Review Drama: Sein dan Luna (TV3)


Drama : Sein dan Luna
Episode : 13
Pelakon : Mimi Lana, Syazuwan Hassan, Ika Nabella, Ungku Ismail, Shiqin Kamal, Ariz Lufias, Rosnah Johari, Azri Iskandar

Sein dan Luna bukan drama terbaru tapi diulang tayang semula di slot Dahlia, sebelum ni tak pernah tengok pun tapi bila mak tengok drama ni, kadang-kadang join juga sekaki..hehe


mengisahkan Sein dan Luna yg berkawan baik di zaman sekolah, mereka menyimpan perasaan antara satu sama lain tapi tidak berani meluahkan. lepas habis sekolah, Sein terus sambung belajar di kolej dan berkenalan dengan Wardah.

Sein pulang semula ke kampung untuk mengambil keputusan SPM dan bawa Wardah sekali. Luna kecewa bila ingatkan Wardah teman wanita Sein dan bagitahu dia dah bertunang pada Sein. so masing-masing kecewa dalam diam dan try untuk move on.


walaupun baru berkenalan, Sein nekad untuk bernikah dengan Wardah untuk melupakan Luna tapi baru berkahwin dah menyesal sebab Sein dapat tahu Luna menipunya dulu.

kesian juga dengan Wardah sebab jadi mangsa kemarahan Sein lepas tu tak habis salahkan mak Wardah sebab terlalu mendesak dia untuk berkahwin dulu. padahal bapa Sein dah ingatkan dia banyak kali  jangan terburu-buru buat keputusan. 

inilah masalahnya bila kau tak jujur dengan diri sendiri lepas tu heret sekali orang lain dalam masalah kau.

Review Drama: Sein dan Luna (TV3)

Luna pula sambung belajar di kolej dan semakin sibuk dengan pengajiannya. pada masa yg sama, Luna semakin rapat dengan Huzair, duda anak satu. hubungan mereka semakin rapat dan Luna selalu menceritakan masalahnya pada Huzair. tertanya juga Huzair dan Sein ada kena mengena ke sebab nama lebih kurang je.

aku rasa timeline drama ni laju sangat. tak habis belajar lagi dah sibuk nak bercinta dan bernikah bagai. banyak betul masa diorang nak fikir benda lain selain daripada belajar. 

walaupun boleh tengok full episode di youtube tapi tak rajin pula nak follow kat situ lagi-lagi aku rasa makin annoying pula dengan Sein. kalau boleh nak ending Luna dengan Huzair tapi tengok tajuk macam dah boleh teka ending dia.

Post a Comment

3 Comments

  1. Entahlah.. semakin pudar minat menonton drama melayu sekarang

    ReplyDelete
  2. tgk sekali je drama ni tu pon kebetulan mak sy tgk..
    terjoin skali.. xtau sgt kisah camne.. haha

    tp tu la.. setuju dgn awk.. xhabis blaja dah gatal nk nikah bagai.. hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. mak-mak yg tengok, kita pula yg join sekaki..hahaha

      Delete