Review Novel | Dia Tetap Sempurna by Anjell


Novel : Dia Tetap Sempurna
Penulis : Anjell
Helaian : 701
Penerbit : Karya Seni
Terbitan : Mei 2020

Dia Tetap Sempurna buku terbaru daripada Anjell, yg istimewanya Karya Seni buat versi hard cover untuk 3000 pembeli terawal siap ada sekali nombor siri. serius cakap Anjell ni memang ramai peminat sebab aku baru je fikir nak beli ke tidak sekali dah full order. bila Karya Seni buka preorder untuk kali ketiga baru berjaya , itupun berjanggut juga tunggu buku ni nak sampai rumah disebabkan PKP hari tu.

Dia Tetap Sempurna mengisahkan Dara Nailofar yg mendapat jemputan untuk ke majlis reunion alumni sekolah yg diadakan di atas sebuah kapal persiaran mewah. ikutkan Dara tak minat nak join sebab ada kenangan pahit zaman sekolah yg buat dia malas nak pergi reunion tu tapi terpaksa pergi juga disebabkan kawan baiknya Suria.

atas cadangan Suria, Dara rancang untuk bawa Audi menyamar sebagai teman lelakinya untuk tayang pada kawan sekolah yg pernah mengutuk dia dulu. tapi last minit Audi si anak datuk ni tarik diri dan muncul Eskandar Arasyah seorang tukang kayu untuk menggantikan tempat Audi. siapa sebenarnya Eskandar ni dan berjayakah mereka berlakon sebagai pasangan kekasih sepanjang pelayaran tersebut?


novel kali ini lebih kepada light romance, banyaklah part yg sweet lagi-lagi bila Eskandar selalu sahaja muncul pada waktu yg tepat untuk menjadi hero penyelamat Dara. siapa tak cair bila ada seorang lelaki protective macam ni. cuma Eskandar terlalu misteri, banyak rahsia Eskandar yg Dara tak tahu tapi itu tak menghalang untuk Dara jatuh cinta pada Eskandar dan terima lamaran lelaki itu.

dalam novel ni aku respect dengan Dara. first sebab bila ada masalah dalam rumah tangga, Dara tak boleh duduk diam lama-lama, dia terus ajak Eskandar bincang untuk elak masalah jadi lebih teruk. paling respect bila Dara cuba selesaikan masalah Eskandar yg ada konflik dengan bapa sendiri.

bila tahu rahsia Eskandar yg sebenarnya siapa tak terkejut, aku pun terkejut. tapi Dara tak ambil masa yg lama untuk tenangkan fikiran dan dia terima semua kekurangan dan kelebihan yg ada pada Eskandar. bagi Dara, kalau Eskandar betul-betul dah berubah siapa dia untuk menghukum.

apa rahsia Eskandar yg mengejutkan sangat tu? nak tahu kena bacalah..hehe. overall, sangat menghiburkan walaupun nampak tema yg ringan tapi banyak pengajaran yg cuba diselitkan oleh penulis.

**My rating: ⭐⭐⭐⭐ 4/5**

Baca juga:

Post a Comment

4 Comments

  1. Wah.. Tiara dapat beli yang hard cover ye.. Kak Sha tak perasan pun pasal jualan novel ini.. Tahu-tahu je ramai yang share dah terima..

    ReplyDelete
    Replies
    1. dia buka kejap je dah full booking akak, nasib sempat beli. tunggu cover biasa je lah akak..hehe

      Delete
  2. Huwaaa~ anjell ada buku baru. Rin Ahmad punya pun tak dapat lagi.

    ReplyDelete
  3. baru nak start baca. nampak sangat tertinggal setahun kebelakang. hehehehehe

    ReplyDelete