Review Novel | Mulanya Satu Cinta oleh Rose Harissa

Review Novel | Mulanya Satu Cinta oleh Rose Harissa

Novel : Mulanya Satu Cinta (Edisi Isimewa Skripsi)
Penulis : Rose Harissa
Helaian : 574
Penerbit : Skripsi
Terbitan : 2022

Mulanya Satu Cinta pernah diterbitkan oleh Alaf21 pada tahun 2008 dan diterbitkan semula oleh penulis dalam edisi istimewa ini. aku pun tak tahu apa beza dua versi buku ni tapi sebab penat tunggu buku baru Rose Harissa yang tak tahu bila nak keluar makanya kita pun terjebak beli juga novel ni.

Review Novel | Mulanya Satu Cinta oleh Rose Harissa

Alkisahnya Ezli seorang duda memerlukan pengasuh untuk anaknya Afi setelah emaknya membuat keputusan untuk menetap di kampung semula. Iryanie pula terdesak memerlukan duit dan tengah menghabiskan pengajiannya di semester akhir.

Penceraian yang perit dilalui oleh Ezli menyebabkan dia tak berminat untuk serius dengan mana-mana perempuan. bila emaknya memilih Iryanie sebagai pengasuh Afi, Ezli agak anti juga dengan Iryanie tapi disebabkan Iryanie pandai buat kerja dan serasi dengan Afi, dia pun terima juga Iryanie untuk bekerja dengannya.

so hubungan yang benci pada mulanya perlahan-lahan berputik bunga-bunga cinta gitu. dalam diam, Ezli mula jatuh hati dengan Iryanie.

konflik dalam novel ni apabila emak Afi datang mahu menuntut Afi balik. agak psiko juga perangai emaknya dalam buku ni disebabkan terdesak mahukan anak setelah perkahwinannya kini gagal mendapatkan zuriat.

another konflik pula apabila bapa Iryanie mahu menikahkan dia dengan bekas abang iparnya. sebenarnya konflik Iryanie ni tak besar sangat tapi itulah tuan badan tak habis nak berahsia sampai jenuh Ezli nak mencari Iryanie yang membawa diri. agak meleret juga part ni.

disebabkan novel ni terbitan semula, aku tak ada expectation yang tinggi sangat plus bila baca buku ni dan compare dengan buku terbaru penulis, boleh nampak gaya penulisan Rose Harissa agak jauh berbeza dan semakin matang. 

**MY RATING : ⭐⭐⭐ 3/5**

Baca juga : 

Review Novel | Haq oleh Dhiya Zafira

Review Novel | Haq oleh Dhiya Zafira

Novel : Haq (Hardcover)
Penulis : Dhiya Zafira
Helaian : 537
Penerbit : Poreng Kertas Publication
Terbitan : 2021

first time baca buku tulisan Dhiya Zafira, sejujurnya aku beli buku ni sebab sedap pula dengar nama Haq..haha. bila baca review pun ramai yang bagi rating tinggi so kita pun try baca, hah terus terjebak nak baca another buku dari penulis ni..haha

Haq mengisahkan Alin yang mempunyai agoraphobia, hidup berkurung selama tiga tahun tanpa berjumpa siapa selepas kematian anaknya. hidupnya berubah selepas dia menyelamatkan seorang lelaki yang cedera parah bernama Haq.

Hidup Alin juga terjebak dalam bahaya apabila ada orang memburu Haq, tak pasal Alin yang fobia keluar rumah diheret sekali mengikut Haq demi menjaga keselamatan Alin. banyak persoalan mengenai latar belakang Haq, siapa Haq yang sebenarnya?

Review Novel | Haq oleh Dhiya Zafira

Aku sangat suka dengan watak Haq, seorang yang misteri dan protective. cara dia jaga Alin aishhh cair pula kita tapi itulah geram sikit dengan cara dia main tarik tali. sekejap nak sekejap tak nak. bila baca kat belakang boleh faham kenapa dia cuba jauhkan diri dari Alin sebab hidup dia sendiri banyak bermain dengan bahaya.

Alin pula bagi aku dia tahu apa yang dia nak dalam hidupnya. walaupun mengalami fasa yang down dalam hidupnya tapi dia bangkit untuk fight dapatkan Haq. dia punya tekad nak cari Haq tu memang salute sebab dari fobia nak keluar rumah sampai boleh melangkah jauh ke Turkiye semata-mata demi Haq.

aku bukan peminat novel genre aksi sangat tapi novel ni bagi aku cukup rencah. plot dan jalan cerita yang menarik, watak yang strong dan konflik yang disusun menarik. walaupun buku ni agak tebal, tak sempat bosan membaca sebab tak sabar nak tahu pengakhirannya.

**MY RATING : ⭐⭐⭐⭐⭐5/5**

Baca juga : 

Review Novel | King Haidar (ANJELL)

Review Novel | King Haidar (ANJELL)

Novel : King Haidar
Penulis : Anjell
Helaian : 823
Penerbit : Karya Seni
Terbitan : Januari 2022

King Haidar kisah Suria Adreanna seorang MUA dan influencer terkenal dengan Raja Haidar yang penuh misteri, yang tiba-tiba muncul dan kadang menghilang tanpa khabar. Hidup Suria juga berubah apabila nyawanya diancam bahaya dan dia sendiri pun tak tahu kenapa dirinya menjadi target. Haidar pula muncul untuk melindungi dirinya.

novel kali ini lebih kepada thriller romantis, permulaan yang menarik dan plot yang menarik. malangnya buku ni agak mengecewakan aku sebab satu terlampau dragging. penat tau bila kau baca hampir separuh buku tapi tak dapat klu tentang siapa Haidar sebaliknya aku pun tak tahu penulis melalut apa sebab rimas dengan monolog Suria lepas tu Haidar pula tak habis dengan alasan belum tiba masanya untuk Suria tahu kebenaran.

Review Novel | King Haidar (ANJELL)

aku dah follow penulisan Anjell dari buku pertama lagi dan aku tak nampak kematangan dari penulisan penulis. benda nak puji, penulis ada idea yang menarik, dari genre cinta cuba masuk ke genre thriller aksi tapi watak heroin dalam buku dia semua sepesen yang sejenis ego dan rasa diri dia jelah betul. 

bila masuk 600 muka surat baru didedahkan kenapa Suria menjadi target dan apa peranan sebenar Haidar. for me, walaupun plot dia makin menarik tapi sejujurnya aku dah makin bosan dan tak boleh masuk dengan jalan cerita kali ni. aku rasa buku ni tak patut letak tajuk King Haidar sebab aura hero tak begitu menyerlah sepatutnya letak je tajuk Suria dan dunia barunya.

Baca juga : 

Review Novel | Hati Yang Kau Pinjamkan (Rehan Makhtar)

Review Novel | Hati Yang Kau Pinjamkan oleh Rehan Makhtar

Novel : Hati Yang Kau Pinjamkan
Penulis : Rehan Makhtar
Helaian : 387
Penerbit : Karya Seni
Terbitan : Julai 2022

Hati Yang Kau Pinjam kisah Tuah Nur Khalifah dan Nik Khalifh. mereka bertemu secara tak sengaja ketika Khalif sedang sakit tenat terbaring di katil hospital. Tuah yang baik hati dengan rela hati mendermakan hatinya untuk Khalif. Kisah bertambah menarik apabila mereka bertemu kembali setahun kemudian.

Review Novel | Hati Yang Kau Pinjamkan oleh Rehan Makhtar

Tuah seorang gadis yang baik, menolong Khalifh tanpa mengharapkan balasan. Khalifh pula setia pada janji untuk mencari Tuah walaupun Tuah mengelak bertemu dengannya. apabila mereka bertemu kembali, Tuah ingat Khaliff tak cam dia pastu macam-macamlah andaian yang Tuah buat sendiri.

aishh baca buku ni kadang geram dengan Tuah ni sebab baik dan lurus sangat..haha. nasib baik Khalifh tu bijak. banyak kali kot Khalifh bagi hint tapi Tuah tak dapat juga nak tangkap maksud Khalifh. watak Khaliff ni alahai sweet banget..haha. 

Novel Rehan Makhtar kali ni agak ringan, konflik tak berat sangat dan jalan cerita predictable tapi still sis suka cara olahan dari penulis dan watak dalam buku ni. buku dia pun nipis, tak sampai satu hari aku berjaya habiskan. overall, saya suka..haha

**MY RATING : ⭐⭐⭐⭐ 4/5**

Baca juga :