Tajuk : Ada Apa Dengan Dosa
Produksi : Pencil Pictures &Records
Pengarah : Rahila Ali
Penulis Skrip : Rudy Imran & Rahila Ali
Tarikh Tayangan : 4 Jun 2020
Pelakon : Wanna Ali, Haris Ismail, Fasha Sandha, Ashraf Muslim,
Adam Corrie, Fauziah Nawi
Ada Apa Dengan Dosa mengisahkan Aurora yg membesar di Scotland kecewa apabila mengetahui dia hanyalah anak angkat. Aurora berasa marah apabila ibu dan bapa angkatnya menyembunyikan perkara sebenar selama 20 tahun dan cuba membunuh diri.
Selepas berjaya menenangkan diri, Aurora membuat keputusan untuk mencari ibu dan bapa kandungnya di Malaysia dengan bantuan Khaliq.
Aurora pelajar universiti dan mengambil bahasa melayu sebagai subjek elektif sebab itu Aurora boleh berkomunikasi dalam bahasa melayu walaupun kurang fasih. Aurora meminta bantuan Khaliq untuk menyiapkan assigment dan melalui Khaliq juga Aurora belajar banyak perkara mengenai Islam.
bak kata Aurora, dia sangat beruntung dapat mengenali Khaliq sebab ikukan dari awal lagi Aurora dah give up bila tahu status ibu dan bapanya yg tidak berkahwin. namun Khaliq banyak mengajar Aurora untuk jadi positif dan husnuzon.
Khaliq berjaya bawa Aurora berjumpa dengan ibu bapa kandungnya tapi bila tengok sendiri penerimaan mereka terhadap Aurora, Khaliq sendiri pun tak tahu nak suruh Aurora husnuzon macam mana dah.
mesej dakwah yg cuba disampaikan melalui filem ini sangat menarik terutama sekali isu anak luar nikah. kerana kesilapan yg dilakukan oleh ibu bapa kandungnya, Aurora dibesarkan di negara asing sehingga tidak tahu asal usulnya dan tidak mempunyai pegangan agama.
bila tengok movie ni, aku terkesan juga dengan dialog dia dan ada beberapa scene yg buat aku menangis, aishh emo pula. lagu ost Hakikat Jiwa nyanyian Alyah memang sedap dan kena dengan mood filem ni.
kualiti filem ni cantik giler, cinematographic dan tona color yg digunakan rasa macam tengok filem indonesia pula. overall nice story dan penuh pengajaran walaupun tak puas hati sebab last scene fasha sandha macam tergantung sikit.
Ada Apa Dengan Dosa sepatutnya ditayangkan di pawagam pada bulan September tapi disebabkan musim covid ni dapatlah tengok dekat Astro First.
ada terperasan thriller dia haritu... bila lah nak dapat tengok filem ni..
ReplyDeletetrailer, right?
DeleteFilem yang menarik untuk ditonton..
ReplyDeleteFilem yg dari mula sampai aku menangis
ReplyDelete