Review Drama: Degup Cinta (Astro Ria)


Drama : Degup Cinta
Produksi : Threeline Media
Pengarah : Shahrulezad Mohameddin
Slot : Megadrama Astro Ria
Mula Tayangan : 27 April 2020
Masa : Isnin-Khamis | 10.00 Malam
Episode : 26
Pelakon : Josiah Hogan, Shiqin Kamal, Mathni Razak, Juliana Evan, 
Zaryn Min, Laila Nasir,  Zalif Sidek, Sahronizam


Reza merantau membawa diri setelah kehilangan isterinya, Jasmin akibat kemalangan. selepas dua tahun, Reza kembali ke Malaysia dan tinggal di kabin terbiar milik keluarga seorang kenalan yg baru dikenalinya.

Reza menyelamatkan Zahlia yg pengsan di kawasan tersebut dan kemudian terjebak dengan masalah Zahlia.


Zahlia sibuk membuat persiapan perkahwinannya dengan Haikal yg tinggal lagi seminggu. satu panggilan telefon membawa Zahlia ke sebuah hotel dan menjadi saksi kecurangan tunangnya.

Zahlia kecewa dan membawa diri ke Melaka untuk bertemu Cik Ana (ibu saudaranya) malangnya dia pengsan dan diselamatkan oleh Reza yg kebetulan berada di kawasan tersebut.


selama sebulan, Haikal langsung tidak menghubungi Zahlia untuk sebarang penjelasan dan Zahlia menganggap hubungan mereka sudah putus. untuk membuktikannya telah move on, Zahlia dan kawannya iaitu Amira dan Ayu mencari seorang teman lelaki untuk menemani Zahlia ke majlis perkahwinan Ayu.

Reza bersetuju untuk berlakon sebagai teman lelaki Zahlia dan lakonan mereka berjaya membuat Haikal cemburu. namun masalah lain pula muncul apabila Haikal cuba mendapatkan Zahlia kembali dan menyiasat latar belakang Reza. hal ini membuatkan Zahlia dan Reza terpaksa meneruskan lakonan mereka sebagai kekasih untuk mengelak Zahlia diganggu Haikal.


Reza lebih selesa hidup dalam dunianya selepas kematian Jasmin dan langsung tak berminat dengan tawaran Zahlia dan kawan-kawannya. kemudian Reza dapat tahu Zahlia adalah penerima jantung arwah Jasmin sebab itu Reza cuba melindungi Zahlia dan dia pun dah mula sayang pada Zahlia.

Haikal pula sebenarnya berbaik dengan Zahlia untuk mendapatkan tanah pusaka milik keluarga Zahlia. tapi bila tengok Zahlia ada pengganti rasa tercabar juga dan menggunakan pelbagai taktik kotor untuk mendapatkan Zahlia kembali. tak tahu siapa pelakon watak Haiqal ni, langsung tak impress dengan lakonan Haikal dan bapa Haikal tu.


Degup Cinta ni diadaptasi daripada drama turki bertajuk Ruzgarin Kalbi dan menggunakan muzik latar yg sama daripada siri tersebut. muzik dia memang sedap cuma ada beberapa scene macam tak masuk sangat dengan muzik latar tu.

tak tahu original series macam mana tapi serius cakap drama ni slow giler, dah masuk 20 episode pun Reza masih lagi berahsia tentang siapa dirinya dan Haikal tak habis nak meroyan. Zahlia sepatutnya lebih tegas dengan perasaannya dan tak mudah tunduk dengan taktik kotor Haikal.

4 comments:

  1. Assalamualaikum.. uish. lama dah SS tak layan drama.

    ReplyDelete
  2. Adoi.. kalau slow memang tak boleh nak layanlah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. drama ni memang slow, penat kot nak tunggu hero ni buka rahsia dia..adoi~haha

      Delete