Drama The Bridge (Viu Original)


Title : The Bridge
Episodes : 10
Duration : 45 minutes
Cast : Bront Palarae, Rebecca Lim, Cheryl Samad, Gavin Yap


The Bridge sebuah drama remake dari series The Bridge mengisahkan tentang penemuan mayat di Jambatan Tuas di garisan sempadan Malaysia-Singapura, yg merumitkan keadaan apabila mayat tersebut dikerat dua dan kedua bahagian tersebut milik dua individu berbeza. Inspektor Megat Jamil dari ICD Malaysia dan Detektif Serena dari ICD Singapura ditugaskan untuk bekerjasama dan menyelesaikan kes tersebut.

Character dua watak ni pun sangat berbeza, Serena seorang yg tegas dan kadang terlalu mendesak untuk selesaikan kes manakala Megat pula lebih rilek, berpengalaman dan lebih friendly dengan rakan sekerja. Megat sudah mempunyai keluarga dan kesibukan kerja membataskan masanya bersama keluarga. hal ini sedikit sebanyak telah memberi kesan pada hubungan Megat dan isteri apabila mereka sering bertengkar setiap kali Megat pulang ke rumah.


pembunuh pula memang psiko kononnya nak buka mata semua pihak tentang isu social hierarki, duit haram, pemerdagang manusia, keganasan rumah tangga dan juga isu buruh kanak-kanak tapi masalahnya mangsa yg dia guna orang tak bersalah dan tade kena-mengena pun dengan pembunuh. yg geram tu polis sibuk kesana kesini nak selesaikan  setiap kes tapi satu klu atau bukti pun tak ada mengenai pembunuh macam wah hebatnya kau buat kerja.

yg pasti aku suka dengan drama ni memang saspen, jalan cerita pun menarik dan hero dia Bront kot mestilah kena tengok. aku tak pasti drama ni berapa episode tapi kat VIU dah sampai episode 6 so aku harap jalan cerita bertambah best dan lagi saspen.

Post a Comment

6 Comments

  1. Tak pernah tahu The bridge lakonan bront palare ni
    Mungkin sebab tak tayang di channel TV kot

    ReplyDelete
  2. Baru tau pasal ni :) Hehe thanks for sharing Tiara.

    ReplyDelete
  3. Ooo drama online ke? Mai jarang tengok drama tp kalau banyak review positive boleh la kot layan nanti..

    ReplyDelete