Sinopsis Drama Utusan Cinta Buat Adam (TV3)

Sinopsis Drama Utusan Cinta Buat Adam (TV3)

Drama : Utusan Cinta Buat Adam
Slot : Akasia TV3
Masa : Isnin-Jumaat | 7.00 Malam
Pelakon : Kamal Adli, Puteri Aishah, Sharifah Sakinah

Sinopsis Drama Utusan Cinta Buat Adam

Sebuah drama adaptasi novel mengisahkan seorang arkitek muda iaitu Aireen Husna yg sering ternampak Adam Firdaus di masjid yg dia singgah. walaupun tidak mengenali lelaki itu, Aireen mula jatuh hati pada Adam lalu bila mengetahui Adam anak kenalan maciknya, Aireen membuat keputusan untuk melamar Adam.

Adam bingung apabila menerima lamaran Aireen kerana jarang dalam adat melayu perempuan meminang lelaki. Adam juga dalam dilema dan rimas apabila Tok Wan sering mendesaknya untuk berkahwin dengan cucu angkat kesayangan Tok Wan iaitu Liyana. Akhirnya, Adam membuat keputusan untuk menerima lamaran Aireen walaupun tidak pernah melihat wajah gadis yg melamarnya itu.

keputusan Adam tersebut telah mengembirakan ahli keluarnya yg mahu melihatnya mendirikan rumah tangga kecuali Tok Wan. Tok Wan sangat marah apabila Adam menolak Liyana dan dia cuba menghalang perkahwinan tersebut namun tidak berjaya.

Perkahwinan Adam dan Aireen sangat bahagia walaupun mereka bukan berkahwin atas dasar cinta, mereka saling melengkapi dan saling memahami dalam menjalani fasa baru kehidupan mereka. apabila perkahwinan mereka memasuki bulan ketiga, Tok Wan mula campur tangan dan mempersoalkan kenapa Aireen belum mengandung.

Tok Wan mula mendesak Adam untuk berkahwin dengan Liyana apabila mengetahui Aireen mempunyai masalah untuk hamil tetapi Adam tetap bertegas isterinya cuma Aireen dan tidak akan menduakanya. bengang dengan sikap Adam yg terus membantah keputusannya, Tok Wan mula mencari alternatif lain untuk memisahkan pasangan tersebut. Liyana yg terpengaruh dengan Tok Wan juga turut menghantar sihir untuk menganggu pasangan tersebut.

6 comments:

  1. Ada tertengok iklan dia.. nampak macam menarik..

    ReplyDelete
  2. i wonder if this is worth to watch or not uhuhu

    ReplyDelete
  3. Ika tgh skip skip hehe.nak kena tgk bbtul hehe :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun tak tengok betul, kalau sempat tengok je la kat tv kalau terlepas tak rajin nak tengok balik.

      Delete
  4. menarik bila tgk barisan pelakon nyer, tiara.
    but tu la, time siaran nyer tak kena.
    sibuk ke hulu ke hilir dlm rumah :)
    aduhai.

    ReplyDelete