Review Lakorn: Waen Dok Mai (Flower Ring)

Review Lakorn: Waen Dok Mai (2017)

Title : Waen Dok Mai
English Title : Flower Ring
Episodes : 26
Duration : 60 minutes
Cast : Push Puttichai, Gypso Ramita, Sun Prachakorn, Due Arisara, Goy Arachaporn, Ong Khemarat, Vivi Sarannat, Top Tawin

Review Lakorn: Waen Dok Mai (2017)

Waen Dok Mai merupakan drama kedua Push dan Gypso berlakon bersama selepas Wanneung, Jaa Pben Superstar.

Mmengisahkan Waen yang selesa dengan kehidupan bujangnya dan tak terfikir mengenai perkahwinan lebih lagi bila orang sekelilingnya mempunyai masalah rumah tangga. Waen bekerja sebagai pembantu editor di Lovely Magazine, bidang kerja dia langsung tak kena dengan personalitinya yang benci dengan wedding dan benda romantik.

manakala Laising/Singh pula pemilik kedai bunga yang secara tak langsung selalu terlibat dengan majlis perkahwinan. Singh pun jenis selesa single walaupun rupa dia hensem.

Singh dan Waen bertemu di majlis perkahwinan kawan rapat mereka dan kebetulan tertangkap jambangan bunga pengantin bersama. sejak itu mereka selalu digosipkan bersama.

Review Lakorn: Waen Dok Mai (2017)

Selepas majilis tersebut, Waen makin rimas sebab ramai nak padankan dia dengan Singh termasuklah bapa Singh sendiri.

Waen selalu berjumpa dengan Singh atas urusan kerja tapi bila jadi gosip gini nak jumpa Singh pun sembunyi-sembunyi sebab tak nak orang lain nampak dan fikir bukan-bukan, gaya macam nak jumpa kekasih gelap pula.

lama kelamaan hubungan Singh dan Waen makin rapat disebabkan mereka mempunyai pandangan yg sama tentang cinta dan perkahwinan.


Singh sebenarnya anak orang kaya tapi dia lebih selesa buka bisnes sendiri sebab tak nak serabut dengan masalah syarikat keluarga. Kehidupan Singh nampak tenang hakikatnya dia boleh duduk diam sebab banyak masalah berkaitan keluarganya.

sebagai contoh, perkahwinan adiknya Dao berantakan kerana Dao dan suaminya kahwin pada usia muda. abang Singh pula nampak bahagia tapi tak habis main perempuan belakang isteri. anak saudaranya iaitu Ting mabuk bercinta dengan lelaki buaya darat.

satu benda yg aku tak suka dengan lakorn ini adalah terlalu banyak watak, terlalu banyak masalah. kalau orang sekeliling Waen dan Singh pun tak bahagia dengan perkahwinan mereka macam mana Waen dan Singh nak terbuka hati untuk berkahwin. patutlah diorang dua lebih selesa hidup single.

Review Lakorn: Waen Dok Mai (2017)

paling annoying juga watak Thapana si playboy ni. Thapana bengang apabila Singh dan Waen menyiasat masa silamnya sampai dia target Waen untuk balas dendam. sepatutnya dari awal lagi Waen buat laporan polis sebab Thapana sebarkan maklumat peribadinya di laman web tak senonoh.

masalahnya Waen baik hati sangat biarkan sahaja hal tersebut sedangkan Thapana bukan reti nak bertaubat. kesannya senang saja budak mentah macam Thapana porak perandakan keluarga Singh. yg geram juga macam tak ada pembalasan atau karma untuk Thapana.

Review Lakorn: Waen Dok Mai (2017)

aku paling suka watak nenek Waen, dia tak cepat gelabah bila orang cakap buruk pasal Waen sebab nenek yg paling rapat dan faham Waen. 

orang lain sibuk nak mendesak Waen suruh cepat kahwin tapi nenek dia relaks je siap nasihat lagi kalau nak kahwin buat untuk diri sendiri bukan untuk orang lain.

Review Lakorn: Waen Dok Mai (2017)

drama ni best sebab kelakar  dan watak utama pula comel lagi-lagi bila Singh dan Waen dah mula saling jatuh cinta tapi malu pula nak mengaku. tapi..tapi..aku banyak skip tengok drama ni sebab cerita dia meleret sangat, banyak konflik tak penting dengan watak lain. kalau fokus pada watak utama mungkin jalan ceritanya lebih menarik.

No comments:

Post a Comment