Sinopsis Drama Cinta Sekali Lagi (TV3)

Sinopsis Drama Cinta Sekali Lagi (TV3)

Drama : Cinta Sekali Lagi
Produksi : Suhan Movies & Trading Sdn Bhd
Pengarah : Pali Yahya
Penulis Skrip : Nieza Nahar
Slot : Akasia TV3
Mula Tayangan : 4 November 2020
Episode : 28
Masa : Isnin-Jumaat | 7.00 Malam
Pelakon : Saharul Ridzwan, Nelydia Senrose, Hannah Delisha, Raja Afiq, Ezzaty Abdullah, 
Haziq Fadhullah, Dilla Ahmad, Haleeda Mazlin, Arash Mohd, Luqman Hafidz

Sinopsis Drama Cinta Sekali Lagi

Mengisahkan kehidupan dua beradik iaitu Amanda (Nelydia Senrose) dan Amani (Hannah Delisha). Amanda selalu dipersalahkan oleh Amani kerana telah menyebabkan kecederaan pada adiknya hingga mempunyai parut kekal di tangan. 

kerana kejadian tersebut, Amanda selalu berusaha untuk menjaga hati Amani. Amani pula tidak pernah suka pada Amanda dan selalu mahu lebih daripada Amanda dalam segala hal.

Amanda baru sahaja memulakan kerjayanya sebagai pereka di Anggun Jewels namun sejak hari pertama Amanda rasa terganggun dengan perangai Fahad yg agak kasar bila bercakap dengan perempuan dan mereka juga selalu berselisih pendapat.

suatu hari, Fahad disabatoj rakan sekerja yg membuatnya hampir hilang kerja tapi Amanda berjaya membuktikan yg Fahad tidak bersalah. sejak hari itu, hubungan mereka semakin rapat dan Fahad mula jatuh cinta pada Amanda dan menyatakan hasratnya untuk melamar Amanda.

satu persamaan antara Fahad dan Amanda ialah mereka selalu mengutamakan keluarga sendiri sehingga tak ada masa untuk mencari jodoh sendiri. mungkin kerana itu juga, mereka mudah serasi dan jatuh cinta antara satu sama lain.

Amani pula tidak sabar untuk berkahwin dengan Ungku Mukhlis kerana berangan untuk hidup mewah tambahan pula Mukhlis itu berketurunan kerabat dan mempunyai syarikat keluarga.

Bagi Puan Nazira pula, dia merasakan anak bongsunya terlalu muda untuk berkahwin dan Amani masih lagi belajar. Namun begitu, Puan Nazira terpaksa mengikut kemahuan Amani dan mengenakan syarat Amani dan Amanda perlu menikah pada hari yg sama.

Amani tidak puas hati apabila pada majlis pernikahan mereka, Amanda mendapat perhatian lebih daripada tetamu yg hadir dan majlis perkahwinannya juga tidak semewah yg dirancang kerana Mukhlis tidak mampu. 

Amanda dan Fahad semakin bahagia dengan perkahwinan mereka. lain pula dengan Amani yg selalu mengadu Mukhlis tidak melayannya dengan baik dan keluarga mertua sendiri tidak menyukai Amani.

padahal Amani tidak berpuas hati bila mengetahui yg Mukhlis tidak sekaya yg dia bayangkan dan Amani selalu buat perangai di depan keluarga mertuanya. sehingga keluarga Mukhlis sendiri tidak mahu ambil peduli mengenai masalah Amani dan Mukhlis.

Amani cemburu melihat kebahagian kakaknya. sejak itu dia selalu mencari jalan untuk bercerai dengan Mukhlis dan meraih simpati Fahad. selepas bercerai dengan Mukhlis, Amani mula mengatur strategi untuk merampas Fahad daripada Amanda walaupun terpaksa menggunakan jalan keji.

Nak tahu apa jadi seterusnya kena teruskan menonton episod seterusnya dalam drama Cinta Sekali Lagi. boleh juga tonton secara percuma drama Cinta Sekali Lagi melalui website atau aplikasi iQiyi.

16 comments:

  1. Sebut sahaja Suhan memang tidak asing di dalam perbikinan fillem dan drama tak asing di Malaysia. Dengan gabungan artis terbaik mesti meletop drama ini.. :)

    ReplyDelete
  2. my mom smlm kalut suh i cari online sbb dia terlepas nak tgk dekat tv hahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. install je iqiyi app kat phone nanti your mom boleh tengok hari2..haha

      Delete
    2. aah free apps. kalau nak subscribe pun boleh..haha

      Delete
  3. Cerita Nelly berlakon pasti letops!

    ReplyDelete
  4. Hanah Delisya jadi jahat itu pelik. Sebab Aien selalu tengok dia jadi baik je. Padan la dalam trailer dia marah betul dengan si Nelly tu.

    ps: Aien tak boleh tengok drama melayu, nanti emo terlebih. tak tahu kenapa. Haha

    ReplyDelete
  5. Mula-mula tengok macam clueless juga. Tapi bila dah baca sinopsis baru faham jugalah apa yang nak diceritakan

    ReplyDelete
  6. Btw, salam perkenalan Tiara. follower #385

    ReplyDelete
  7. Menarik tapi takut nak tengok sebab takut emo. Hihihi

    ReplyDelete
  8. aida folo citer ni.
    hmmmm apa la ekk akan jadik pada love & sayang tu.
    apa la amani nak buat.
    geram tgk si amani tu!

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah, geram juga dgn amani ni dapat kakak pula yg suka backup memang naik lemak la perangai dia.

      Delete
  9. Ada nampak drama ni dekat iQiyi..

    ReplyDelete