Sinopsis Drama Tercipta Satu Ikatan (Astro)

Tercipta Satu Ikatan

Drama : Tercipta Satu Ikatan
Produksi : Suhan Movies & Trading
Pengarah : Pali Yahya
Penulis Skrip : Syed Mohamad Taufik Syed Abdul Jalil
Slot : Megadrama Astro Ria
Mula Tayangan : 29 Disember 2020
Episode : 20
Masa : Isnin-Khamis | 10.00 Malam
Pelakon : Hanna Delisha, Aeril Zafril, Izzue Islam,  Sophia Barakbah, Esma Daniel, Nadhir Nasar, Nadiyah Shahab

Sinopsis Drama Tercipta Satu Ikatan 

mengisahkan Leanna (Hana Delisha) yg dibesarkan dengan serba kemewahan dan penuh kasih sayang oleh Dato Jefrey (Esma Daniel), seorang ahli perniagaan. ke mana sahaja Leanna pergi mesti diawasi oleh bodyguard kerana Jefrey tak mahu perkara buruk berlaku kepada anak tunggalnya.

Leanna pula bahagia dengan kasih sayang ayahnya tapi di satu sudut, dia juga mahu hidup bebas seperti orang biasa yg bebas pergi ke mana tanpa perlu diawasi bapanya. Walaupun begitu, Leanna cuba berfikiran positif yg semua tindakan bapanya adalah untuk kebaikan dirinya sendiri.

Tercipta Satu Ikatan

Daniyal (Aeril Zafril) pula seorang usahawan muda yg menunjukkan minat yg tinggi untuk bekerjasama dengan syarikat Dato Jeffrey. 

Jefrey tertarik dengan usaha Daniyal dalam mengembangkan syarikatnya. sampai satu tahap, Jefrey menaruh kepercayaan pada Daniyal dan meminta Daniyal untuk menjadi suami kepada Leanna.


Tercipta Satu Ikatan

Daniyal sebenarnya mempunyai muslihat sendiri iaitu mahu membalas dendam kepada Jeffrey bersama kawan baiknya Risa (Sophia) dan Sirhan (Nadhir). target mereka ialah Jeffey bukannya Leanna. berkahwin dengan Leanna juga bukan dalam rancangan Daniyal.

apa sebenarnya yg terjadi dalam hidup Daniyal dan rakan-rakannya sehingga mereka merancang membalas dendam pada Jeffrey? apa tindakan Daniyal bila Jeffrey memintanya mengahwini Leanna? Saksikan semuanya dalam drama Tercipta Satu Ikatan di slot Megadrama Astro Ria.

Sinopsis Drama The Maid (Astro)

The Maid

Drama : The Maid
Produksi : Juita Viden
Pengarah : Helmi Yusof
Siaran : Astro Ria
Mula Tayangan : 6 Disember 2021
Episod : 10
Masa : Setiap Rabu | 9.00 Malam
Pelakon : Norman Hakim, Sherry Al-Hadad, Mira Filzah, Eina Azman, Ezzaty Abdullah, Siti Khadijah Halim, Zarina Zainoordin, Irsha Norsham, Nadya Syahera, Ieda Moin

Sinopsis Drama The Maid

mengisahkan Jay (Norman Hakim) seorang penulis novel bestseller 'Mr Payung Emas' dan juga jutawan yg terkenal kerana beristeri empat. Isteri-isteri Jay adalah Suhana (Sherry Al-Hadad), Nadia (Eina Azman), Fika (Ezzaty Abdullah) dan Elisa (Mira Filzah). 

kehidupan Jay secara luarannya nampak sangat bahagia dengan kesemua isteri-isterinya. hakikatnya memang tidak suka antara satu sama lain dan cuma berpura-pura bahagia. setiap isteri-isteri mempunyai pembantu rumah dan tahu segala rahsia majikan mereka.

konflik bermula apabila Elisa ditemui mati ketika menghadiri makan malam keluarga di rumah isteri pertamanya, Suhana. kini ketiga-tiga isteri Jay telah menjadi suspek pembunuhan kerana masing-masing mempunyai motif sendiri untuk membunuh.

Penyiasatan telah dijalankan oleh pihak polis, satu persatu rahsia isteri-isteri Jay mula terbongkar. keadaan bertambah misteri apabila muncul pembantu rumah baru bernama Citra. Persoalannya, siapakah yg telah membunuh Elisa?

Sinopsis Drama Bidadari Salju (TV3)

Bidadari Salju

Drama : Bidadari Salju
Produksi : A. Aida Production
Pengarah : Muhamad Riza Baharudin
Penulis Skrip : PGRs Team, Tinta Jingga, Rofa Azzahra
Slot : Akasia TV3
Mula Tayangan : 15 Disember 2020
Episod : 28
Masa : Isnin-Khamis | 7.00 Malam
Pelakon : Sweet Qismina, Adam Lee, Jasmine Suraya Chin, Nazrief Nazri, Chacha Maembong, Syazuwan Hassan, Jaja Iliyeas

Sinopsis Drama Bidadari Salju

mengisahkan Kayra (Sweet Qismina) yg selalu dijadikan mangsa buli di sekolah hanya kerana mukanya dipenuhi jerawat dan berasal dari keluarga miskin. 

walaupun begitu Kayra seorang gadis yg baik dan rajin menolong ibu bapanya untuk mencari duit dengan bekerja di kedai runcit dan kedai makan. perwatakan Kayra yg ceria itu disenangi oleh majikannya.

Hariz (Adam Lee) pula pelajar senior yg selalu menunggu masa untuk membuli Kayra dan mengajak rakan-rakannya yg lain untuk turut setia menghina dan membuli Kayra.

Bidadari Salju

Hariz sebenarnya memberontak kerana dihantar ayah dan ibunya untuk tinggal dengan datuknya di kampung. dia merasakan yg kedua ibu bapanya sibuk bekerja dan tidak pernah mempedulikan dirinya. Hariz cemburu apabila melihat Kayra yg serba kekurangan sentiasa tersenyum dan mendapat kasih sayang penuh daripada keluarganya.

sampai satu tahap, tindakan Hariz semakin melampau apabila membuat fitnah yg Kayra menjual tubuh untuk mencari duit hingga menyebabkan Kayra dipukul bapanya akibat termakan kata-kata fitnah yg disebarkan Hariz. rakan-rakan Hariz juga turut mengambil kesempatan untuk memukul Kayra.

kemuncaknya Kayra tidak dapat bersabar lagi dan bangkit melawan Hariz. Kayra berjanji tidak akan lupa segala perbuatan Hariz yg mencaci dan menghina dia selama ini.

Sinopsis Drama Bidadari Salju (TV3)

selepas 6 tahun, Kayra berjaya menamat pengajiannya dan sedang sibuk mencari pekerjaan. pada masa yg sama Kayra pulang ke kampung untuk menghadiri majlis pertunangan kawan baiknya, Diana (Chacha Maembong). 

Aiman yg ternampak Kayra di majlis itu terus jatuh cinta padahal zaman sekolah dulu, dia juga malu dengan penampilan Kayra yg hodoh. Aiman menggesa ibu bapanya untuk meminang Kayra.

hidup Kayra sekeluarga benar-benar berubah selepas ibunya berjaya menuntut harta pusaka miliknya. namun begitu Kayra tidak mahu memikir soal jodoh atau bergantung pada harta ibunya, Kayra mahu mencari kerja dan mencapai impiannya. 

apa yg bakal terjadi apabila Kayra bertemu dengan Hariz? Saksikan semuanya dalam Bidadari Salju yg juga boleh ditonton online secara percuma melalui website dan aplikasi WeTV.

Sinopsis Drama Misteri Mona (TV3)

Misteri Mona

Drama : Misteri Mona
Produksi : Aquila Emas Sdn Bhd
Pengarah : Amor Rizan
Penulis Skrip : Abdul Nasir, Amor Rizan
Slot : Samarinda TV3
Mula Tayangan : 10 Disember 2020
Episod : 8
Masa : Isnin-Khamis | 10.00 Malam
Pelakon : Janna Nick, Redza Rosli, Ruzana Ibrahim, Elisha Sandha, Shafitee, Alif Hadi, Amir Rahim, Aishah Bujang, Azhar Amir, Jeff Sali

Misteri Mona sebuah drama bergenre psiko thriller arahan Amor Rizan, drama terbaru di slot Samarinda menggantikan drama Beri Sedikit Waktu. Misteri Mona menampilkan Janna Nick, Elisha Sandha, Ruzaini Ibrahim dan Elisha Sadha dan boleh ditonton mulai 10 Disember 2020, setiap Isnin hingga Khamis jam 10 malam di TV3.


Misteri Mona mengisahkan Farah (Elisha Sandha) graduan lepasan universiti yg sedang mencari kerja. Farah semakin terdesak memerlukan duit untuk membayar sewa rumah selepas beberapa bulan menganggur. 

Suatu hari, Farah ternampak iklan di internet sebagai caregiver di rumah Dr Nadeem (Redza Rosli) lalu menerima kerja tersebut walaupun syarat yg dikenakan Dr Nadeem agak pelik apabila dikhehendaki memadam semua media sosial dengan alasan melalaikan. Dr Nadeem juga bersetuju untuk membayar gaji seperti yg Farah minta.

Farah perlu menjaga isteri Dr Nadeem iaitu Anom (Janna Nick), tugas Farah pun mudah cuma perlu pastikan Anom mengambil ubat pada waktu yg ditetap dan juga memasak makanan tengah hari. pukul 5 petang dah boleh balik.

satu sahaja pantang larang Dr Nadeem adalah tak benarkan sesiapapun masuk bilik bawah tanah yg berada di rumah tersebut.

Misteri Mona

Anom mengalami gangguan emosi yg kronik dan selalu bermimpi seorang wanita. tapi pada hari pertama Farah bekerja, Anom nampak normal dan boleh berbual. Anom senang dengan sikap Farah yg tidak banyak bertanya dan mula bercerita dengan kisah hidupnya sewaktu kecil.

Anom menceritakan tentang ibunya yg berkahwin lain tapi tidak tahu lelaki tersebut panas baran dan penagih dadah. ibu Anom tidak mahu membuat laporan polis, Anom dan adiknya terpaksa melihat ibu mereka dipukul oleh ayah tiri mereka.

tanpa Farah sedar, Anom sebenarnya tidak makan ubat yg disediakan. pada malam tersebut Anom mula bertindak agresif dan mahu menyerang suaminya, nasib baik berjaya ditenangkan.

Misteri Mona

keesokan harinya teruk Farah dimarahi dan berjanji tidak mengulang lagi kesalahannya. Anom sendiri meminta maaf kerana telah menyebabkan Farah dimarahi suaminya. Anom kembali normal dan menyambung bercerita mengenai kisah silamnya.

Farah pelik apabila terselit satu nota dalam begnya, dia cuba membandingkan tulisan dalam nota tersebut dengan Anom dan Dr Nadeem tapi keduanya tidak sepadan. Farah tertanya-tanya siapa yg menghatar nota tersebut.

Anom pula curiga bila suaminya cuba menyembunyikan sesuatu dan apabila diperiksa, Anom menjumpai gambarnya dengan Dr Nadeem. tapi yg menarik perhatiannya adalah gambar ultrasound baby. Anom bingung dan tertanya-tanya adakah dia pernah mengandung sebelum ini. mengapa Anom tidak ingat semua itu?

sebenarnya apa masalah Anom sehingga mengalami emosi yg kronik dan siapakah Mona? apa yg Dr Nadeem cuba sembunyikan dalam bilik bawah tersebut? 

Review: Saka Nan Sepi (2020)


Filem : Saka Nan Sepi
Produksi : Alpha47 Films
Pengarah : Azri Azman, Razaisyam Rashid
Penulis Skrip : Razaisyam Rashid, Fatimah Ruzaimi, Azri Azman
Tayangan : 10 Disember 2020
Durasi : 86 minit
Pelakon : Namron, Sherry Al-Hadad, Syafiq Kyle, Mimi Lana, Han Zalini, Hushairi Husain

hari tu ternampak trailer filem Saka Nan Sepi di tv, bila tahu pengarah dia Razaisyam Rashid terus rasa nak tengok sebab semua cinematography dalam filem arahan Razaisyam sangat cantik.

Saka Nan Sepi

Saka Nan Sepi mengisahkan Othman (Namron) yg membawa keluarganya berkhemah di dalam hutan. Othman terlalu manjakan anak-anaknya sampaikan Ahmad Sufian (Syafiq Kyle) langsung tak boleh diharap, kerja dia main game dan bergaduh dengan mak tiri dia. Rozi (Mimi Lana) pula lebih suka buat hal sendiri.

Zaiton (Sherry Al-Hadad) seorang isteri yg cuba menyokong suaminya tapi dalam masa yg sama terasa juga bila anak-anak tiri dia tak hormat kat dia. lagi-lagi si Sufian yg suka cari pasal dengan Zaiton sebab mereka pernah sekelas dulu.

Rozi dirasuk saka ketika berkhemah dalam hutan tersebut, perangai tiba-tiba pelik semacam. dok keja sengih jaa, seram pula  keluarga dia tengok. Othman terus bawa Rozi berjumpa Tok Kassim untuk berubat, Rozi berjaya dipulihkan semula.

Saka Nan Sepi

ingatkan lepas berubat tu semua dah jadi ok tapi tak sangka pula saka ni mengikut sampai ke rumah mereka. sejak itu hidup Othman sekeluarga tak tenteram bila tak habis diganggu. saka ni pun dah buat rumah mereka macam rumah sendiri, siap pandai buka tv tengok kartun lagi..adoi..

lepas panggil seorang ustaz, baru mereka sekeluarga berani nak tegur saka ni. rupanya saka ni dari keturunan jin baik-baik yg nak berkawan tapi Othman sekeluarga dah salah faham. sejak itu saka dibela oleh keluarga Othman dan dilayan seperti anak sendiri dan diberi nama GirlBoy sebab si saka confius dengan identiti sendiri.

konflik mula terjadi apabila Tok Kassim mahu mengambil semula saka yg terlepas daripada simpanan dia.

Saka Nan Sepi

mula-mula aku ingatkan Saka Nan Sepi ni filem seram tapi tak sampai lima minit tengok terus tergelak sebab saka dia bodoh giler wei. adoi beza sangat saka ni dengan saka yg biasa kita tengok dalam citer melayu. saka ni jenis baka cacat sebab tu Rozi jadi hyper semacam bila kena rasuk. bercakap pun pakai kod morse tapi kelemahannya takut kucing, mudah terhibur dan ringan tulang.

semua pelakon pun memang best dan langsung tak ada masalah untuk bawa genre komedi. paling suka lakonan Namron sebab aku selaluny tengok dia bawa watak tegas dan ganas macam gangster tapi dalam ni alahai sentimental betul, bercakap pun kemain lembut macam mana la si sufianl tu tak besar kepala tapi memang kelakar la watak dia. overall, jalan cerita yg simple tapi menghiburkan.

filem Saka Nan Sepi boleh  ditonton di Astro First saluran 480 mulai 10 Disember 2020 dengan hanya RM15 sahaja. boleh juga tonton secara percuma tayangan perdana selama 30 minit di youtube channel Astro Shaw.

Sinopsis Drama Gerak Khas The Finale (TV3)

Gerak Khas The Finale

Drama : Gerak Khas The Finale
Produksi : Skop Production
Pengarah : Datuk Yusof Haslam
Siaran : TV3
Mula Tayangan : 4 Disember 2020
Episode : 28
Masa : Jumaat-Sabtu | 10.30 Malam
Pelakon : Erra Fazira, Norman Hakim, Salina Salibi, Izzat Mushtaq, Sheera Iskandar, Ungku Ismail, Farid Amirul, C. Kumaresan

Gerak Khas telah memasuki musim terakhir dan berpindah siaran dari RTM ke TV3 bermula 4 Disember 2020 dan memegang rekod sebagai siri yg paling lama bersiaran. 

Gerak Khas The Finale menampilkan barisan pelakon seperti Erra Fazira, Sheera Iskandar, Izzat Mushtaq, Norman Hakim dan ramai lagi. akan memulakan siarannya setiap hari Jumaat dan Sabtu jam 10.30 Malam, juga boleh ditonton secara percuma di website dan aplikasi iQiyi.

Gerak Khas The Finale memaparkan kes-kes jenayah yg kerap berlaku di dalam negara seperti rompakan, penculikan, pembunuhan dan sebagainya. Di bawah pimpinan DCP Datuk Helmi (Yusof Haslam), pasukan gerak khas berganding bahu untuk membanteras kes jenayah demi menjaga keamanan rakyat dan negara.

Episode 1 & 2 - Peluru Sesat

Pasukan polis menyiasat kes samun yg berlaku disyaki daripada penjenayah yg sama. Suatu malam, berlaku kes samun di sebuah ATM, Inpektor Izzat (Izzat Mushtaq) yg kebetulan berada di tempat kejadian mengejar penyamun tersebut bersama pasukannya.

Salah seorang penyamun tersebut melepaskan tembakan ke arah pasukan polis menyebabkan Izzat terpaksa menembak saspek. kes tersebut menjadi viral apabila polis tidak menjumpai pistol yg digunakan penjenayah dan netizen mengkritik anggota polis sengaja melepaskan tembakan ke arah orang awam.

kes bertambah rumit apabila identiti penyamun tersebut ialah Radhi, anak ahli politik berpengaruh Dato Rizman. Dato Rizman mahu menyaman PDRM dan Izzat kerana kecuaian mereka sehingga berlakunya kematian.

Inspektor Izzat direhatkan dari sebarang tugas buat sementara waktu. manakala pasukan polis kini memburu rakan jenayah Radhi dalam masa yg sama mereka mensyaki ada sesuatu tidak kena dengan Dato Rizman.

Sinopsis Drama Biar Mereka Cemburu (Astro Ria)

Sinopsis Drama Biar Mereka Cemburu (Astro Ria)

Drama : Biar Mereka Cemburu
Produksi : Global Station
Pengarah : Roslin Sharif
Penulis Skrip : Adzim Shahabudin, Ayuni Zamani, Baizura Kahar
Slot : Megadrama Astro Ria
Mula Tayangan : 1 Disember 2020
Episode : 16
Masa : Isnin-Khamis | 10.00 Malam
Pelakon : Aiman Hakim Ridza, Nabila Razali, Izzat Mushtaq, Bella Dowanna,
Aedy Ashraf, Rubini, Shah Rezza, Mas Anisa

Sinopsis Drama Biar Mereka Cemburu (Astro Ria)

Mengisahkan Nadia (Nabila Razali) yg bekerja sebagai penghantar makanan untuk sebuah kedai makan. Nadia meminati bidang photography tapi pada masa yg sama perlu mencari duit untuk menyara keluarganya di kampung.

Tengku Eidil (Aiman Hakim Ridza) pula anak kepada pemilik syarikat pengiklanan terkemuka yg hangat bercinta dengan Marsha Gordon. Eidil mempunyai masalah displin dan selalu lewat ke tempat kerja menyebabkannya sering ditegur oleh ayahnya.

Eidil sebenarnya dalam diam memberontak kerana ayahnya telah berkahwin lain. Eidil tidak suka dengan ibu tiri dan adik tirinya, Fetri (Aedy Ashraf).

Pertemuan Nadia dan Eidil bermula apabila Eidil yg sedang memandu terlanggar lopak air menyebabkan Nadia yg berhenti di tepi jalan kebasahan. Nadia tidak berpuas hati dengan Eidil dan cuba membalas dendam apabila bertemu dengan Eidil sekali lagi.

pada masa yg sama, Rustam (Izzat Mustaq) yg bekerja di kedai makan tersebut telah lama menyimpan perasaan pada Nadia. adakah Rustam dapat meluahkan perasaannya pada Nadia? apa yg akan berlaku apabila Aedil bertemu sekali lagi dengan Nadia? Nantikan episod seterusnya dalam Biar Mereka Cemburu.

Sinopsis Drama Cinta Sekali Lagi (TV3)

Sinopsis Drama Cinta Sekali Lagi (TV3)

Drama : Cinta Sekali Lagi
Produksi : Suhan Movies & Trading Sdn Bhd
Pengarah : Pali Yahya
Penulis Skrip : Nieza Nahar
Slot : Akasia TV3
Mula Tayangan : 4 November 2020
Episode : 28
Masa : Isnin-Jumaat | 7.00 Malam
Pelakon : Saharul Ridzwan, Nelydia Senrose, Hannah Delisha, Raja Afiq, Ezzaty Abdullah, 
Haziq Fadhullah, Dilla Ahmad, Haleeda Mazlin, Arash Mohd, Luqman Hafidz

Sinopsis Drama Cinta Sekali Lagi

Mengisahkan kehidupan dua beradik iaitu Amanda (Nelydia Senrose) dan Amani (Hannah Delisha). Amanda selalu dipersalahkan oleh Amani kerana telah menyebabkan kecederaan pada adiknya hingga mempunyai parut kekal di tangan. 

kerana kejadian tersebut, Amanda selalu berusaha untuk menjaga hati Amani. Amani pula tidak pernah suka pada Amanda dan selalu mahu lebih daripada Amanda dalam segala hal.

Amanda baru sahaja memulakan kerjayanya sebagai pereka di Anggun Jewels namun sejak hari pertama Amanda rasa terganggun dengan perangai Fahad yg agak kasar bila bercakap dengan perempuan dan mereka juga selalu berselisih pendapat.

suatu hari, Fahad disabatoj rakan sekerja yg membuatnya hampir hilang kerja tapi Amanda berjaya membuktikan yg Fahad tidak bersalah. sejak hari itu, hubungan mereka semakin rapat dan Fahad mula jatuh cinta pada Amanda dan menyatakan hasratnya untuk melamar Amanda.

satu persamaan antara Fahad dan Amanda ialah mereka selalu mengutamakan keluarga sendiri sehingga tak ada masa untuk mencari jodoh sendiri. mungkin kerana itu juga, mereka mudah serasi dan jatuh cinta antara satu sama lain.

Amani pula tidak sabar untuk berkahwin dengan Ungku Mukhlis kerana berangan untuk hidup mewah tambahan pula Mukhlis itu berketurunan kerabat dan mempunyai syarikat keluarga.

Bagi Puan Nazira pula, dia merasakan anak bongsunya terlalu muda untuk berkahwin dan Amani masih lagi belajar. Namun begitu, Puan Nazira terpaksa mengikut kemahuan Amani dan mengenakan syarat Amani dan Amanda perlu menikah pada hari yg sama.

Amani tidak puas hati apabila pada majlis pernikahan mereka, Amanda mendapat perhatian lebih daripada tetamu yg hadir dan majlis perkahwinannya juga tidak semewah yg dirancang kerana Mukhlis tidak mampu. 

Amanda dan Fahad semakin bahagia dengan perkahwinan mereka. lain pula dengan Amani yg selalu mengadu Mukhlis tidak melayannya dengan baik dan keluarga mertua sendiri tidak menyukai Amani.

padahal Amani tidak berpuas hati bila mengetahui yg Mukhlis tidak sekaya yg dia bayangkan dan Amani selalu buat perangai di depan keluarga mertuanya. sehingga keluarga Mukhlis sendiri tidak mahu ambil peduli mengenai masalah Amani dan Mukhlis.

Amani cemburu melihat kebahagian kakaknya. sejak itu dia selalu mencari jalan untuk bercerai dengan Mukhlis dan meraih simpati Fahad. selepas bercerai dengan Mukhlis, Amani mula mengatur strategi untuk merampas Fahad daripada Amanda walaupun terpaksa menggunakan jalan keji.

Nak tahu apa jadi seterusnya kena teruskan menonton episod seterusnya dalam drama Cinta Sekali Lagi. boleh juga tonton secara percuma drama Cinta Sekali Lagi melalui website atau aplikasi iQiyi.