Review Lakorn: Khun Mae Suam Roy (2018)

Review Lakorn: Khun Mae Suam Roy (2018)

Title : Khun Mae Suam Roy
Also Known as : You Are Me
Year : 2018
Episodes : 31
Duration : 45 minutes
Cast : Bua Wansiri, Pop Karnthip, Judo Thanrinpirom

SYNOPSIS
Sina disguises herself as her disabled older twin sister, Siriya, and moves back in the Sutharak’s house with her  nephew, Kaosuay. She learned that her nephew is the benefactor of her brother-in-law’s wealth upon his death. Her brother-in-law's will states that in order for Kaosuay to inherit his wealth, his wife must marry his younger brother, Athirat. Sina, under the disguise of her older sister, decides to marry Athirat for the sake of her nephew's future. She has no idea what obstacle lies ahead.

Review Lakorn: Khun Mae Suam Roy (2018)

Khun Mae Suam Roy mengisahkan konflik yg berlaku dalam keluarga Sutharak apabila pewaris utama mereka iaitu Pipop meninggal dunia dalam kemalangan kereta. 

Apabila wasiat dibaca, sebahagian daripada harta Pipop diserahkan kepada ibunya dan sebahagian lagi kepada Siriya yg merupakan perempuan simpanan Pipop dan anak lelaki mreka. manakala Nattaya yg merupakan isteri Pipop yg sah tidak mewarisi sebarang harta suaminya. 

hal ini mengejutkan semua ahli keluarga kerana mereka tidak mengetahui kewujudan Siriya dan anaknya selama ini. Pipop juga memberi amanah kepada aik tirinya, Athirat untuk berkahwin dengan Siriya.

Review Lakorn: Khun Mae Suam Roy (2018)

Siriya yg mengetahui isi wasiat tersebut tidak bersetuju kerana dia tidak mahu terlibat lagi dengan keluarga Sutharak selepas Pipop meninggal dunia. namun begitu, adik kembar Siriya iaitu Sina merasakan inilah masa yg sesuai untuk mereka menyiasat dalang yg menyebabkan Siriya menjadi lumpuh.

Sina membuat rancangan untuk menyamar sebagai Siriya dan masuk ke dalam keluarga Sutharak untuk menyiasat. walaupun mereka berdua kembar, perwatakan Siriya dan Sina sangat berbeza. Siriya seorang yg lemah lembut manakala Sina pula agak kasar dan lasak. 

Review Lakorn: Khun Mae Suam Roy (2018)

mengikut wasiat, Siriya dan Athirat kena tinggal bersama untuk tempoh setahun selepas mereka berkahwin. sebenarnya masing-masing ada motif sendiri untuk berkahwin. Sina nak mencari dalang yg menyebabkan Siriya lumpuh manakala Athirat pula  mahu menyiasat kemalangan yg berlaku pada Pipop.

pada awal perkahwinan, Sina dan Athirat banyak berselisih pendapat dan tidak mempercayai antara satu sama lain. Athirat mengesyaki Sina cuma berlakon lumpuh (padahal memang pun), banyak kali juga rahsia Sina hampir terbongkar tapi nasib baiklah sempat cover line. 

dalam bergaduh tu, hubunga Sina dan Athirat makin lama makin rapat. kalau scene lovey dovey antara Athirat dan Sina tak banyak sangat, mereka dua ni lagi banyak bergaduh tapi sweet la juga. episode yg last tu baru dapat full kisah Athirat dan Sina.

Review Lakorn: Khun Mae Suam Roy (2018)

sebenarya aku suka juga dengan Sina sebab dia jenis yg tak senang dibuli dan tak lembik macam Siriya. cuma kadang tu agak menyampah juga dengan perangai Sina sebab asyik provoke keluarga Sutharak yg lain sebab dia rasa Siriya jadi mangsa. padahal kalau Siriya tu tak caras suami orang mesti semua benda ni tak jadi pada Siriya.

bagi aku, orang yg paling kesian dalam lakorn ni ialah Nattaya. dah la suami sendiri ada perempuan simpanan, bila suami mati pun satu sen tak dapat. padahal Nattaya, isteri Pipop yg sah.

Review Lakorn: Khun Mae Suam Roy (2018)

satu benda nak puji mengenai drama Khun Mae Suam Roy, dari permulaan langsung tak boleh nak teka siapa penjahat sebenarnya sebab masing-masing ada motif sendiri. setiap episode mesti ada twist setiap watak, kiranya ada watak yg kita fikir jahat selepas itu tak pasti apabila pengarah tunjuk sisi baik untuk watak tersebut.

bila tahu mastermind sebenar, geram juga sebab dari awal lagi aku dah syak dia tapi terpedaya dengan permainan pengarah. btw, nice drama and nice ending.

18 comments:

  1. Dah lama tak tengok cerita Thai. Awak selalu tengok dekat website apa ya?

    ReplyDelete
  2. Wah, macam best jea movie nie..

    ReplyDelete
  3. Adoi.. macam dah terpedaya je dengan riview Tiara ini.. Kikikiki.. Nak tengok tapi witing list panjang lagi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. jangan terpedaya kak sha nanti terjebak, tak dapat nak tolong..hihi

      Delete
  4. Siqah tak pernah rasanya tengok cerita Thai. Hihi. Pelakon perempuan tu cantiknyaaa <3

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu salah satu sebab suka layan drama thai, ada hero & heroin yg hensem dan cantik..hihi

      Delete
  5. mesti best cerita ni ::)

    ReplyDelete
  6. macam best je drama ni tapi banyaknya 31 episod haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau tengok dengan laju, tak terasa banyak sangat episode dia..haha

      Delete
  7. memang suka layan cita thai ni sbb hero n heroin dia cun2 dan macho...haha...smpai dh bleh knal siapa pelakunnya...

    ReplyDelete
  8. best plak baca sinopsis ni..hehe..taksangka ummi baca sampai abis... kesian nattaya... nak tau ending tapi banyak lak episod 31

    ReplyDelete
  9. Last tengok cerita Thai, yang tertukar badan lelaki dengan perempuan tu haha

    ReplyDelete
  10. Thailand lagi.. huwaaa.. Yang cina pun tak habis lagi ni..

    ReplyDelete
  11. serius macam menarik cerita ni...tapi kalo kita, tak sah kahwen diorang tu sebab nama sebenar pengantin tu berbeza..kalo diorang, sah aje kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. best juga.. tak sah juga akak tapi sebab diorang kahwin atas kertas je dan orang lain tak tahu pengantin sebenar ada kembar..nak balas dendam punya pasal akak..hahaha

      Delete