Drama : Kebaya Kasut Kanvas
Produksi : Orange Tree Production
Pengarah : Emi Suffian
Mula Tayangan : 12 Ogos 2020
Masa : Rabu & Khamis | 6.00 Petang
Episod : 10
Pelakon : Nabila Razali, Rozita Che Wan, Fahrin Ahmad, Julia Farhana Marin,
Noniswara, Mona Allen, Ariana Amani
Suria (Nabila Razali) bekerja sebagai fashion runaway designer, yg gemar berbaju kebaya dan berkasut kanvas. Suatu hari, ibunya Cik Pah (Rozita Che Wan) telah menerima cincin tanda dan merahsiakan gerangan lelaki yg merisik Suria.
Cik Pah cuma beritahu yg lelaki tersebut akan memperkenalkan dirinya selepas 30 hari. Suria jadi penasaran dan cuba mencari siapa bakal tunangnya. Cik Pah hanya memberi satu pertunjuk sahaja iaitu Suria juga mengenali lelaki itu.
Lakonan Nabila Razali makin lama makin best, terhibur tengok dia pegang watak Suria. kalau dalam novel watak Suria ni sangat sempoi, agak selekeh dan penampilannya selalu dikecam. tapi dalam drama nampak lawa bergaya Suria berbaju kebaya cuma Cik Pah yg tak berkenan. nasiblah Suria dapat emak yg vogue sangat.
sebenarnya dah lama juga baca novel, tak berapa nak ingat ceritanya. bila muncul ramai watak lelaki, agak confius siapakah bakal gerangan tunang Suria. bila dengar nama automatik dah ingat siapa heronya. nama heronya Gary Rahman. Kebaya Kasut Kanvas drama yg santai dan sesuailah untuk ditonton time petang-petang.
Okay.. 10 episod je.. boleh nak layan nie..
ReplyDeletekat tv baru episode 2, lambat lagi nak habis..hehe
DeleteHaloo Assalamu'alaykum Kak Tiara. Saya dari Sumatra Indonesia. Salam.. 😀🙏
ReplyDeletewaalaikumsalam Dodo..terima kasih singgah kesini :)
DeleteDrama ini macam best juga. hihi
ReplyDelete