Drama Jun 2020

Drama Jun 2020

sebelum ni tak banyak sangat drama yg aku tengok dalam pkp, lebih banyak tengok movie dan layan iflix. bila masuk bulan jun tetiba banyak pula drama aku tengah layan tapi satu pun belum habis tengok..hehe


Hi Bye Mama

Drama Jun 2020

start bulan puasa tapi sampai sekarang tak habis lagi tengok. first episode memang best, suka tengok lakonan Kim Tae Hee dan especially Lee Kyung Hu. start suka this oppa dari drama Prison Playbook, lakonan dia memang terbaik.

cumanya pelik sikit bila watak Kim Tae Hee tetiba bertukar jadi manusia, tetiba aku dok fikir logik dan kenapa dia jadi special kes boleh jadi manusia. ok laa fine sebab dia heroin. 

tapi yg buat aku stop drama ni sebab rasa macam slow sangat dan bosan pula dengan masalah hantu yg lain yg masih tak boleh move on daripada life diorang selepas meninggal dunia. 

currentyly watching : 9/16. tak tahu boleh habiskan ke tidak drama ni..hurmmm


Hospital Playlist

Drama Jun 2020

drama arahan Shin Won Ho memang best macam drama Reply Series dan Prison Playbook. Hospital Playlist pula kisah mengenai lima orang kawan baik yg bekerja sebagai doktor di hospital yg sama. drama ni sangat santai dan langsung takde konflik berat. rilek betul layan drama ni.

yg buat aku lagi excited nak tengok Hospital Playlist bila tahu mereka gigih berlatih main alat muzik semata-mata untuk drama ni. suara masing-masing memang sedap walaupun Song Hwa ni penyanyi sumbang tapi dalam real life dia sebenarnya pelakon muzikal, sedap kot suara dia sebenarnya.

currently watching: 3/12


The King: Eternal Monarch

Drama Jun 2020

baru je baca buku Kita Yang Kedua sekali bila tengok The King Eternal Monarch macam wow sekali lagi aku mengadap teori parallel universe. famous betul teori ni sekarang.

first episode agak confius tapi menarik dan best giler drama ni. aku rasa ini watak Lee Minho paling sopan dan tertib aku pernah tengok. terus cair wei walaupun sebelum ni cakap malas nak tengok drama ni sebab tak minat sangat Lee Minho..haha

currently watching: 5/16. dah start tengok baru perasan drama ni masih lagi on-going. adoi!


Cinta Itu Fairy Tale

Drama Jun 2020

first episode menarik juga tapi bila masuk episode 4 bosan pula dengan perangai Nina yg sendu tak habis. rasanya kena tunggu complete dulu semua episode baru boleh maraton terus citer ni.

currently watching: 4/13

Happy Watching^^

9 comments:

  1. shu, tak sempat habiskan drama the king tu.. nanti sambung..

    ReplyDelete
  2. Satu je yang dah habis tengok. Haha

    ReplyDelete
  3. Hi Bye Mama da habis tengok, sambung laaa lagi sebab nanti akan tau kenapa dia tiba2 hidup balik dalam episod hujung2...

    Hospital Playlist da habis gak, drama santai, tak buat kita rushing nak tengok episod seterusnya..rilek2 aje...

    The King tengah tengok tapi stop kejap sebab tak berapa teruja nak menyambung...tak tau la akan sambung ke tak..hahahahhaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. tengok mood dulu nak habiskan Hi Bye Mama..hahaha
      sekarang tengah syok layan The King and yes drama Hospital Playlist memang rileks giler, santai je tengok :)

      Delete
  4. Semalam teman suami tgk The King tu...hadoii...tak paham...kejap ke sana...kejap ke sini..kejap nangis...

    ReplyDelete
    Replies
    1. drama ni kena tengok betul-betul baru boleh faham, jalan cerita dia complicated sikit..haha

      Delete
  5. I think I was watching episode 3 or 4 of Hi Bye Mama when I decided to put it on hold because the drama was too slow for my liking. Also, because I did not want to watch something sad :( Not sure when will I pick up the drama again.

    On the other hand, I've finished watching Hospital Playlist <3 Thinking about rewatching it again. Hopefully not soon. Hahaha.

    As for The King: Eternal Monarch, I probably would not watch it simply because I'm currently not in the mood of watching a drama of that genre.

    ReplyDelete
  6. Nak tengok King tu tapi tak sempat sempat lagi.. hehehe..

    ReplyDelete