Drama : Biar Mereka Cemburu
Produksi : Global Station
Pengarah : Roslin Sharif
Penulis Skrip : Adzim Shahabudin, Ayuni Zamani, Baizura Kahar
Slot : Megadrama Astro Ria
Mula Tayangan : 1 Disember 2020
Episode : 16
Masa : Isnin-Khamis | 10.00 Malam
Pelakon : Aiman Hakim Ridza, Nabila Razali, Izzat Mushtaq, Bella Dowanna,
Aedy Ashraf, Rubini, Shah Rezza, Mas Anisa
akhirnya habis juga drama Perempuan Tanpa Dosa yg dipanjangkan sehingga 33 episode. Biar Mereka Cemburu drama terbaru yg ditayangkan di slot Megadrama Astro Ria yg dibintangi oleh Aiman Halim Ridza dan Nabila Razalli.
Biar Mereka Cemburu sebuah drama adaptasi novel karya Anuar Darwisy, yg boleh ditonton setiap hari Isnin hingga Khamis jam 10.00 malam di Astro Ria dan juga boleh ditonton di aplikasi iQiyi atau website iq.com jam 11. malam.
Biar Mereka Cemburu mengisahkan Nadia (Nabila Razali) yg bekerja sebagai penghantar makanan untuk sebuah kedai makan. Nadia meminati bidang photography tapi pada masa yg sama perlu mencari duit untuk menyara keluarganya di kampung.
Tengku Eidil (Aiman Hakim Ridza) pula anak kepada pemilik syarikat pengiklanan terkemuka yg hangat bercinta dengan Marsha Gordon. Eidil mempunyai masalah displin dan selalu lewat ke tempat kerja menyebabkannya sering ditegur oleh ayahnya.
Eidil sebenarnya dalam diam memberontak kerana ayahnya telah berkahwin lain. Eidil tidak suka dengan ibu tiri dan adik tirinya, Fetri (Aedy Ashraf).
Pertemuan Nadia dan Eidil bermula apabila Eidil yg sedang memandu terlanggar lopak air menyebabkan Nadia yg berhenti di tepi jalan kebasahan. Nadia tidak berpuas hati dengan Eidil dan cuba membalas dendam apabila bertemu dengan Eidil sekali lagi.
pada masa yg sama, Rustam (Izzat Mustaq) yg bekerja di kedai makan tersebut telah lama menyimpan perasaan pada Nadia. adakah Rustam dapat meluahkan perasaannya pada Nadia? apa yg akan berlaku apabila Aedil bertemu sekali lagi dengan Nadia? Nantikan episod seterusnya dalam Biar Mereka Cemburu.
9 Comments
Tak sabar nk tgk drama nie..nabila klo berlakon manja..lps tu senyum je..
ReplyDeleteoh kat astro..xleh la nk tonton..rumah xde astro..
ReplyDeleteboleh tengok kat iqiyi kak shida :)
Deletewaa si handsome aiman hakim :)
ReplyDeletemacam comel je pairing nabila dengan aiman! Tapi heroin tetap status miskin dalam drama melayu ni haha
ReplyDeleteitu setting yg kena ada dalam drama melayu..haha
Deletesinggah sini.. tak tengok lg drama ni. baru tahu aiman hakim ada drama terbaru
ReplyDeleteGandingan pelakon menjadikan drama ni best :)
ReplyDeleteNovel dia best.. Aritu baru dapat tengok sikit drama ini..
ReplyDelete