Menangis Dalam Tidur?


baru teringat pasal ni, semalam aku tak tahu sebab penat sangat atau stress ke apa, aku boleh menangis dalam tidur. aku pun tak ingat aku terjaga ke tidak time tu rasanya macam lama juga menangis siap boleh lap air mata dan macam sambung balik mimpi dan nangis. bila terjaga rasa pelik juga sebab tak pernah jadi macam tu.

walaupun tak jelas tapi aku boleh ingat la sikit yg aku mimpi macam tengah luah perasaan tak puas hati yg jauh terpendam dalam diri aku pada seseorang dan bila aku terjaga dan ingat balik aku tak patut cakap macam tu kat orang tu walaupun dalam mimpi.

pelik..

dengan cerita yg tak pasti dalam mimpi.

ok malas nak pikir..ngantokkk!

Tunnel


Title : Tunnel
Network : OCN
Episode : 16
Release Date : 25 March - 21 May, 2017
Runtime : Saturday & Sunday

In 1986, Detective Park Gwang-Ho desperately tries to catch a serial killer. He chases after the serial killer and goes through a tunnel. On the other side of the tunnel, Detective Park Gwang-Ho finds himself in the year 2017. The serial killer has resumed the killings that began 30 years ago. Detective Park Gwang-Ho works with Detective Kim Sun-Jae and Professor of Criminal Psychology Shin Jae-Yi to catch the killer.



Pada tahun 1986, Park Kwangho ialah detektif yg menyiasat kes pembunuhan yg berlaku di Hwayang. Walaupun mangsa pembunuhan bertambah namun pihak polis tidak dapat mencari sebarang bukti dan suspek. Bengang dengan situasi tersebut Park Kwangho nekad untuk mencari pembunuh tersebut dengan pergi ke sebuah terowong iaitu tempat kejadian untuk mencari klu.

Sampai di terowong, Kwangho ternampak seorang lelaki disitu dan berlaku pergelutan malangnya dia dipukul hingga pengsan. Kwangho yakin lelaki tersebut lelaki tersebut ialah pembunuh kes yg disiasatnya. Apabila tersedar dan keluar dari terowong tersebut, Kwangho menyedari banyak perubahan yg berlaku dan apa yg tidak masuk akal ialah bagaimana dia boleh berada di tahun 2017.


berada di dunia asing, Kwangho bingung dan cuba untuk pulang ke dunianya namun gagal. Kwangho membuat keputusan dengan menggunakan identiti Park Kwangho, lelaki yg lahir pada tahun 1988, mempunyai nama dan kerja yg sama dengannya tapi another Park Kwangho itu hilang dan dia cuba menjejaki lelaki muda itu dalam diam tanpa pengetahuan anggota polis yg lain.

identiti sebenar Kwangho kemudiaanya diketahui oleh SungShik yg merupakan ketuanya tapi 30 tahun yg lalu SungShik merupakan orang bawahan Kwangho. dengan bantuan Sungshik, Kwangho cuba menyiasat misteri kehilangan another Park Kwangho dan pada masa yg sama cuba mencari isterinya Yeon Sook.


Kim Sungjae adalah detektif yg ditugaskan bersama Park KwangHo sebagai partner. Sungjae seorang yg dingin dan sukar dibawa berbincang. Pada awalnya mereka sukar untuk bekerjasama dan selepas menyelesai beberapa kes, Sungjae mula menerima kehadiran Park Kwangho dengan baik.

Namun kemudiannya, Sungjae mula syak ada sesuatu yg tidak kena dengan Park Kwangho. apabila diselidik dia mendapati Park Kwangho menggunakan identiti orang lain. apabila mengetahui identitinya diketahui Sungjae, Kwangho menceritakan hal sebenar yg dia berasal dari masa lalu dan perkara tersebut sukar diterima oleh Sungjae.


Shin Jaeyi seorang pensyarah yg banyak research pasal habit pembunuh. awal tu rasa dia ni macam psycho sikit tapi bila tahu tentang sejarah hidup dia agak kesian juga. Jaeyi kemudiannya bekerjasama dengan pasukan polis sebagai consultant. Sungjae dan Kwangho banyak minta bantuan daripada Jaeyi untuk membantu mereka menyelesaikan kes yg berlaku.


Dalam episode 1, lebih banyak fokus tentang kisah hidup Park Kwangho pada tahun 1986. tentang kwangho yg cuba menyelesaikan kes pembunuhan bersiri dan pada masa masa kisah cinta Kwangho dan Yeonsook yg bercinta dan berkahwin. bila dia secara tiba-tiba berada 30 tahun ke masa hadapan, boleh faham kot sebab utama dia nak balik ke masa lalu adalah Yeonsook.

jadi satu misteri juga kenapa Park Kwangho yg terpilih untuk merentasi masa, maybe salah satu sebab pembunuh kes yg disiasatnya tidak dapat ditangkap hingga kini dan dia dibawa ke tahun 2017 bagi menyelesai misteri kes tersebut. lagi satu misteri kenapa ada someone lain yg nama sama dan kerja yg sama tapi hilang pada hari dia muncul.


Walaupun Park Kwangho berada di dunia yg asing dan dikelilingi dengan orang yg langsung tidak dikenalinya tapi sebenarnya Kim Sungjae dan Shin Jaeyi ni ada kaitan dengan dirinya. nak tahu apa hubungan antara Kim Sungjae dan Shin Jaeyi dengan Park Kwangho? kena la tengok sendiri.



before drama ni start ada juga kontroversi cakap Tunnel ni tiru drama Signal tapi bagi aku tak sama, Signal dan Tunnel ada keunikan storyline sendiri dan drama Tunnel memang best sangat setakat yg aku tengok ni. just harap ending Tunnel ni tak jadi macam Signal.

Swimming Battle


Drama Taiwan ini mengisahkan Gou Haifei yg mempunyai segala-galanya tapi masih tidak dapat melupakan cinta pertamanya dan berusaha mencari gadis itu. 


Suatu hari, Haifei meyelamatkan seseorang yg lemas dan dia mendapati gadis yg diselamatkannya itu mempunyai rantai leher yg sama seperti cinta pertamanya yg dia jumpa ketika berusia 11 tahun. He Yudie gadis yg diselamatkannya itu berkali-kali menafikan mereka pernah berjumpa.

Yudie ingin membalas budi Haifei dengan menawarkan kerja sebagai jurulatih renang untuk pasukan renang sekolah ayahnya. Pada waktu itu, Yudie menyangkakan Haifei bekerja sebagai lifeguard tanpa menyedari lelaki itu seorang CEO yg memiliki syarikat bernilai multibilion.


Haifei yakin Yudie adalah cinta pertama yg dicarinya selama ini kerana banyak persamaan antara mereka kecuali Yudie tidak tahu berenang dan dia juga pelik kenapa Yudie tidak mempunyai memori tentang dirinya. Tawaran kerja dari Yudie itu dirasakan peluang keemasan untuk dia dekat dengan Yudie dan menyiasat apa sebenarnya yg berlaku kepada Yudie dan dia merahsiakan identiti sebenarnya.

Pasukan yg dilatih Haifei adalah Qingkong School dan pasukan renang mereka lebih dikenali sebagai Flying Fish Team. Flying Fish Team mempunyai pretasi yg buruk dan mereka juga mempunyai konflik antara ahli pasukan dan juga pasukan lawan mereka iaitu Marlin Swiss Team.


Flying Fish Team dan Marlin Swiss Team pada awalnya selalu bergaduh dan menggunakan taktik kotor untuk menjatuhkan lawan tapi kemudiannya mereka mula bersaing secara sihat. Selain kisah cinta watak utama turut diselitkan kisah cinta dan juga hubungan persahabatan antara budak sekolah ini.

Hubungan antara Haifei dan Yudie ada juga diganggu orang ketiga. Yudie dalam diam diminati kawannya iaitu Ke Le, walaupun pada awalnya Ke Le tidak suka kewujudan Haifei namun bila menyedari Yudie telah jatuh cinta dengan Haifei, Ke Le membuat keputusan untuk mengundur diri.


Lain pula dengan Fiona, Fiona selalu menganggap Haifei ialah teman lelakinya walaupun lelaki itu tidak pernah memberi harapan padanya. Kewujudan Yudie dalam hidup Haifei menambahkan sakit hati dan Fiona dalam diam cuba memisahkan Haifei dan Yudie.


Drama Swimming Battle memang banyak sangat watak dan jalan cerita dia juga tidak terlalu fokus pada watak utama banyak mengenai progress swimming team. permulaannya aku rasa drama ni sangat menarik dan best tapi lepas episode 10 rasa macam lambat pula nak habiskan tambahan lagi enam episode last tu banyak pula plan jahat Fiona ni.

Review Novel | Manuskrip Cinta by Syamnuriezmil


Novel : Manuskrip Cinta
Penulis : Syamnuriezmil
Muka Surat : 664
Penerbit : Penulisan2u
Terbitan : Disember 2016

SIPNOSIS

Aku, Dian Aryani binti Aryan, berusia 30 tahun dan merupakan penulis sepenuh masa. Aku suka bereksperimen dengan manuskrip aku. Aku cuba untuk mencari kelainan dalam setiap manuskrip yang aku tulis.


Termasuklah manuskrip keempat ini. Tapi... Kak Adibah, editor aku tak suka pula. Dia kata, manuskrip aku yang terbaru tu rasa cinta antara watak protagonis tak sampai!


Gara-gara Kak Adibah suruh aku bercinta, aku terpaksa cari boyfriend tikus putih untuk aku eksperimenkan cinta dalam manuskrip aku. Terpaksalah aku suruh kawan baik aku, Gee carikan. Tak sangka, lelaki yang bermulut loji yang aku jumpa dulu, adalah kawan baik kekasih Gee, Effan yang merupakan tikus putih itu. Jodoh atau bodoh?


Dia, Dr. Izak Ashaal bin Dato Dr. Izam, berusia 36 tahun dan merupakan doktor pakar tulang, orthopedist. Masalah mula timbul setelah aku dapat tahu yang Izak ada agendanya tersendiri dengan Effan dan dia bukan seperti yang aku sangkakan. Kesilapan dia, membuatkan aku berpaling kepada watak asal yang aku ambil sebagai watak utama dalam manuskrip aku. Dia, Dr. Rian Akasyah bin Tan Sri Dr. Rasyid, berusia 36 tahun dan merupakan doktor pakar jantung, cardiologist. Dia telah dikecewakan oleh tunangnya sendiri dan aku menolongnya membersihkan namanya. Dia baik, dia sweet dan dia selalu ada bila aku memerlukan dia.


Daripada tak ada calon, sekarang calon sudah jadi dua. Namun hati tidak pernah ada simpang. Hati aku sudah ada pilihan, tetapi masih degil untuk main permainan hati yang akhirnya menjerat hati aku sendiri. Betul lah kata ibu, hati dan perasaan tak boleh dibuat eksperimen! Akhirnya... Manuskrip terjun gaung, hati jadi rentung!


REVIEW

ini novel kelima yg aku berjaya habiskan untuk tahun ini. beli bulan 1 tapi tak habis-habis baca juga, stress aku. so memang tekad nak habiskan untuk bulan ni dan berjaya. kenapa susah sangat nak habiskan? hmmm aku ada konflik dengan watak heroin dia.

Dian ni macam lalang sekejap suka kat Rian sekejap macam syok kat Izak. cara dia describe Rian macam perfect sangat sampai aku ingatkan Rian ni herolah dan cara describe Izak macam sangat annoying. Kalau dengan Rian bukan main tinggi menggunung memuji, kalau dengan Izak sebakul kau mengutuk. last-last orang yg dikutuk tu juga jadi pilihan hati.

macam mana Izak ada problem nak paham dengan heroin yg ada masalah chronic over thinker, aku pun ada masalah yg sama juga macam Izak. ada satu part tu si Dian ni marah Izak macam tak bersungguh nak kejar dia tapi bila si Izak bagi cincin kat mak dia, mengamuk pula si Dian ni dan time tu aku rasa nak penampar kat heroin ni like seriusly apa kau nak sebenarnya pompuan???!

kesimpulannya, aku memang ada problem dengan watak Dian..haha

Pendapat aku, novel yg ditulis Syamnuriezmil sebenarnya ada kelainan dan mesej sendiri. kisah penulis yg bertungkus lumus untuk menyiapkan karya mereka sampai ada yg masuk hospital la untuk kejar deadline so hargailah karya mereka jangan nak gigih sangat main copy paste.

Review Novel | Hero Seorang Cinderella by Anjell


Novel: Hero Seorang Cinderella
Penulis : Anjell
Muka Surat : 705
Penerbit : Karya Seni
Terbitan : April 2016


SIPNOSIS

Sekali pandang orang mesti cakap dia sesuai untuk Cinderella versi thriller. Dia cantik tapi muka beku. Senyum ikhlasnya mahal. Jelingannya tajam mengalahkan pedang. Semuanya hanya untuk menutup kisah hidupnya. Itulah Nura Medina.

Seratus lapan puluh darjah pula dengan heronya. Heronya masih versi Prince Charming. Dia kacak membunuh. Senyumnya ikhlas versi pencair hati. Jelingannya mampu bikin anak dara penasaran. Dan kepulangannya ke Malaysia kali ini bersama satu amanah. Itulah Tengku Ian Uzzam.

Macam mana Tengku Ian boleh menjadi hero seorang Cinderella? Al-kisahnya bermula pada suatu malam.

REVIEW

mood bulan ni memang nak update pasal novel. tahu pasal novel ni dalam blog Anjell sebab dulu selalu juga follow baca novel dia di situ. nampak tajuk novel baru dia 'Hero Seorang Cinderella' cinderella?? ahhh klise sangat tapi boleh pula terbeli. semua novel dia aku ada so bila ternampak kat kedai macam tak best pula tak ambil kan..hihi

kalau pernah baca karya Anjell mesti tahu tahap gula yg dia letak dalam setiap penulisannya, sweet tak habis tak terkecuali la juga kisah antara Tengku Ian dan Medina dan novel Hero Seorang Cinderella juga lebih fokus pada isu kekeluargaan.

Untuk novel ini juga banyak kekurangan yg terasa ada kalau nak dibandingkan dengan novel Anjell yg lain, permulaan cite macam biasa tak pernah mengecewakan tapi ada beberapa part tu terutama bahagian belakang-belakang yg aku rasa macam lost dan mood membaca pun agak menurun di situ. apa-apapun aku salute pada Anjell yg selalu create watak hero yg mampu buat pembaca dia cair.

Review Novel | Klik! Pengantin Musim Salju by Suri Ryana


Novel : Klik! Pengantin Musim Salju
Penulis : Suri Ryana
Muka Surat : 750
Penerbit : Kaki Novel Sdn Bhd
Terbitan : Mei 2016

Klik! Pengantin Musim Salju mengisahkah Adam Putra yg mencari isteri olok-olok untuk bertemu dengan neneknya di Jepun kerana tunangnya buat hal dan lari pada hari nikah mereka. Adam memilih Kaseh Lateefa a.k.a Kay, gadis brutal yg langsung takde ciri-ciri feminin. Kay yg tidak mahu dijodohkan dengan pilihan ibu bapanya bersetuju dengan tawaran itu dan mengikut Adam ke Jepun.

Konflik sebenar berlaku selepas mereka betul-betul berkahwin bila orang ketiga sibuk nak pecah belahkan hubungan mereka suami isteri. kat sini isu percaya antara mereka suami isteri diuji. aku tak suka sangat part ni rasa nak sekeh je sorang-sorang sebab suka bertindak melulu tanpa siasat dulu. Dalam novel ni penulis juga ada selitkan sedikit tentang adat dan budaya orang Jepun dan juga musim salju di Hokkaido.

Untuk habiskan novel ni aku ambil masa beberapa hari juga banyak benda nak buat minggu ni tak boleh nak fokus untuk membaca. yg tak best rasa sakit hati dengan diri sendiri sebab sesedap hati letak novel  merata lepas tu dah terkelepek kulit novel ni angkara sendiri. sabar je la wahai hati.

Review Drama Korea: Strong Girl Do Bong Soon (2017)

Review Drama Korea: Strong Woman Do Bong Soon (2017)

Drama Strong Woman Do Bong Soon mengisahkan tentang seorang wanita bernama Do Bong Soon yg mempunyai kekuatan luar biasa yg diwarisi daripada keluarganya. Suatu hari Bong Soon terlibat dengan pergaduhan antara gangster yg ingin membuli seorang pemandu bas. 

Ahn Min Hyuk yg kebetulan melalui kawasan itu ingin melaporkan kejadian tersebut kepada pihak polis namun terkejut apabila Bong Soon membelasah semua gangster. Minhyuk yg ingin mencari seorang bodyguard berasa kagum dengan kekuatan Bong Soon dan dia merasakan Bong Soon adalah calon yg sesuai untuk menjadi bodyguardnya.

Review Drama Korea: Strong Woman Do Bong Soon (2017)
Park Bo Young
Do Bong Soon

Review Drama Korea: Strong Woman Do Bong Soon (2017)
Park Hyunsik
Ahn Min Hyuk

Ahn MinHyuk adalah CEO sebuah syarikat video gaming, Ainsoft yg juga merupakan syarikat impian Bong Soon untuk bekerja kerana Bong Soon mempunyai impian untuk mencipta video game dan dia adalah watak utama dalam game itu. Pada mulanya Bong Soon menolak tawaran kerja sebagai Bodyguard tapi apabila mengetahui Minhyuk ialah CEO Ainsoft terus bersetuju tanpa berpikir panjang.

Review Drama Korea: Strong Woman Do Bong Soon (2017)

Bong Soon sebenarnya suka pada kawan sekolahnya Gook Doo yg bekerja sebagai polis. Walaupun dah lama berkawan dengan Bong Soon, Gook Doo tak pernah tahu pasal rahsia superpower Bongsoon dan dia selalu rasa jadi tanggungjawabnya untuk protect BongSoon. macam mana la GookDoo ni nak percaya kalau depan dia Bong Soon ni berlakon lemah lembut tapi sayang GookDoo tak pernah anggap Bong Soon lebih daripada kawan sebab dia pun ada girlfriend bernama Hyeji.

Review Drama Korea: Strong Woman Do Bong Soon (2017)

Selain itu, Bong Soon ada seorang adik kembar lelaki, Bong Gi. kalau nak dibandingkan mereka berdua Boongi lagi pandai dalam pelajaran sampai jadi doktor. macam kesian juga dengan Bong Soon sebab mak dia selalu lebihkan adik dia seriusly aku tak suka watak mak dia dan walaupun begitu Bong Soon dan Bong Gi memang rapat dah nama pun kembar kan.

Review Drama Korea: Strong Woman Do Bong Soon (2017)

drama ni memang best dan ada banyak scene kelakar yg buat aku tak larat nak gelak. best part kerja Bong Soon ni belasah orang walaupun bukan niat dia nak pukul diorang tu dan adik dia pula Bong Gi terpaksa rawat mereka dan nasib baiklah gangster yg kena belasah teruk tu tak tahu doktor yg rawat dorang tu adik dia siap kutuk Bongsoon lagi depan adik dia.

Walaupun drama ni nampak ringan dan santai tapi ada lah misteri kes sikit dalam drama ni iaitu ada satu kes penculikan bersiri yg berlaku dalam kawasan perumahan Bong Soon ni. biasalah dalam drama korea penjenayah lagi cerdik dari polis. walaupun dah ramai yg jadi mangsa culik tapi polis masih lagi tak jumpa suspek kes ni, macam slow juga la polis nak jumpa bukti.

Review Drama Korea: Strong Woman Do Bong Soon (2017)

Strong Woman Do Bong Soon adalah first drama Hyungsik jadi pelakon utama, bagi aku watak ni sesuai sangat dengan dia, suka cara dia bawa watak Ahn Minhyuk dan chemistry dia dengan Park BoYoung pun memang comel dan bromance dia dengan Jisoo ok silalah tengok dalam drama ni..hehe