Fukuyado Honpo


Title : Fukuyado Honpo ~ Kyoto Love Story
Episodes : 12
Duration : 30 minutes
Cast : Hayami Akari, Ichihara Hayato, Sasaki Nozomi, Miyani Hina, Yamashita Kenjiro


SIPNOSIS

Fukuyoshi Hina, Arare, and Hana are three sisters whose family run Fukuya, a 450-year-old traditional Japanese confectionery shop in Kyoto. This is the story of their individual romances, love of family and sacrifices for the sake of protecting tradition


Fukuyado Honpo sebenarnya nama kedai yg membuat kuih manisan jepun. tuan kedai ni ada tiga orang anak iaitu Hina, Arare dan Hana. watak utama dalam drama ini adalah anak kedua iaitu Arare.

Arare sangat minat pada japanese sweet dan selalu teman ayahnya membuat manisan. selepas kematian bapanya, ibu Arare jadi makin tegas dan tidak membenarkan Arare masuk ke dapur kedai mereka kecuali kakaknya yg bakal menjadi pewaris Fukuyado Honpo. sejak itu, Arare terasa hati dengan ibunya dan langsung tak ambil peduli urusan perniagaan keluarga mereka.

Suatu hari, Arare diminta oleh ibunya untuk berkahwin dengan Kenji dan menjadi pewaris sebab kakak dia akan berkahwin. awal tu memang Arare memberontak juga bila ibu dia tak habis nak mengatur kehidupan dia. sampailah ibu dia tertiba jatuh sakit, masa itu baru Arare ubah fikiran.


Kenji pula chef di Fukuyado Honpo yg bekerja di situ sejak umur 18 tahun  kiranya dah master dalam membuat japanese sweets. sebab itu juga ibu Arare nak jodohkan Kenji dengan pewaris tapi disebabkan kakak Arare dah ada pilihan sendiri makanya Arare yg perlu mengambil alih tugas tersebut.

sebenarnya jalan cerita awal tu memang menarik yg mana lebih fokus mengenai konflik dalam Arare sama ada untuk terima atau tidak tanggungjawab untuk menjadi pewaris kedai keluarganya tapi lepas tu ceritanya lebih fokus pada kisah cinta kakaknya iaitu Hina dan Hinoyama.


dari mula lagi, aku pun tak paham kenapa Hina nak kahwin dengan Hinoyama sebab diorang tak pernah keluar dating ke apa just Hinoyama ajak kahwin dan dia pun setuju. kisah diorang ni dah jadi complicated sebabnya masing-masing bengong sangat macam Hinoyama asyik kira pride dia dan Hina pula tak pernah nak luah apa yg dia rasa.

akhinya bila berkahwin rumah tangga jadi goyah sebab kurang komunikasi dan keadaan jadi makin rumit bila ada geiko yg cuba nak mengorat Hinoyama. bagi aku kisah diorang dah rosakkan the whole story sebabnya mood tu effect pada watak lain juga. Kenji yg mulanya sweet tetiba makin annoying pula, Arare pula tak pasti lagi hubungan dia dengan Kenji bila Kenji asyik reject dia lepas dia luahkan perasaan.


at first aku tertarik nak tengok drama ni sebab lokasinya di Kyoto, aku suka sangat Kyoto sebab tempat dia memang cantik, drama ni ada juga selitkan budaya yg ada di Kyoto tapi bila kisahnya lebih fokus pada cinta, agak bosannya juga jalan ceritanya.

2 comments:

  1. alaaa kenapa mcm bestni, nak tengok lahhh

    ReplyDelete
  2. Pendek je eh.. cam boleh nak tengok.. masuk list dulu..

    ReplyDelete