Drama China | Girlfriend (2020)


Title : Girlfriend
Episode : 36
Duration : 30 minutes
Cast : Lawrence Wong, Xu Hao, Wu Hao Ze, Bai Xin Yi, Tu Bing

Girlfriend mengisahkan Ye Fei Mo yg jatuh cinta pada Wei Xiao Nuan selepas satu insiden di sebuah restoran. Fei Mo cuba mencari gadis tersebut tapi tidak dijumpai, alih-alih Xiao Nuan muncul di rumah sebagai jururawat peribadinya.


SINOPSIS
Wen Xiaonuan has been trying to make ends meet in order to support the Huangmei Opera Troupe. Resorting to acting gigs to earn money, she books an unusual job where she must pretend to have a crush on the handsome CEO Ye Feimo. She, then, becomes an actress in the business of CEO Ye Feimo, Anning. There she grows her career in acting and finds love.
(SOURCE: MY DRAMALIST)


Ye Fei Mo - CEO Anning Culture sebuah syarikat penerbitan filem terkenal, yg sangat sibuk dengan kerjayanya. tak ada masa nak fikir soal jodoh selepas kecewa dengan bekas kekasihnya.

Wei Xiao Nuan - pelakon tambahan yg tidak dikenali. banyak buat part time job untuk bayar hutang keluarga termasuk terima tawaran Madam Cheng untuk jadi jururawat peribadi Fei Mo.


Han Hui - bekas kekasih Fei Mo. tinggalkan Fei Mo untuk kembangkan kerjayanya sebagai pelakon di Hollywood. balik semula ke China untuk sambung semula percintaannya dengan Fei Mo.

Madam Cheng - sayang sangat dengan anaknya dan risau bila Fei Mo tak nak berkahwin selepas kecewa dengan Han Hui. support hubungan Fei Mo dan Xiao Nuan walaupun masa itu mereka belum jadi kekasih. sangat anti dengan Han Hui sebab selfish dan tinggalkan Fei Mo dulu.


Gu Yun Zhou - pembantu Ye Fei Mo merangkap kawan baik. jatuh cinta dengan kawan baik Xiao Nuan sampai sanggup menyamar orang miskin.

Wang Jia Yi - kawan baik Xiao Nuan dan juga pelakon. pernah kecewa bercinta sebelum ini dan tak suka orang kaya.


Li Can - pengarah filem terkenal yg juga dah lama bersahabat dengan Fei Mo dan Yun Zhou. banyak bagi semangat kepada Xiao Nuan untuk perbaiki lakonannya. sudah lama simpan perasaan pada Zhou Xiao Jing.

Zhou Xiao Jing - orang kuat Madam Cheng dan juga manager Xiao Nuan.


Jiang Fang - kekasih Xiao Nuan tapi pada masa yg sama bercinta dengan Jiang Ling Ren sebab nak pegang jawatan tertinggi dalam syarikat keluarga Ling Ren.

Jiang Ling Ren - anak orang kaya dan juga pelakon. bila tahu hubungan Xiao Nuan dan Jiang Fang, dia start buli Xiao Nuan di set shooting dan juga sebar gosip buruk pasal Xiao Nuan.


drama ni sweet juga sebab hero dia jatuh cinta dengan heroin dulu tapi hero dia juga bukan main jual mahal nak mengurat heroin. salah satu sebabnya Fei Mo ingatkan Xiao Nuan berkomplot dengan emaknya. bila Xiao Nuan berhenti kerja di rumahnya baru la time tu sibuk nak mencari Xiao Nuan sampai offer kontrak pelakon S-List bawah syarikatnya kepada Xiao Nuan.

Xiao Nuan ni bukan jenis tamak walaupun tahu Fei Mo boleh bagi dia everything. Xiao Nuan terima kontrak Fei Mo selepas banyak kali berfikir dan bekerja keras untuk tunjukkan bakat lakonannya bukan disebabkan layanan mesra daripada CEO.

watak jahat dalam drama ni bukan main annoying nak jatuhkan Xiao Nuan. nasib baik ramai yg support Xiao Nuan terutama sekali Madam Cheng dan Ye Fei Mo.

walaupun drama ni cuma 30 minit tapi rasa slow juga nak habiskan 36 episode. sampai kat pertengahan tu rasa nak stop tengok drama ni tapi tetap bertahan sampai habis sebab main couple. drama ni menarik cuma tak ada benda yg special atau plot yg kuat untuk jadi drama lain dari yg lain.

Post a comment

5 Comments

  1. Done tengok. Haha Bila tengok Tiara review macam kena tengok lagi nih.

    ReplyDelete
  2. Selalunya macam tu lah.. tengok sebab pelakon utama dia.. hehehe.. yang ini belum tengok lagi.. tak jumpa lagi yang ada sub eng dekat youtube..

    ReplyDelete
    Replies
    1. bila jalan cerita beshe2, itulah modal nak tengok drama tu..hahaha
      tengok kat kissasian kak sha..

      Delete