Drama China | Eternal Love (2017)

Drama China | Eternal Love (2017)

Title : Eternal Love
Year : 2017
Episodes : 58
Duration : 45 minutes
Cast : Yang Mi, Mark Chou, Dilraba Dilmurat, Vengo Gou, Huang Mengying,
Vin Zhang, Zhu Qudan, Lai Yi, Yu Menglong

SIPNOSIS

After a devastating war, the immortal tribe paid a heavy price to seal the demon lord. 70000 years later, in an attempt to re-seal the demon lord who broke free, Bai Qian was sent to the mortal realm. In the mortal world, she meets Ye Hua and falls in love with him after forgetting about her life as a goddess. Ye Hua gifts her the name of Su Su. Su Jin, who is jealous of Ye Hua's love for Bai Qian, intentionally creates a series of misunderstanding between them and causes Bai Qian to lose her eyes. 

Thinking that Ye Hua has betrayed her, the devastated Bai Qian jumps off from the Zhu Xian Terrace. At her request, all her memories have been erased and she forgets Ye Hua. Hundred years later, the two meets again as deities. Another lifetime another world, Ye Hua recognizes Bai Qian but the latter remains indifferent. Three lives three worlds, her and him, are they fated to bear an entangling love?

Drama China | Eternal Love (2017)

selepas drama Ashes of Love, aku tak nak tengok dah chinese drama genre macam ni tapi nah terjebak juga lepas tertengok video kat youtube.  Eternal Love drama epik fantasi tentang dunia dewa-dewi. apa yg aku boleh komen drama ni terlalu complicated, terlalu slow dan terlalu panjang sampai nak tulis review pun tetiba jadi tak reti. itu yg terperam je entry padahal drama ni aku dah habis tengok before drama Her Private Life.

banyak juga phase drama ni, first pengenalan watak Bai Qian yg menuntut ilmu dengan God of War, part ni memang slow sampai aku asyik nak give up je tengok. drama ni jadi best sikit bila Bai Qian hilang ingatan dan jadi manusia biasa dan hidup sebagai Su Su, waktu ni dia berjumpa dengan Ye Hua, Crown Prince of the Nine Heaven. Mereka jatuh cinta dan berkahwin tapi Su Su tak tahu Ye Hua ni deity masalah berlaku bila Raja dapat tahu Ye Hua dah kahwin dengan manusia biasa dan bawa Su Su ke dunia Ye Hua untuk dihukum bunuh tapi terselamat sebab waktu tu Su Su dah mengandung anak Ye Hua.

Ye Hua ni memang sangat cintakan Su Su tapi hubungan mereka makin problem bila Sujin yg dah lama suka pada Ye Hua selalu bagi batu api. sampai satu tahap Su Su dah tawar hati untuk hidup dengan Ye Hua makanya dia buat keputusan untuk terjun dari Zhuxian Terrace selepas melahirkan anak.kalau manusia biasa yg terjun dari Zhuxian Terrace ni akan mati tapi disebabkan Su Su asalnya deity so dia dapat balik ingatan dan kuasanya sebagai deity. bagi Bai Qian, hidup sebagai Su Su ni satu memori menyedihkan yg dia tak nak ingat langsung dan  Bai Qian buat keputusan untuk padam memori tersebut.

Drama China | Eternal Love (2017)

favourite part aku bila Bai Qian dan Ye Hua berjumpa semula. sebenarnya sebelum Ye Hua jumpa dengan Su Su, dia dah bertunang dengan Bai Qian disebabkan masing-masing selalu mengelak dari berjumpa. kalau dari awal mereka jumpa kan senang ni saja nak rumitkan keadaan (tetiba rasa nak marah!)

bila jumpa semula dah tentu Bai Qian tak ingat kehidupan dia sebagai Su Su tapi Ye Hua tahu yg Bai Qian dan Su Su ni orang yg sama. time ni dia cuba dapatkan balik cinta Bai Qian dan Ye Hua juga sanggup berkorban apa sahaja untuk tebus balik apa yg jadi pada Su Su dulu.

kalau Su Su jenis yg lembik dan senang kena buli tapi Bai Qian ni opposite, dia memang pantang bila orang cari pasal dengan dia bila dia tahu perangai buruk Sujin, dia tak teragak-agak nak balas dendam balik. satu masalah dengan Bai Qian ni dia keras hati sangat nak terima cinta Ye Hua tapi disebabkan ada anak Ye Hua (anak dia juga) Bai Qian jadi lembut hati sikit.

Drama China | Eternal Love (2017)

sebenarnya banyak konflik dalam drama ni yg melibatkan banyak watak tapi aku tak ada masa nak tengok drama ni secara details so ada juga few part yg aku tak berapa paham. storyline drama ni agak menarik tapi banyak juga part sendu yg buat the keseluruhan cerita agak meleret tapi normal la, chinese drama memang macam tu. bagi aku, aku tengok drama ni sebab bila dah start tengok nak juga tahu apa jadi pada hero dan heroin.

tengok drama yg ada episode yg banyak ni buat banyak skip part tak penting, drama ni pun aku tak skip beberapa episode yg last tu terus lompat episod terakhir sebab dah penat sangat nak layan just nak tahu ending dia macam mana. Eternal Love ni drama yg diadaptasi dari novel dan juga antara drama yg popular tapi sorry drama ni kurang kena sikit dengan aku, dengan episode yg panjang aku tak recommend sangat untuk tengok drama ni melainkan korang minat dengan chinese drama epik fantasi.

Cashzine | Buat Duit Dengan Membaca


Sekarang ni banyak cara untuk jana pendapatan melalui internet salah satunya melalui applikasi Cashzine. Cashzine ini ialah satu applikasi smartphone yg menyediakan pelbagai artikel menarik untuk dibaca di samping itu anda juga dapat menjana side income hanya dengan membaca dan berkongsi artikel tersebut.

Caranya mudah sahaja :
  1. Download dan install Cashzine di smartphone anda.
  2. sign up dengan mengguna email
  3. Read dan share artikel yg anda baca untuk kumpul coin.

untuk setiap coins yg dikumpul anda dapat tukarkan kepada ringgit dan masukkan terus ke dalam akaun dengan syarat coins tersebut sudah mencukupi nilai yg hendak ditukarkan itu.


oh iye kalau korang baru nak buka akaun boleh gunakan invitation code aku ini untuk dapatkan 800 coins sebagai permulaan.

senang je kan nak buat duit so marilah join Cashzine ni sekali, sambil membaca dapat juga buat duit tambahan yg penting kena ada usaha dan rajin.

Sinopsis Drama Setelah Terlafaznya Akad (Astro Ria)

Sinopsis Drama Setelah Terlafaznya Akad (Astro Ria)

Drama : Setelah Terlafaznya Akad
Slot : Megadrama Astro Ria
Masa : Isnin-Khamis | 10.00 Malam
Pelakon : Uqasha Senrose, Kamal Adli, Zeera Azizi, Nadya Shahera, Erwin Dawson, Zulhemy, Azza Suaymi, Sharifah Shahora, Norlia Ghani

Sinopsis Drama Setelah Terlafaznya Akad (Astro Ria)

Mengisahkan Hanan yg terpaksa berkahwin dengan pilihan ibunya iaitu Nawal selepas bercerai dengan Hani. Nawal pula terpaksa menerima pinangan keluarga Hanan untuk menutup rahsia besar. Selepas berkahwin hati Hanan masih tetap pada bekas isterinya dan juga anaknya Qalish kerana terlalu ingin mendapatkan Hani, Hanan tak sedar yg Nawal banyak berkorban dan terluka.

Setelah melafazkan talak kepada Nawal, barulah Hanan sedar tentang perasaannya terhadap Nawal walaupun Nawal tidak sempurna tetapi Nawal yg mampu melengkapkan hidupnya. Hanan tekad untuk melupakan Hani dan mendapatkan semula Nawal dan bermulah ekspedisi Hanan untuk meraih cinta dan kepercayaan Nawal semula.

Her Private Life


Title : Her Private Life
Director : Hong Jong Chan
Writer : Kim Sung Yeon
Network : TVN
Episode : 16
Duration : 60 minutes
Cast : Park Min Young, Kim Jae Wook, Ahn Bo Hyun, Kim Bo Ra,
One, Park Jin Hoo, Hong Seo Young


untuk pertama kali dapat lihat Kim Jae Wook pegang watak utama dan juga berlakon dalam drama genre romantik komedi. yg aku perasan dia bayak ambil watak berat dan watak yg paling aku ingat sudah tentu watak psiko dalam drama Voice. so dalam Her Private Life bergandingan pula dengan Park Minyoung sudah tentu cerita dia lagi best dan menarik.

Her Private Life mengisahkan Sung Deokmi yg bekerja sebagai curator di sebuah art gallery, Deokmi memang sangat berdedikasi dengan kerjanya sebab dari kecil lagi dia minat melukis tapi bakat tu terhalang sebab tangan dia ada masalah. rahsia Deokmi yg orang lain tak tahu. dia adalah peminat nombor satu Cha Sian anggota kumpulan Ocean White. so kerja fangirl ni dia buat secara sembunyi sebab bukan semua orang atau masyarakat sekeliling yg faham dengan passion seorang fangirl.


suatu hari, galeri tempat Deokmi bekerja telah menerima seorang director baru iaitu Ryan Gold yg baru pulang ke korea. Ryan membuat keputusan untuk bekerjasama denga Cha Sian untuk satu pameran seni.

apabila Deokmi dengar projek kerjasama dengan Cha Sian perghh dia punya happy memang tak terkata tapi dalam masa yg sama kena coverline perasaan excited sebab tak nak rakan sekerja lain tahu rahsia dia.

tapi masalah lain pula berlaku apabila ada skandal besar mengatakan Deokmi bercinta dengan Cha Sian. lkisahnya manager Cha Sian upload gambar dari meeting tersebut, gambar Cha Sian sahaja ok tapi fans dia punya level kalah FBI bila diorang zoom gambar tu terpantul gambar perempuan di cermin. mula tu berita ni tak terkesan pada Deokmi sebab muka dia tak clear tapi keadaan menjadi buruk bila Sindy salah seorang fan yg juga stalker Cha Sian ambil gambar Deokmi keluar dari rumah Cha Sian. keadaan jadi makin tak terkawal kesannya juga Deokmi teruk kena serang dengan fans yg lain.


Ryan selaku ketua dan juga orang yg berada di tempat kejadian rasa marah juga bila Deokmi kena serang. yg buat dia geram juga bila pihak Cha Sian tak buat sebarang tindakan untuk protect Deokmi daripada fans yg tengah gila waktu tu. bagi menenangkan keadaan Ryan beri cadang supaya mereka berlakon sebagai pasangan kekasih. walaupun idea tu nampak kurang bijak dengan hubungan mereka bukan baik sangat tapi Deokmi terima juga cadangan Ryan.


Ryan sebenarnya seorang pelukis terkenal di Amerika tapi bersara selepas tak boleh melukis lagi, dia balik ke korea pun sebab terima tawaran untuk jadi director di galeri seni. Ryan ni jenis tak mesra sangat sebab tu Deokmi tak sebulu dengan dia siap panggil Ryan, lion. memang perangai Ryan ni agak annoying time awal-awal tu.

Ryan ni banyak salah faham dengan Deokmi tapi yg aku suka pasal Ryan ni, dia tak malu nak minta maaf dan mengaku kesilapan sendiri. yg best juga bila Ryan secara tak sengaja tahu rahsia Deokmi tapi pura-pura tak tahu. yg tak boleh blah siap follow Deokmi pergi fans meeting lepas tu protect Deokmi daripada Sindy. kiranya banyak juga benda yg dia buat untuk Deokmi sampai bukan Deokmi je yg jatuh cinta, aku pun sekali jatuh cinta dengan Ryan juga..hehe


overall, Her Private Life antara drama rom-com yg best untuk dilayan sebab jalan cerita yg menarik dan santai dan juga wajib tengok. drama ni bukan cerita pasal aktiviti fangirling semata-mata tapi juga tentang family, friendship, career dan juga percintaan Deokmi dan Ryan. aku suka dengan relationship antara Deokmi dan Ryan yg saling memahami, saling support each other so kisahnya tak berat sebab semua problem mereka boleh selesai dengan cara yg baik.

Berjaya Buka Akaun Adsense


Selamat Hari Raya..

sekarang ni memang dalam mood raya alih-alih dah nak masuk ahad, malasnya nak masuk kerja. nak tambah cuti lagi seminggu boleh tak..hehe

so good news for me untuk 1 syawal bukan setakat sambut raya tapi juga bila dapat email bagitahu akaun adsense aku dah dilulus. alhamdulillah ada rezeki untuk buat side income sikit dengan blogging.

sebenar dah lama juga ada niat nak apply adsense atau nuffnang ni tapi bila masuk bab ni aku tak reti, baca pasal benda ni memang sampai ke sudah tak paham. ditambahkan pula trafik blog aku tak meriah sangat dan tuan dia sendiri tak rajin nak naikkan pageviews so niat nak buat side income selalu tertangguh dan jadi angan-angan kosong sahaja.


at last, aku  try apply juga adsense, aku tak ingat aku apply ni sebelum ramadhan atau dah masuk ramadhan lebih kurang sebulan juga la tunggu ingatkan lambat lagi nak approve tapi syukur sangat time raya dapat email yg bagitahu akaun adsense aku dah diluluskan.

tapi problem..

bila buka adsense aku asyik nampak warning ni je. aku dah pening sebenarnya. aku dah copy code dalam html, dah enable ads.txt file dalam monetization tapi masih lagi ada benda ni. kalau korang tahu macam mana nak fix this issues please bagitau sat sesungguhnya aku dah give up nak solve problem ni. sekarang aku just nak tunggu earning ni naik, kalau tak naik juga tak tahu la wei, pening nak pikir.

akhir kata, di bulan yg bulan yg mulia ni Tiara Sapphire nak mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri.. kalau ada tulisan di blog ni mengguris perasaan anda minta maaf zahir & batin ye 😉