Title : Game Sanaeha / Game of Love
Year : 2018
Episodes : 14
Duration : 1 hour 50 minutes
Cast : James Jirayu, Taew Natapohn, Ice Amena, Chai Chatayodom,
Tanya Tanyares, Tao Sattaphong
Game Sanaeha mengisahkan Muanchanok/Nok yg pulang ke Thailand selepas menamatkan pengajian di luar negara untuk meraikan ulangtahun perkahwinan ibu bapanya. Nok nak bagi kejutan tapi dia pula dikejutkan dengan berita penceraian ibu bapanya.
Nok langsung tak boleh terima yg ibu bapanya telah berpisah sebab selama ini keluarga mereka bahagia tapi hakikatnya Nok tak tahu ibu dan bapanya buat semua itu kerana dirinya. oleh kerana Nok sudah dewasa, mereka fikir sudah masanya ikut haluan masing-masing daripada terus berpura-pura.
masalahnya Nok ni childish dan terlebih manja. Nok sakit hati bila tahu bapanya mempunyai teman wanita bernama Khae, bekas ratu cantik yg sebaya dengannya makanya dia buat pelbagai rancangan untuk pastikan Khae tak jadi ibu tirinya.
first episode ni agak serabut juga bila pengarah buat heroin nampak jahat giler dengan dengan perangai kuat memberontaknya. mood drama ni pun nampak terlalu tegang rasa macam tengok old style lakorn revenge yg buat kita rasa stress kemain tapi bila masuk episode jalan ceritanya makin ok dan keadaan agak tenang sedikit.
Lakhanai atai Nai adalah anak saudara kepada emak Nok dan tinggal dengan keluarga Nok sejak kecil lagi. Nai ni sangat baik dan rapat dengan kedua ibu bapa Nok, sampai ayah Nok serah jawatan penting dalam syarikat keluarga mereka kepada Nai.
masalah dengan si Nok juga, dia tak boleh tengok orang luar masuk dalam keluarga 'bahagia'nya. sebab itu dari kecil Nok tak pernah suka dengan Nai. apabila Nai dapat jawatan penting dan jadi orang kepercayaan bapanya, Nok anggap yg Nai mahu bolot harta keluarganya. Nok buat satu game untuk menyingkirkan Nai daripada keluarganya.
Nai bukan jenis bodoh sangat bila orang yg benci dia selama ini tetiba berubah watak berbaik dengannya. Nai boleh agak yg Nok ada plan sesuatu untuk kenakan dia tapi Nai layankan saja. seriusly watak Nai ni baik sangat dan dia sanggup buat apa saja untuk Nok walaupun Nok tak pernah nampak kebaikannya.
Penny pula orang yg banyak menghuru-hara keadaan dalam drama ni. Penny adalah anak orang gaji keluarga Nok. sejak kecil lagi Penny sangat bencikan Nok kerana mak dia selalu lebihkan Nok daripada anak sendiri.
setiap kali ibu Nok carikan jodoh Nok, Penny mesti akan cantas lelaki tu dulu. walaupun menyampah dengan Penny tapi kena terima kasih juga kepada dia sebab kalau bukan Penny mesti Nai dan Nok tak ambil keputusan untuj berkahwin.
first episode nampak perpisahan ibu bapa Nok berakhir dalam keadaan tegang. sebenarnya ibu bapa Nok tak ada masalah pun cuma mereka tak serasi dan masing-masing setuju untuk kekal sebagai kawan baik sahaja.
paling suka dengan emak Nok iaitu Visaka sebab dia orang yg paling positif dan gembira dalam drama. Visaka juga yg banyak menyelesaikan kekusutan yg berlaku dan selalu bagi semangat pada orang sekelilingnya.
selain daripada Nai-Nok dan Thawat-Khae, satu lagi pasangan dalam drama ni ialah Visaka dan Wongwes. sebenarnya Visaka dan emak Wongwes berkawan baik dan mereka telah bersetuju untuk menjodohkan Nok dengan Wongwes. tapi itulah baru je plan tetiba Wongwes kena cantas dengan Penny.
Wongwes ni dah sayang giler dengan Penny lepas tu baru tahu yg dia kena tipu, frust la juga mamat ni. selepas tersedar baru Wongwes nampak jalan lurus sikit dan masa itu juga Wongwes jatuh hati pada Visaka. sebenarnya comel tau tengok Wongwes kejar Visaka..haha
Visaka pula tak pernah terfikir untuk bercinta semula, lagi-lagi dengan lelaki yg jauh lagi muda. banyak kali juga Visaka reject cinta Wongwes. last sekali Thawat terpaksa campur tangan dan beri nasihat pada Wongwes dan juga Visaka supaya kejar kebahagian sendiri dan jangan pernah peduli pandangan negatif orang lain. kemudian barulah Visaka terbuka hati untuk terima Wongwes.
konflik antara Nai dan Nok agak panjang juga. selepas berkahwin ingatkan Nok akan berubah tapi makin ego. dalam hati Nok sudah mula sayang pada Nai tapi mulut tak habis cakap benci sampailah Nok tercakap benda yg menyakitkan hati dan Nai tak boleh terima.
masa tu, Nai sudah tawar hati untuk pertahankan rumah tangganya kerana dah give up dengan perangai Nok yg tak pernah berubah. bila Nai merajuk barulah Nok tersedar sendiri dan pada masa itu juga baru si Nok ni tahu betapa susahnya nak pujuk hati Nai yg telah terluka.
aku selalu cakap aku tak minat revenge lakorn tapi kadang tu tertengok juga disebabkan heronya. lepas tu sedar-sedar dah habis layan drama ni..hahaha. ni first time aku tengok Jirayu berlakon..aishhh hensem sangat wei 😍
cantik nye pelakon thailan.. biase cerita thai saya cari movie hantu, sebab hantu thai seram ehh..
ReplyDeletedulu2 suka layan drama thai, tayang dkt tv3, skrg dah kurang.. :)
ReplyDeletebuat apa stay dalam marriage kalau tak bahagia tapi tak semua anak-anak dapat terima kenyataan ni. Cantik la setting lakorn ni, dah la pelakon pun indah di mata haha
ReplyDeletepergh!! lama gila.. 1 jam 50 minit tu..
ReplyDeleterasa emo pula bila baca terbawa-bawa hahah . Okaylah 14 episode kalau sampai 50 mahu mengamuk penonton dengan perangai nok lagi
ReplyDeletesejak2 drama thai banyak kat tv ni, rasa best pulak tengok.. sekarang memang banyak discover drama thai ni lagi pulak banyak yg tayang kat utube je.. boleh try tengok yg ni walaupun satu episod lama betul dah macam movie haha
ReplyDeleteDrama thailand mmg best dan cukup pakej baik pelakon, jalan cerita, arahan mahupun lokasi pengambarannya. huhu
ReplyDelete