Review Drama: Jalan Sesat Ke Syurga (Astro)

Review Drama: Jalan Sesat Ke Syurga (Astro)
Drama : Jalan "Sesat" Ke Syurga
Produksi : Nuansa Sdn Bhd
Pengarah : Osman Ali
Penulis Skrip : Siti Jasmina Ibrahim
Slot : Tiara Astro Prima
Mula Tayangan : 3 Ogos 2020
Masa : Isnin-Jumaat | 6.00 Petang
Episode : 34
Pelakon : Siti Elizad, Aaron Aziz, Jalaluddin Hassan, Aleza Shadan
Review Drama: Jalan Sesat Ke Syurga (Astro)
Jalan Sesat ke Syurga mengisahkan Inara (Siti Elizad), anak orang berpengaruh yg gemar berpeleseran telah disahkan meninggal dunia akibat overdose dadah tapi hidup semula. bagi ibu bapa Inara, peristiwa ini satu mukjizat dan Inara adalah insan terpilih dan menggunakannya untuk kepentingan diri mereka.

selepas peristiwa tersebut, Inara banyak berubah dan cuba mendekatkan diri dengan ajaran Islam dengan belajar semula solat dan juga membaca al-quran.

lakonan siti elizad sangat mantap, boleh rasa betapa frust watak Inara bila dia nak solat dan baca al-quran tapi tak reti. dengan ibu bapa Inara pula, walaupun mereka melakukan suruhan agama tapi pendapat yg mereka bagi tu macam bercanggah. so ini menjadi dilema buat Inara dan point untuk isu dalam drama ni.
Review Drama: Jalan Sesat Ke Syurga (Astro)
aku ada tertengok sikit first episode drama ni kat tv tapi tak boleh tangkap lagi isu sebenar drama Jalan Sesat ke Syurga. bila tengok preview first episode tu macam wow terkejut bila tahu drama ni pasal ajaran sesat. menarik juga.

Puan Ansyirah (Aleza Shadan) iaitu ibu Inara selalu mengajak Inara join aktiviti yg dianjurkan persatuan ibunya iaitu Hawa Islam. Inara ada juga ikut dengar ibunya bagi tazkirah tapi Inara jadi keliru bila ada benda yg dibincangkan dalam kumpulan ini bercanggah dengan ajaran Islam.

Hawa Islam ni sebuah kumpulan islam yg memperjuangkan hak wanita iaitu lelaki dan wanita adalah setaraf. part ni macam cover isu Amina Wadud yg pernah menimbulkan kontroversi satu ketika dulu bila wanita manjadi imam solat jumaat kepada makmum lelaki.

setakat Puan Ansyirah bagi tazkirah dan ceramah tu, Inara boleh terima lagi. tapi bila Inara tengok sendiri Puan Ansyirah jadi imam dan makmumnya bercampur lelaki dan perempuan, Inara jadi takut dan tahu benda ini salah. good thing Inara ni masih tahu basic agama sebab tu dia tahu Puan Ansyirah dan kumpulan Hawa Islam ni dah jauh terpesong.
Review Drama: Jalan Sesat Ke Syurga (Astro)
Tuan Zakwan (Jalaluddin Hassan), ayah kepada Inara pula aktif dalam Gerakan Elit dan selalu dipanggil memberi ceramah kepada masyarakat setempat. Gerakan Elit luarannya nampak normal yg bercakap pasal Islam tapi aku perasan part bapa Inara cerita kisah mati hidup Inara tu, bunyi macam takabbur pula.

tapi setiap episode boleh nampak memang ada benda tak kena dengan kumpulan. dalam Gerakan Elit, lelaki kena guna kuasa veto tak membenarkan isteri kerja supaya para isteri taat dan patuh pada suami.

sebab itu, kalau tengok Puan Ansyirah ni depan suami bukan main taat dan diam patuh dengan Zakwan. kiranya depan suami pijak semut pun tak mati tapi kat luar bukan main lantang bercakap tentang hak wanita.
Inara beruntung dapat berkenalan dengan Hamzah (Aaron Aziz) sebab banyak benda yg dia dapat belajar. Hamzah sebenarnya bekas penagih dadah tapi sekarang Hamzah membuka sebuah kafe kecil dan juga membantu golongan penagih yg ingin berubah dan keluar daripada pengaruh dadah.

aku tak minat sangat dengan lakonan Aaron Aziz, dalam drama ni nampak dia awkward giler nak deliver skrip. sepatutnya watak Hamzah ni jenis yg soft spoken iyelah kalau tidak macam mana nak tarik golongan bermasalah ni untuk berubah tapi ntah tak boleh nak feel dengan lakonan dia.

kerana status Hamzah yg pernah menjadi penagih dadah, Puan Ansyirah menghalang Inara berkawan dan lepak di tempat Hamzah. takut Hamzah bawa pengaruh yg buruk pada Inara. 
Review Drama: Jalan Sesat Ke Syurga (Astro)
tapi lain pula dengan Tuan Zakwan yg tahu Inara ada hati pada Hamzah. Zakwan merancang untuk menjodohkan Inara dan Hamzah tapi sebenarnya bapa Inara ni ada agenda sendiri iaitu untuk tarik Hamzah masuk dalam Gerakan Elit.

feeling aku bila tengok drama ni nak kata seram tak seram sangatlah tapi pening sebab banyak sangat fatwa yg bercanggah. tak boleh imagine duduk kat tempat Inara, kiri kanan orang menghasut ajak join fahaman yg salah. apa yg cuba disampaikan dalam drama ni jangan terpengaruh tapi bagus dijadikan iktibar dan pengajaran.

memang tak nafikan isu yg dibangkitkan dalam drama Jalan Sesat Ke Syurga sangat menarik sebab sebelum ini drama melayu mana berani nak sentuh pasal ajaran sesat secara terperinci macam ni. cuma yg tak best selain pelakon utama, mostly pelakon dalam drama ni orang baru. bukan nak cakap semua teruk tapi macam spoil mood juga bila ada pelakon yg berlakon macam baca skrip je

drama Jalan Sesat Ke Syurga boleh tonton di youtube Astro Gempak tapi tak pasti astro akan upload sampai episode berapa di situ.

18 comments:

  1. oo camtu jalan cite nya.. macam berbelit2 sikit.. pernah jugak dengar mcm kontroversi sikit drama ni ,,

    ReplyDelete
    Replies
    1. kontroversi pasal imam wanita tu tapi menarik juga tengok drama ni :)

      Delete
  2. ooo..gitu rupanya citer ye. risau jugak citer kalau bab agama ni risau segelintir akan terpesong

    ReplyDelete
    Replies
    1. kisah dalam drama ni seeloknya ambil sebagai iktibar dan dijadikan pengajaran insyallah tak terpesong :)

      Delete
  3. i dgr siti elizad promote dlm radio.. i tggu telegram share sbb nk tgk while airing.. mmg tak sempat

    ReplyDelete
    Replies
    1. i marathon hujung minggu je, stress nak follow everyday..haha

      Delete
  4. menarik gilerrr point dalam drama ni..rasa nak tengok pulak, lagi satu sebab suka elizad berlakon...

    ReplyDelete
    Replies
    1. yes..lakonan siti elizad dari dulu memang mantap :)

      Delete
  5. Elizad yang tak pernah tak cantik

    ReplyDelete
  6. aaron aziz memang kayu kalau berlakon hahaha haritu officemate suruh tengok drama ni sebab jalan cerita dia unik. Tunggu habis running baru marathon hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannnn..just malas nak cakap pasal tu..hahaha rosak mood bila tengok dia berlakon.

      Delete
  7. Menarik.tggu hbs semua ep br nk layan.hehe.

    ReplyDelete
  8. Jalan cerita dah best tapi bila tengok ada Aaron Aziz terus cancel.. Tak minat..

    ReplyDelete
  9. akak kan setiap petang dengar sinar.fm masa tu elizad dengan hefny di radio so selalu elizad ni akan cerita la pasal drama ini.. bila dengar macam menerik je...akak mampu rakam tapi tak dan nak tengok lagi... cuma kecewa kenapa tak boleh rakam terus untuk semua episod, kene rakam satu-satu...

    ReplyDelete
  10. Haritu ada tengok iklan and preview. Macam best. Tapi lama sangat 34 episod. Tunggu habis nanti marathon je.

    ReplyDelete