Sinopsis Drama Biar Mereka Cemburu (Astro Ria)

Sinopsis Drama Biar Mereka Cemburu (Astro Ria)

Drama : Biar Mereka Cemburu
Produksi : Global Station
Pengarah : Roslin Sharif
Penulis Skrip : Adzim Shahabudin, Ayuni Zamani, Baizura Kahar
Slot : Megadrama Astro Ria
Mula Tayangan : 1 Disember 2020
Episode : 16
Masa : Isnin-Khamis | 10.00 Malam
Pelakon : Aiman Hakim Ridza, Nabila Razali, Izzat Mushtaq, Bella Dowanna,
Aedy Ashraf, Rubini, Shah Rezza, Mas Anisa

Sinopsis Drama Biar Mereka Cemburu (Astro Ria)

Mengisahkan Nadia (Nabila Razali) yg bekerja sebagai penghantar makanan untuk sebuah kedai makan. Nadia meminati bidang photography tapi pada masa yg sama perlu mencari duit untuk menyara keluarganya di kampung.

Tengku Eidil (Aiman Hakim Ridza) pula anak kepada pemilik syarikat pengiklanan terkemuka yg hangat bercinta dengan Marsha Gordon. Eidil mempunyai masalah displin dan selalu lewat ke tempat kerja menyebabkannya sering ditegur oleh ayahnya.

Eidil sebenarnya dalam diam memberontak kerana ayahnya telah berkahwin lain. Eidil tidak suka dengan ibu tiri dan adik tirinya, Fetri (Aedy Ashraf).

Pertemuan Nadia dan Eidil bermula apabila Eidil yg sedang memandu terlanggar lopak air menyebabkan Nadia yg berhenti di tepi jalan kebasahan. Nadia tidak berpuas hati dengan Eidil dan cuba membalas dendam apabila bertemu dengan Eidil sekali lagi.

pada masa yg sama, Rustam (Izzat Mustaq) yg bekerja di kedai makan tersebut telah lama menyimpan perasaan pada Nadia. adakah Rustam dapat meluahkan perasaannya pada Nadia? apa yg akan berlaku apabila Aedil bertemu sekali lagi dengan Nadia? Nantikan episod seterusnya dalam Biar Mereka Cemburu.

9 comments:

  1. Tak sabar nk tgk drama nie..nabila klo berlakon manja..lps tu senyum je..

    ReplyDelete
  2. oh kat astro..xleh la nk tonton..rumah xde astro..

    ReplyDelete
  3. waa si handsome aiman hakim :)

    ReplyDelete
  4. macam comel je pairing nabila dengan aiman! Tapi heroin tetap status miskin dalam drama melayu ni haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu setting yg kena ada dalam drama melayu..haha

      Delete
  5. singgah sini.. tak tengok lg drama ni. baru tahu aiman hakim ada drama terbaru

    ReplyDelete
  6. Gandingan pelakon menjadikan drama ni best :)

    ReplyDelete
  7. Novel dia best.. Aritu baru dapat tengok sikit drama ini..

    ReplyDelete