Lagu | Siti Nurhaliza - Wajah Kekasih (OST Bidadari Kiriman Tuhan)


lama tak dengar lagu ni tiba-tiba jadi ost drama terbaru megadrama Astro Ria iaitu Bidadari Kiriman Tuhan. bila dengar dalam drama tu rasa old school sangat macam tak kena, habis tengok drama dia baru boleh layan kejap lagu Wajah Kekasih ni..hehe

Drama Bidadari Kiriman Tuhan mengisahkan dua pasangan kembar lakonan Mira Filzah iaitu Manis dan Manja si gadis lembam. Manis merancang untuk berkahwin dengan Yusuf tapi Manja tidak bersetuju kerana takut Manis akan berjauhan dengannya

Baca full review : Drama Bidadari Kiriman Tuhan (2020)



Lagu : Wajah Kekasih
Artis : Siti Nurhaliza

LIRIK

Ku menyaksikan dedaun kekeringan
Gugur kebumi gersang tiada penghuni
Tiada mentari awan kesuraman
Bagaikan waktu yang terhenti

Ku menyaksikan seraut wajah cinta
Yang kehampaan, tiada lagi bermayam
Kini kehilangan sebuah harapan
Bagaikan cinta yang terkubur

Adakah mungkin, untukku menghindari
Goresan kasih luka di hati
Jiwaku resah, apakah kesudahan
Kecewa ataupun bahagia

Kuyakinkan diri demi rinduku
Penawar hanya dari wajah kekasih
Walaupun rintangan datang menduga
Ku tempuhinya kerna cinta membara
Oh.. mimpi yang terindah jelmalah dalam nyata
Wajah-wajah kekasih

Ku mengharapkan ikatan kemesraan
Antara kita akan terlaksana jua
Walaupun impian dalam kekaburan
Ku yakin padamu oh tuhan

Post a comment

8 Comments

  1. Baca lirik sambil nyanyi dalam hati hehe :) Fav betul lagu ni. hehe

    Ika datang singgah sini https://ikashoid.blogspot.com/2020/08/koleksi-ebook-penulis-tempatan.html

    ReplyDelete
  2. Alamak.. drama nie guna lagu lama ke.. kalau dibuat arrangement baru dan dinyanyikan semula mesti lebih menarik..

    ReplyDelete
  3. Lama nau dah lagu ni, masa kita sekolah2 dulu hahaha

    ReplyDelete
  4. Ini masa suara Tokti power letup lagi. lagu lama pun, masih sedap kan, lagi2 kalau tokti nyanyi.

    ReplyDelete
  5. Saya pernah menang no 3 nyanyi lagu ini masa budak2. haha

    ReplyDelete
  6. masa lagu ni keluar ammi masih di kampus tapi dah tak duduk hostel dan arwah kawan ammi memang die hard fan siti nurhaliza. jadi kitorang tumpang dengarlah CD yang dia beli.

    ReplyDelete