Beli Meja Study Simply Style di Shopee 8.8


dah lama kot nak beli meja, dah lenguh tengok drama dan update blog atas katil tak pun kat meja jepun, sakit pinggang dan kebas kaki bila duduk bawah lama sangat. malas dah nak fikir terus usha shopee dan lazada cari meja yg sesuai.

dari dulu berkenan meja yg ada sekali dengan rak tapi bilik ni kecil dan tak ada ruang nak letak meja tu, aku malas nak susun ubah perabot yg ada so last sekali beli meja macam ni dan letak kat tepi tingkap. 


suka seller ni, barang pun dalam dua hari dah sampai rumah dan packaging kemas tak ada terkoyak ke apa, terbaik seller dan J&T buat kerja. pasang pun mudah. aku pasang sorang diri saja, tak sampai setengah jam dah siap.

cuma part paling mencabar, nak masukkan besi atas ke dalam lubang tu. sakit wei ketuk dengan tangan tak masuk-masuk juga. last sekali ambil hammer, lapik dengan kain tak nak besi tu kemik pastu ketuk sampai masuk dalam lubang dia.

bagi aku size meja ni nice la sebab memang cari meja yg kurus dan panjang macam ni sebab tak nak makan ruang. lagipun bukan guna untuk study pun. yg tak best meja dia goyang sikit, kurus sangat kan kalau lebar lagi baru kukuh kot.


bila ada meja ni sekurang-kurang my lappy dah ada proper place dan tak lagi jadi pelarian, kalau tidak merata tercampak. kadang atas rak buku kadang tu bawah katil, kesian.

kalau berkenan nak beli meja macam ni, boleh usha di shopee. klik sini.

Post a comment

17 Comments

  1. Ai kalau meja gini suka cari kat ikea, aeon big atau tesco. Jauh lagi murah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ini pun dah rasa murah dapat around rm100 je. nak pergi ikea jauh sangat, tak mampu..hehe

      Delete
  2. meja mcm ni , simple and nmpk kemas

    ReplyDelete
  3. Cantik je.. kemas dan tak makan ruang sangat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau takde tempat, nice lah beli meja macam ni :)

      Delete
  4. cantik.. semoga dipermudahkan urusan pembelajaran..

    ReplyDelete
  5. kira luas juga tu, ngam sangat hehheee

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebab panjang meja ni, itu yg terasa luas..hehe

      Delete
  6. proper place untuk bekerja. Tapi nak tengok drama, sakit muntot jugak ni. Haha Lagi sedap golek2 di tilam. Mwahaha sis cakap je. Tapi bila dah gini, tampak lebih kemas sikit ye dak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. yes..nampak kemas sikit dan proper place utk letak laptop sebenarnya. kalau tidak merata tercampak laptop ni.. nak tengok drama dan buat kerja ni selalu tukar tempat ikut mood juga..hahaa

      Delete
  7. bila ada meja sendiri tu, lagi tersusun dan kemas, selesa pun iya kan

    ReplyDelete