Review Drama Korea | Hospital Playlist (2020)


Title : Hospital Playlist
Director : Shin Won Ho
Sreenwriter : Lee Woo Jung
Network : TVN/Netflix
Episodes : 12
Duration : 1 hour 30 minutes
Cast : Jo Jungsuk, Yoo Yeonseok, Jung Kyungho, Kim Daehyung, Jeon Mido


Hospital Playlist mengisahkan lima orang doktor iaitu Lee Ik Jun (Jo Jungsuk), Ahn Jung Won (Yoo Yeonseok), Kim Jun Wan (Jung Kyungho), Yang Suk Hyung (Kim Dae Myung) dan Chae Song Hwa (Jeon Mido) yg bekerja di hospital yg sama tapi department yg berbeza. 

Mereka telah berkawan hampir 20 tahun sejak zaman kolej lagi. bila dah masuk usia 40 tahun, masing-masing masih lagi sibuk dengan kerjaya sampai tak ada masa untuk diri sendiri. antara mereka berlima cuma Ik Jun dan Suk Hyung pernah berkahwin tapi rumah tangga mereka tak kekal lama.

Jun Wan pula playboy langsung tak pernah serius dengan perkahwinan. Jung Won selalu cakap nak berhenti kerja untuk abadikan diri kepada tuhan sebab family dia sangat kuat dengan agama. so Song Hwa saja yg walaupun sibuk tapi selalu curi masa buat pelbagai aktiviti untuk hilangkan stress dan tenangkan fikiran.


Suatu Hari, Yang Suk Hyung bagi cadangan untuk mereka tubuhkan balik band supaya mereka berlima dapat luangkan masa bersama setiap hujung minggu. awal-awal tu kecuali Ik Jun, masing-masing tak setuju iyelah dah busy dengan pesakit pastu nak bagi komitmen untuk band pula. yg Song Hwa pula hanya akan setuju kalau dia jadi lead vocal sedangkan dia tone deaf.

last lepas kena pujuk mereka semua setuju untuk join band ni sekadar suka-suka. makin lama masing-masing makin excited pula dan setiap kali hujung semua dah prepare lagu apa nak jamming.

yg menarik dalam Hospital Playlist ni setiap penghujung episode dapatlah tengok mereka jamming dan menyanyi. part jamming tu memang real bukan sekadar lakonan.


walaupun Hospital Playlist  ni kisah lima sekawan tapi sebenarnya tak ada watak utama pun dalam Hospital Playlist ni. ada episode tu random saja fokus pada watak lain.

drama ni pun tak ada plot so setiap episode tu tak boleh teka jalan cerita. yg bagus tu tak rushing dan stress sangat nak habiskan drama ni. so kita boleh tengok macam mana kehidupan doktor di hospital yg sibuk dengan tugas harian dan juga nak mengurus emosi pesakit dan keluarga pesakit.

yg tak best tu kadang ada ter-loss tengok drama ni sebab banyak sangat watak dan cerita masing-masing dan bila nak penghujung cerita dia makin slow giler. 


Hospital Playlist agak unik dibandingkan dengan drama medical korea yg lain sebab ceritanya bukan fokus pada istilah perubatan atau pembedahan tapi lebih tentang kehidupan iaitu hubungan antara pekerja, tentang emosi pesakit lagi-lagi bila nak sampaikan berita buruk kepada pesakit.

aku suka drama ni sebab lakonan pelakon utama semua sangat mantap, semua nampak natural habis. bila masuk scene diorang berlima melepak tak pernah tak kelakar. 

first season lebih fokus pada kerjaya so maybe musim kedua lebih banyak percintaan mereka berlima mana tahu kan. lagipun kat penghujung banyak lagi benda tergantung dan mungkin terjawab pada musim kedua.

5 comments:

  1. Hahaha ha'ah kadang macam just layan je sebab ramai sangat karakter dalam Hospital Playlist ni. Part paling best masa diorang jamming.

    ReplyDelete
    Replies
    1. pening sebab banyak sgt watak tapi last2 follow je la flow dia..hahaha
      part jamming my favourite..hehe

      Delete
  2. my friend tgk cita ni..sampai fall in love teruk dgn one of them...

    ReplyDelete
  3. read this after season 2 ends. kinda surprised at the end of your entry, your expectations became real! ahahaha ^^

    ReplyDelete