Tukar Nombor Telefon Cimb Click Dengan Cara Paling Mudah

Tukar Nombor Telefon Cimb Click Dengan Cara Paling Mudah | sekiranya nombor telefon yg digunakan disekat atau hilang akan timbul masalah bila kita buat urusan online banking sebab nombor tac akan dihantar ke nombor lama. so nak tak nak kena cepat-cepat kemaskini nombor telefon terbaru supaya urusan anda berjalan lancar.

sebenarnya ada dua cara untuk kemaskini nombor telefon terbaru yg kita gunakan iaitu dengan menghubungi talian perkhidmatan Cimb Bank. tapi aku guna cara yg kedua iaitu iaitu melalui mesin atm Cimb Bank.

Cara Mudah Untuk Tukar Nombor Telefon Cimb Click


  1. Masukkan kad atm Cimb beserta nombor pin.
  2. pilih Lain-lain dan seterus pilih Cimb Click.
  3. kemudian masukkan nombor telefon terbaru anda dan proceed.


sekarang nombor telefon anda sudah boleh menerima nombor tac. step yg seterusnya pula kena sambung buat di rumah melalui website, tak boleh guna phone.


Cara Kemaskini Nombor Telefon di Cimb Clicks


  1. Pergi ke laman web Cimb Clicks dan login.
  2. Pergi ke bahagian setting.
  3. Tekan edit button kat bahagian phone number dan masukkan nombor telefon.
  4. then masukkan tac nombor yg dihantar ke nombor telefon tu dan proceed.

ok, done. sekarang dah boleh buat urusan online banking anda dengan aman 😊

3 comments:

  1. thanks for sharing this.. i nak tukar tapi tkot salah buat cimb click blocked..
    now i can do it with ur tutorial.. thanks

    ReplyDelete
  2. Ai selalu gelabah tak tentu pasal kalau cimb suruh update no fon. Macam duit dalam acc hilang. Padahal kena update je pun untuk. huhuhu

    ReplyDelete