Novel | Aku Mahu Kamu


Novel : Aku Mahu Kamu
Penulis : Aleya Aneesa
Helaian : 498
Penerbit : Alaf 21
Terbitan : 2010

Aku Mahu Kamu ni novel lama dari zaman belajar dulu. aku ni jenis yg sayang giler dengan buku yg aku beli, sampai sekarang aku tak pernah decide nak jual novel lama hurmm maybe next time hurmmm tak tahu bila. time kemas bilik hari tu ternampak buku ni so decide nak baca sebab dah lupa cerita dia macam mana. 

aku baca buku ni mula bahagian tengah bila dah start konflik so dalam semalam pun dah boleh habiskan. Aku Mahu Kamu mengisahkan perkahwinan Ziyad dan Qisya yg bahagia ditambah pula dengan kehadiran cahaya mata, Faiq yg menyerikan lagi kehidupan mereka. rumah tangga mereka diuji apabila anak mereka meninggal, Ziyad susah nak terima hakikat itu dan menyalahkan Qisya atas apa yg terjadi.

part ni memang sedih sangat, Qisya sebagai ibu sudah tentu sedih tapi bila suami langsung tak nak bercakap sampai sakit pun tak dilayan so dia decide untuk tinggalkan Ziyad. cerita bertambah menarik bila mereka berjumpa empat tahun kemudian, time ni Qisya kembali untuk tengok anak dia. Ziyad pula nak pujuk balik Qisya, dia pun rasa bersalah juga sebab dah abaikan perasaan Qisya dulu.

aku tak tahu sweet macam mana part sebelum mereka kahwin tu (sebab malas nak baca dari awal) tapi yg belakang tu memang sedih betul, sampai menangis pun ada la juga. kejamnya Ziyad sebab tak boleh nak terima takdir dan terus menyalahkan isteri sendiri, kejamnya Ziyad sampai isteri sendiri mengandung dan lahirkan anak kedua pun tak tahu. Qisya pula rela berkorban untuk Ziyad dengan melepaskan anak yg baru dilahirkan untuk Ziyad.

bagi aku, novel ni memang best walaupun konflik dan emosi dalam novel ni agak berat juga tapi isu kekeluargaan yg dibangkitkan memang menarik. dalam novel ni bukan tentang percintaan antara Ziyad dan Qisya semata-mata tapi juga tentang kasih sayang seorang ibu, yg kehilangan anak dan juga terpaksa berkorban lepaskan anak yg dikandungnya untuk melihat orang yg disayanginya dapat tersenyum semula.

4 comments:

  1. ala baru nak tau ending dia macam mana. hehe

    ReplyDelete
  2. akan cuba cari masa nak baca novel kembali...

    ReplyDelete
  3. macam best je, kalau ada drama adaptasi dari novel ni best jugak ni

    ReplyDelete
  4. Macam menarik.. Kalau zaman sekolah dulu, novel alaf 21 ini memang antara novel kesukaan untuk dibaca..

    ReplyDelete