Drama Thailand | My Husband in Law (2020)


Title : Ok Keub Hak Ab Ruk Khun Samee
Another Title : My Husband in Law
Episode : 15
Duration : 1 hour 45 minutes
Cast : Mark Prin, Mew Nittha, Koy Rachwin, Ohm Kanin, Nut Devahastin


Muey dan Thien dah kenal sejak zaman sekolah kerana ibu mereka berkawan baik. Thien dah buat satu masalah besar hingga dipaksa berkahwin dengan Muey oleh ibunya. 

sebenarnya Thien tak pernah terpikir nak berkahwin dengan Muey sebab Muey dianggap macam adik dia sendiri. itulah, bila sendiri yg buat masalah nak tak nak terpaksa bersetuju dengan pilihan ibunya.

Muey pula dah lama crush dengan Thien sejak zaman sekolah lagi. walaupun tahu perkahwinan mereka tu cuma lakonan sahaja tapi Muey tak kisah asalkan dia boleh bersama Thien dan protect Thien daripada Yada.


masalah besar yg Thien buat ialah bercinta dengan Yada tanpa mengetahui yg Yada ni isteri orang. bila Thien tahu, dia minta putus dan minta Yada jangan cari dia lagi.

benda ni jadi masalah besar bila suami Yada yg merupakan taiko ganster dapat tahu hubungan Thien dengan isterinya. suami Yada terus hantar orang belasah sampai Thien masuk hospital.

yg aku tak faham si Yada sibuk nak kejar Thien walaupun teruk kena belasah dengan laki dia. daripada dok terkejar lelaki lain kan lagi bagus Yada ni fikir macam mana nak tuntut cerai dan lari daripada suami dia yg kaki pukul tu.

untuk mengelak daripada terus diganggu, Thien menipu yg dia sudah ada kekasih dan akan berkahwin dalam masa terdekat. kebetulan pula mak Thien terdengar benda ni terus Thien kena paksa kahwin dengan Muey.


sebelum kahwin, Thien dan Muey sudah pun tinggal serumah dan Muey yg urus segala kerja rumah untuk Thien, gaya orang gaji Thien pun ada juga. selepas kahwin pun takde beza juga kehidupan mereka. Thien juga suruh Muey rahsiakan tentang perkahwinan mereka sebab kebetulan mereka kerja satu pejabat.

kadang kesian juga Muey tak habis kena buli dengan Thien dan Thien ni memang tak sedar yg Muey suka dia selama ni. Thien tahu pun sebab kebetulan termasuk bilik Muey dan terbaca diari Muey tapi itu pun nak tunggu Thien jatuh cinta dengan Muey slow giler.


dalam drama ni aku suka tengok rumah Thien, interior dalam rumah lawa giler. dia punya laman pula macam duduk tepi hutan pastu boleh melepak tepi sungai, heaven wei. rupanya rumah yg diorang shoot ni resort. kena tunggu kaya dulu kalau nak melepak di resort ni..haha 


satu lagi benda yg menarik dalam drama ni bila ada twist dengan watak Muey nampak naif dan life dia macam takde benda lain yg lebih penting kecuali Thien tapi sebenarnya hacker. 

ramai yg tak tahu termasuk Thien dan dia sendiri pun tak percaya yg Muey boleh khianat dia. tapi ada plot twist lagi, rasanya itu saja dua benda yg menarik dalam drama My Husband in Law.


lepas episode 6 jalan cerita dah makin bosan dan banyak merepek. maybe episode yg panjang dan penulis pun dah kehabisan idea kot so dia sumbat sahaja apa yg boleh sumbat asalkan cukup 15 episode. kononnya nak lari daripada lakorn biasa tapi last-last tak lari daripada tipikal lakorn sebelum ni.

kalau penulis kembangkan lagi watak hero dan heroin maybe lagi best, iyelah apa point di awal drama highlight watak Thien sebagai genius arkitek dan Muey sebagai hacker last-last tak nampak apa yg special pun dengan skill yg mereka ada tu. rasa membazir juga sebab pelakon dah best tapi jalan cerita ke laut.



Post a comment

11 Comments

  1. this is so sweet, i am so close to learning Thai now ! lol

    ReplyDelete
  2. macam best je cite dia. tapi memang betul drama Thai semua best. dulu pernah tengok ice & soda.

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah berkurun drama tu, hero dia pun dah tua tapi still jadi hero lagi..hehe

      Delete
  3. cantik la rumah dia sampai boleh lepak sungai bagai. Kalau stress dengan perangai thien boleh tenangkan diri dekat situ kekeke

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak payah nak pergi jauh kalau view kat rumah lawa giler..haha

      Delete
  4. Ish,, baru je lepas layan Prophecy of Love,nak kena layan jugak yg ni. Haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. jirayu berlakon kan, dah complete ke semua episode dia?? alaaaa nak tengok juga..nak kena cari ni..hahaha

      Delete
  5. Ala.. sayangnya.. Kalau tak mesti lagi ohsem..

    ReplyDelete