sebagai pemandu Satoru, hubungan mereka semakin rapat.


Reiko seorang pianist dulu tetapi sudah bersara atas sebab kesihatan dan sekarang Satoru mewarisi bakat tersebut dan menjadi pianist terkenal. Satoru ni watak dia anak emak, perangai dia tak matang langsung dan banyak depend pada orang terutamanya Rinka dan mak dia.

watak mereka dua ni agak selfish la walaupun Satoru baik sikit dari mak dia, aku tak suka cara mereka layan Rinka. walaupun Reiko tahu Rinka suka pada Satoru tapi tak pernah peduli pasal perasaan dia tapi bila Rinka dah move on dorang nak Rinka terima Satoru tanpa tanya pendapat atau perasaan dia.

layanan Reiko pada Ritsu sangat dingin, dia selalu pandang rendah pada Ritsu disebabkan background Ritsu dan lelaki tu pernah terlibat dengan kongsi gelap. bila jadi something pada Satoru mesti dia nak salahkan Ritsu. kadang tu kesian juga pada Ritsu sebab dia just nak Reiko baik pada dia tapi dia selalu dapat layanan yg tak adil.


versi korea still lagi my favourite but Jepun punya pun best juga dan pada pendapat aku Jepun sangat bagus bila buat remake drama sebab dorang cuba buat versi mereka sendiri tapi masih lagi tak lari dari jalan cerita asal. ada few part yg depa ubah sikit untuk beri kelainan pada drama ni macam contoh watak Ran sepatutnya perempuan bukan lelaki dan versi jepun tak terlalu sarat dengan emosi yg melampau tapi masih lagi sedih untuk ditonton.

aku rasa aku lagi suka ending yg jepun punya sebab dia ada good message yg tak nak galakkan  kes bunuh diri (kalau tengok drama asal mesti tahu macam mana hero dia mati) so mereka tak tunjuk cara Ritsu mati tapi nak kita pikir sendiri dan at least Rinka ni tak bodoh macam heroin original version.

Yorozu Uranaidokoro Onmyoya e Yokoso


Title : Yorozu Uranaidokoro Onmyoya e Yokoso / 
The Fortune Telling Shop, Omyouya
Director : Masato Hijikita
Writer : Tsutomu Kuroiwa
Episodes : 11
Cast : Nishikido Ryo, Kana Kuraishina, Yuri Chinen


Drama ni mengisahkan Abe Shoumei yg pergi ke sebuah bandar untuk buka kedai fortune telling. penduduk kat situ tak senang dengan kehadiran Abe lebih-lebih lagi dia pernah bekerja sebagai host di bar so mereka takut dia akan bawa pengaruh tak baik. Abe ni pula jenis tak kisah dengan gosip penduduk kat situ pasal dia dan relax je.


Shota pelajar sekolah tinggi, dia ada problem dalam pelajaran dan suka tidur dalam kelas. mak dia stress la lepas jumpa cikgu dia dan pergi tilik nasib lepas nampak kedai Abe. Shota ni actually smart dia tahu yg Abe menipu tapi secara tak sengaja dia rosakkan barang kat kedai Shota. disebabkan takde duit bayar ganti rugi dia terpaksa kerja sebagai pembantu Abe.


Abe tak ada kebolehan menilik tapi keluarga dia sebenarnya kaya dan famous dalam fortune telling cuma bakat tu tak sampai dekat dia. Abe juga someone yg genius, sejak kecil lagi dia banyak membaca buku pasal fortune telling tapi dia guna knowledge dia tu untuk amik hati perempuan sebab tu kebanyakkan pelanggan dia wanita.

selain itu, Abe datang ke bandar ni pun ada tujuan tertentu dan dari awal lagi dia dah tahu yg Shota ni ada kuasa sebab tu dia amik Shota bekerja dengan dia. Shota ni sebenarnya ada connection dengan Abe dan kena la tengok untuk tahu kisah sebenar..hehe


Michiko pula guru kelas Shota, dia tak suka dengan Abe dan juga Shota yg kerja di situ. dia selalu pantau bila Shota bekerja sebab takut Abe bawa pengaruh tak baik kat Shota. Michiko juga tak percaya pasal fortune telling dan benda yg tak boleh diselesaikan dengan sains.


drama ni bukan the latest one, aku pun dah lama tengok drama ni but still enjoy tengok balik this one. setiap episode sangat fun dan impress me especially si Abe ni suka tengok dia yg relaks je dan last sekali dia yg selesaikan semua problem, bila semua orang dah terharu rupanya dia buat pasal duit dan Shota ni pun comel je. Omyouya ni antara drama Ryo yg aku suka. Highly Recommend!

Review Drama Jepun: Overprotected Kahoko (2017)

Review Drama Jepun: Overprotected Kahoko (2017)

Title : Kahogo no Kahoko
English Title : Overprotected Kahoko
Release Date : 12 July 2017
Episodes : 10
Genre : Comedy, Romance, Life
Cast : Takahata Mitsuki, Takeuch Ryoma, Kuroki Hitomi, Tokito Saburo, Mita Yoshiko, Nishioka Tokuma

Mengisahkan Kahoko Nemoto berusia 21 tahun, seorang pelajar universiti di tahun yang sedang dalam fasa mencari pekerjaan.

Namun begitu, Kahoko tidak pandai berdikari dan membuat keputusan sendiri. segala keperluan hidupnya diuruskan oleh ibunya, Izumi yang tersangat protective. pendek cakap kalau ada masalah, Kahoko akan terus tanya pada ibunya.

Review Drama Jepun: Overprotected Kahoko (2017)

Izumi (Ibu Kahoko) terlalu protective apabila melibatkan hal anaknya dan akan membuat segala keputusan untuk Kahoko.  Kahoko cuma perlu patuh dan ikut.

Masataka (ayah Kahoko) sebenarnya dari awal lagi nampak ada yg tak kena dalam family dia dan tak suka cara isterinya manjakan Kahoko. tapi disebabkan Izumi seorang dominan dan suka control everything, Masataka memilih untuk berdiam diri.

kesian juga dengan ayah Kahoko sebab pendapat dia selalu tak dipedulikan dan walaupun tak suka dengan situasi di rumah, dia hanya mampu tegur dalam hati sahaja.

Review Drama Jepun: Overprotected Kahoko (2017)

Suatu hari, Kahoko bertemu dengan Hajime Mugino seorang pelajar art di universiti yang sama dengannya. kehidupan Hajime sangat berbeza dengan Kahoko. 

Hajime sangat straighforward dalam luahkan pendapatnya dan sedikit sebanyak Hajime banyak mempengaruhi Kahoko.

Review Drama Jepun: Overprotected Kahoko (2017)

Kahoko mula berubah sejak berkawan dengan Hajime so sudah tentu Izumi tak berkenan dengan situasi tersebut dan melarang Kahoko berkawan dengan Hajime.

Apabila Kahoko membuat keputusan untuk belajar berdikari terjadilah konflik antara Kahoko dan Izumi.

Review Drama Jepun: Overprotected Kahoko (2017)

Selain dari konflik Kahoko dan ibunya, drama ni juga fokus pada keluarga besar Kahoko yang pada awalnya nampak seperti sebuah keluarga gembira tapi sebenarnya mempunyai masalah tersendiri.

Walaupun annoying juga dengan Kahoko yang tak reti nak buat keputusan sendiri tapi suka tengok perubahan pada watak Kahoko dalam setiap episod. kalau awalnya semua benda nak kena tanya Izumi tapi Kahoko semakin matang. bila ada masalah dalam keluarga besar dia, Kahoko cuba mencari jalan untuk menyelesaikan konflik yang berlaku.

Review Drama Jepun: Overprotected Kahoko (2017)

dari first episode suka dengan watak Hajime sebab dia jenis yang rileks dan santai habis pastu satu agi dia jenis yang straightfoward untuk Kahoko buka mata kenal dengan dunia luar yang sebenarnya tak seindah macam parent Kahoko brainwash anak dia selama ini.

Walaupun pada awalnya Hajime stress juga dengan perangai Kahoko yang terlebih naif tapi dia tak pernah pun rude atau pandang rendah pada Kahoko tapi sebaliknya dia selalu bagi nasihat dan ubah cara Kahoko berfikir.

Review Drama Jepun: Overprotected Kahoko (2017)

Kahogo no Kahoko memang best dan kelakar, ada mesej yang cuba disampaikan. paling suka chemistry antara Kahoko dan Hajime dan lakonan mereka pun sangat best.