Tajuk : 6 Hari
Produksi : Yureka Film
Pengarah : Yusry Abdul Halim
Saluran : Astro Ria/Astro Citra
Masa Tayangan : 13 Jun 2020
Pelakon : Lisa Surihani, Yusry, Neelofa, Aaron Aziz
Telefilem 6 Hari mengisahkan Suzy yg merupakan isteri ketiga kepada seorang ahli perniagaan bernama Ismal (Aaron Aziz). Suzy tinggal bersendirian di banglo kerana suaminya akan pulang setiap 6 hari untuk menghabiskan masa dengan isterinya yg lain.
Suatu hari, Suzy diganggu dengan kehadiran bekas teman lelakinya Faizal (Yusry) yg memecah masuk rumahnya. Faizal adalah bekas banduan yg meringkuk dalam penjara selama 8 tahun.
Faizal muncul kembali untuk menuntut janji Suzy yg akan menunggunya tapi sebenarnya mahu mendapatkan kembali berlian yg dicuri mereka yg Suzy sempat sembunyi sebelum Faizal ditangkap.
Suzy pula sudah berubah sejak mengenali dan berkahwin dengan Ismal dan dia mahu melupakan kisah silamnya. kehadiran Faizal banyak menganggu ketenangannya, Suzy cuba meminta nasihat daripada kawan baiknya Linda (Neelofa).
sebenarnya aku tak rasa enjoy sangat bila tahu watak Suzy dan Faizal ni bukan suami isteri lepas tu boleh pula bagi lelaki bukan muhrim tumpang rumah sendiri tanpa pengetahuan suami dia.
bagi aku, plot dalam cerita ni perlu dikembangkan lagi sebab ada few part yg aku tak berapa puas hati tapi disebabkan banyak kekangan yg ada untuk mereka shoot telefilem ini di musim PKP so santai je lah layan, malas nak komen banyak.
walaupun jalan ceritanya kurang memuaskan hati aku tapi patut bagi kredit juga untuk Yusry sebab direct dan tulis sendiri skrip untuk telefilem dan hasil videonya memang cantik.
Tahu tak kat mana lagi Beeha boleh tonton cerita ni instead of kat TV? Takda astro huhuhu
ReplyDeleteboleh tengok kat website astro go tapi kena link dengan astro id. kalau kat tempat lain tak sure sgt maybe youtube, itupun kalau ada yg upload la.
DeleteBaru nak tengok.. Ada nampak dia punya iklan.. Nampak macam menarik..
ReplyDeleteini la telefilem yang dia buat kat rumah dengan sorang jurugambar kan... rasanya lah, cuma itulah macam tak best lak bila tahu kisah yang diaorang ber2 takde apa-apa ikatan dan duduk selama 6 hari bersama... agak tak sesuai lah kan kalau budak-budak tengok, yolah kang ada lak yang tanya macam-macam soalan... heheheh
ReplyDeletebetullah tu..hahaha
DeleteNampak iklan dia tadi, teringin nak tengok hahaa
ReplyDelete