Drama China | Eternal Love (2017)

Drama China | Eternal Love (2017)

Title : Eternal Love
Year : 2017
Episodes : 58
Duration : 45 minutes
Cast : Yang Mi, Mark Chou, Dilraba Dilmurat, Vengo Gou, Huang Mengying,
Vin Zhang, Zhu Qudan, Lai Yi, Yu Menglong

SIPNOSIS

After a devastating war, the immortal tribe paid a heavy price to seal the demon lord. 70000 years later, in an attempt to re-seal the demon lord who broke free, Bai Qian was sent to the mortal realm. In the mortal world, she meets Ye Hua and falls in love with him after forgetting about her life as a goddess. Ye Hua gifts her the name of Su Su. Su Jin, who is jealous of Ye Hua's love for Bai Qian, intentionally creates a series of misunderstanding between them and causes Bai Qian to lose her eyes. 

Thinking that Ye Hua has betrayed her, the devastated Bai Qian jumps off from the Zhu Xian Terrace. At her request, all her memories have been erased and she forgets Ye Hua. Hundred years later, the two meets again as deities. Another lifetime another world, Ye Hua recognizes Bai Qian but the latter remains indifferent. Three lives three worlds, her and him, are they fated to bear an entangling love?

Drama China | Eternal Love (2017)

selepas drama Ashes of Love, aku tak nak tengok dah chinese drama genre macam ni tapi nah terjebak juga lepas tertengok video kat youtube.  Eternal Love drama epik fantasi tentang dunia dewa-dewi. apa yg aku boleh komen drama ni terlalu complicated, terlalu slow dan terlalu panjang sampai nak tulis review pun tetiba jadi tak reti. itu yg terperam je entry padahal drama ni aku dah habis tengok before drama Her Private Life.

banyak juga phase drama ni, first pengenalan watak Bai Qian yg menuntut ilmu dengan God of War, part ni memang slow sampai aku asyik nak give up je tengok. drama ni jadi best sikit bila Bai Qian hilang ingatan dan jadi manusia biasa dan hidup sebagai Su Su, waktu ni dia berjumpa dengan Ye Hua, Crown Prince of the Nine Heaven. Mereka jatuh cinta dan berkahwin tapi Su Su tak tahu Ye Hua ni deity masalah berlaku bila Raja dapat tahu Ye Hua dah kahwin dengan manusia biasa dan bawa Su Su ke dunia Ye Hua untuk dihukum bunuh tapi terselamat sebab waktu tu Su Su dah mengandung anak Ye Hua.

Ye Hua ni memang sangat cintakan Su Su tapi hubungan mereka makin problem bila Sujin yg dah lama suka pada Ye Hua selalu bagi batu api. sampai satu tahap Su Su dah tawar hati untuk hidup dengan Ye Hua makanya dia buat keputusan untuk terjun dari Zhuxian Terrace selepas melahirkan anak.kalau manusia biasa yg terjun dari Zhuxian Terrace ni akan mati tapi disebabkan Su Su asalnya deity so dia dapat balik ingatan dan kuasanya sebagai deity. bagi Bai Qian, hidup sebagai Su Su ni satu memori menyedihkan yg dia tak nak ingat langsung dan  Bai Qian buat keputusan untuk padam memori tersebut.

Drama China | Eternal Love (2017)

favourite part aku bila Bai Qian dan Ye Hua berjumpa semula. sebenarnya sebelum Ye Hua jumpa dengan Su Su, dia dah bertunang dengan Bai Qian disebabkan masing-masing selalu mengelak dari berjumpa. kalau dari awal mereka jumpa kan senang ni saja nak rumitkan keadaan (tetiba rasa nak marah!)

bila jumpa semula dah tentu Bai Qian tak ingat kehidupan dia sebagai Su Su tapi Ye Hua tahu yg Bai Qian dan Su Su ni orang yg sama. time ni dia cuba dapatkan balik cinta Bai Qian dan Ye Hua juga sanggup berkorban apa sahaja untuk tebus balik apa yg jadi pada Su Su dulu.

kalau Su Su jenis yg lembik dan senang kena buli tapi Bai Qian ni opposite, dia memang pantang bila orang cari pasal dengan dia bila dia tahu perangai buruk Sujin, dia tak teragak-agak nak balas dendam balik. satu masalah dengan Bai Qian ni dia keras hati sangat nak terima cinta Ye Hua tapi disebabkan ada anak Ye Hua (anak dia juga) Bai Qian jadi lembut hati sikit.

Drama China | Eternal Love (2017)

sebenarnya banyak konflik dalam drama ni yg melibatkan banyak watak tapi aku tak ada masa nak tengok drama ni secara details so ada juga few part yg aku tak berapa paham. storyline drama ni agak menarik tapi banyak juga part sendu yg buat the keseluruhan cerita agak meleret tapi normal la, chinese drama memang macam tu. bagi aku, aku tengok drama ni sebab bila dah start tengok nak juga tahu apa jadi pada hero dan heroin.

tengok drama yg ada episode yg banyak ni buat banyak skip part tak penting, drama ni pun aku tak skip beberapa episode yg last tu terus lompat episod terakhir sebab dah penat sangat nak layan just nak tahu ending dia macam mana. Eternal Love ni drama yg diadaptasi dari novel dan juga antara drama yg popular tapi sorry drama ni kurang kena sikit dengan aku, dengan episode yg panjang aku tak recommend sangat untuk tengok drama ni melainkan korang minat dengan chinese drama epik fantasi.

1 comment:

  1. Drama epik ini yang best tengok costume diorang.. cantik-cantik.. Tapi kalau story slow, memang tak tengoklah..

    ReplyDelete