Sinopsis Drama Gerak Khas The Finale (TV3)

Gerak Khas The Finale

Drama : Gerak Khas The Finale
Produksi : Skop Production
Pengarah : Datuk Yusof Haslam
Siaran : TV3
Mula Tayangan : 4 Disember 2020
Episode : 28
Masa : Jumaat-Sabtu | 10.30 Malam
Pelakon : Erra Fazira, Norman Hakim, Salina Salibi, Izzat Mushtaq, Sheera Iskandar, Ungku Ismail, Farid Amirul, C. Kumaresan

Gerak Khas telah memasuki musim terakhir dan berpindah siaran dari RTM ke TV3 bermula 4 Disember 2020 dan memegang rekod sebagai siri yg paling lama bersiaran. 

Gerak Khas The Finale menampilkan barisan pelakon seperti Erra Fazira, Sheera Iskandar, Izzat Mushtaq, Norman Hakim dan ramai lagi. akan memulakan siarannya setiap hari Jumaat dan Sabtu jam 10.30 Malam, juga boleh ditonton secara percuma di website dan aplikasi iQiyi.

Gerak Khas The Finale memaparkan kes-kes jenayah yg kerap berlaku di dalam negara seperti rompakan, penculikan, pembunuhan dan sebagainya. Di bawah pimpinan DCP Datuk Helmi (Yusof Haslam), pasukan gerak khas berganding bahu untuk membanteras kes jenayah demi menjaga keamanan rakyat dan negara.

Episode 1 & 2 - Peluru Sesat

Pasukan polis menyiasat kes samun yg berlaku disyaki daripada penjenayah yg sama. Suatu malam, berlaku kes samun di sebuah ATM, Inpektor Izzat (Izzat Mushtaq) yg kebetulan berada di tempat kejadian mengejar penyamun tersebut bersama pasukannya.

Salah seorang penyamun tersebut melepaskan tembakan ke arah pasukan polis menyebabkan Izzat terpaksa menembak saspek. kes tersebut menjadi viral apabila polis tidak menjumpai pistol yg digunakan penjenayah dan netizen mengkritik anggota polis sengaja melepaskan tembakan ke arah orang awam.

kes bertambah rumit apabila identiti penyamun tersebut ialah Radhi, anak ahli politik berpengaruh Dato Rizman. Dato Rizman mahu menyaman PDRM dan Izzat kerana kecuaian mereka sehingga berlakunya kematian.

Inspektor Izzat direhatkan dari sebarang tugas buat sementara waktu. manakala pasukan polis kini memburu rakan jenayah Radhi dalam masa yg sama mereka mensyaki ada sesuatu tidak kena dengan Dato Rizman.

13 comments:

  1. Eza tak catch up lagi cerita ni. Minat dari kecik kot. Gerak khas memang legend! :D

    ReplyDelete
  2. akak ada tengok minggu lepas tapi kecewa sebab zul aripin dah takde ganti lak orang baru... hmmm ingat final episod lagi kebabom tapi macam sama je, keciwa

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun dah lama xtengok cite ni. memang rasa masih sama je macam musim sebelum ni.

      Delete
  3. pelik juga kenapa season last dia kat tv3 ek hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah..tak tahu kenapa tiba2 tukar siaran ni..haha

      Delete
  4. x sempat tgok pd waktu siarannya jd abe kie download kat telegram je la. bila free buleh tonton....

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh tengok free je kat iqiyi abam kie, tak payah subscribe pun :)

      Delete
  5. i tgk bila dia tayang dekat tv.. tapi tak focus but dulu.. gerak khas la plg ditunggu2

    ReplyDelete
  6. Eh.. dah tukar channel.. kenapa agaknya..

    ReplyDelete