Title : Tarm Ruk Keun Jai
Also known as : Pursue Love Back To The Heart
Year : 2015
Episodes : 12
Duration : 1 hour 50 minutes
Cast : Nadech Kugimiya, Mew Nittha
Nara a.k.a Noona dibesarkan dalam keluarga berada yg disayangi datuknya. ibu Nara pula lebih suka berhibur daripada menguruskan anak. Suatu hari, Nara terbaca surat yg dikirimkan bapanya dan menimbulkan kemarahan Nara kerana selama ini dia menyangka bapanya telah meninggal dunia.
walaupun puas mendesak, ibu Nara tidak mahu cerita hal sebenar. Nara tekad untuk mencari bapanya di Buoka Farm dan memperkenalkan dirinya sebagai Noona. Nara juga bertemu dengan pemilik ladang itu yg bernama Singh.
Noona ni jenis yg princess giler dan sudah biasa hidup mewah. sebelum ini semua kerja orang gaji dia yg buatkan, langsung tak pernah buat kerja rumah atau kerja berat. tapi disebabkan nak dekat dengan bapanya, Noona sanggup redah apa sahaja walaupun kena buat kerja ladang dalam keadaan panas.
buat kerja ladang bukannya senang dan tahap clumsy Noona boleh buat pekerja kat situ sakit jiwa. daripada buat kerja dekat ladang sampailah jadi pembantu rumah kat rumah rumah Singh ada je masalah yg Noona buat. Singh pula makin stress tak tahu nak bagi Noona buat kerja apa dah, nak pecat pun tak boleh juga sebab dah sayang dengan Noona.
Singh sebenarnya curious juga dengan identiti sebenar Noona. walaupun tak yakin dengan kebolehan Noona tapi Singh cuba bagi Noona buat kerja ofis pula dan finally nampak juga benda yg Noona pandai buat. dari situ Singh nampak yg background Noona bukan biasa-biasa. dalam diam Singh menyiasat identiti Noona.
Singh sebenarnya curious juga dengan identiti sebenar Noona. walaupun tak yakin dengan kebolehan Noona tapi Singh cuba bagi Noona buat kerja ofis pula dan finally nampak juga benda yg Noona pandai buat. dari situ Singh nampak yg background Noona bukan biasa-biasa. dalam diam Singh menyiasat identiti Noona.
Noona sangat berahsia dan langsung tak dedahkan identitinya yg sebenar dan apa tujuan bekerja di situ. Naram, bapanya sendiri pun tak kenal Noona sebab dah lama tak berjumpa, sejak Noona kecil lagi.
so bila Noona dua puluh empat jam asyik nak berkepit dengan Naram, semua orang tuduh Noona nak mengorat Naram. Singh pun kemain jelous sampai siap perli Noona punya taste level bapa-bapa..haha
nak dijadikan cerita, sepupu Singh iaitu Khun Nong pun dah lama simpan perasaan pada Naram. suka tengok part Singh dan khun Nong jealous, comel sangat.
seriusly aku suka giler drama ni sebabnya takde konflik yg annoying macam lakorn lain. hero hensem dan heroin pula comel, sangat serasi bila digandingkan bersama. yg paling penting juga, i dah terjatuh hati dengan Nadech Kugimiya, nama je macam japanese tapi bukan orang jepun pun.
aku rasa Tarm Ruk Keun Jai ni drama thailand yg paling sopan aku tengok sebab takde kissing scene, takde romantik scene yg over melampau tapi hero dan heroin tetap nampak sweet dan comel.
Macam best aje.. tak banyak konflik.
ReplyDeleteNanti nak try jugaklah
mmg tak banyak konflik yg annoying mcm drama thai lain..hihi
DeleteOmg I pun suka thai lakorn. Paling tak boleh move on dgn Kaew Tah Pee. Tapi tu dah lama. Fav I , drama Ton Ruk Rim Rua. Diorang real life couple hiks comel je. And takde scene berat jgk. Try la tengok :)
ReplyDeleteyeayyyy jumpa juga geng yg layan lakorn. kte mmg suka lakorn tp malas nak mencari..hihi
Deletethanks ziera nnti kte try cari dan tengok cite tu:)
Jarang ni nk jumpe org review movie / drama thai ;) tapi dari segi sinopsis tu mek trtarik :) mungkin bleh kot tgk nnt
ReplyDeletedah terajin layan drama thai, tulis je la review..hehe
Deletekalau rasa menarik try la tengok :)
Macam menarik lak sinopsis citer nie..
ReplyDeleteNanti nak try tengoklah.. hehehe
nak tahu best ke tak kena la tengok sendiri kak sha..hihi
DeletePelakon sama dengan cerita yang tertukar badan tu kan..hehe
ReplyDeleteaah..hero yg sama..hehe
DeleteMacma best..nt nk try cr cite ni..
ReplyDeleteTak tengok lagi drama ni
ReplyDeleteGadingan hero dan heroin sama sama meletop dan kacak dan jelita, jalan cerita pun menarik. Untung Thailand banyak artis mereka yang full package mcam mereka. huhu
ReplyDeletetry la tengok, byk drama thailand yg best..hehe
Deleteakak ni lama sangat tak layan drama thailand, indonesia atau filipine hehehhe
ReplyDeletetakde pelakon yang kenal atau minat hehehe itu pasal tak pernah layan
indonesia dan filipina memang dah lama tak layan. drama diorang byk sgt episode, penat nak follow. tapi thailand memang saya suka tengok dari dulu lagi..hehe
Deletehaih geram betul bila tnyaaa org tak mau ceritaa kan...
ReplyDeletebiasalah drama kan..haha
ReplyDelete