Cara Daftar Akaun Ookbee Buffet


Cara Daftar Akaun Ookbee Buffet | Pernah dengar tak mengenai aplikasi OokBee Buffet? aku tahu pasal Ookbee ni pun bila kak Sha mention di blog dia. dah lama juga nak guna Ookbee tapi tiap kali nak download asyik terlupa nama apps ni, itu yg baru sekarang dapat install dan usha aplikasi ni. 

Ookbee Buffet ialah aplikasi e-book yg membolehkan anda akses kepada 2000 bahan bacaan digital seperti majalah, surat khabar, komik, novel dan banyak lagi buku terbitan daripada Karangkraf, Dewan Bahasa Pustaka, Fixi, Gempk Starz dan Utusan Karya. kalau korang nak cari novel daripada Karya Seni, harap maaf belum ada lagi dalam sistem Ookbee.

untuk membaca bahan bacaan digital di Ookbee Buffet ada dua pakej yg ditawarkan iaitu basic dan premium. pakej basic ini terhad kepada majalah sahaja manakala untuk mendapatkan lebih banyak bahan bacaan seperti buku dan surat khabar bolehlah memilih pakej premium. harga yg ditawarkan dalam pakej premium ialah RM15.90 untuk sebulan dan RM 169.90 untuk setahun.


Perlu bayar atau bolehkah baca secara percuma di aplikasi Ookbee Buffet?

sebenarnya aku ada terbaca yg bahan bacaan di Ookbee Buffet ialah percuma sekali bila install dan nampak kena bayar terus rasa nak uninstall balik sebab rasa sayang duit. aku juga bukan jenis yg suka sangat baca e-book dan mengadap skrin lama-lama tapi bila mood membaca tu datang baru aku cari buku digital.

makanya aku google balik kot la aku tersalah baca atau tersilap app. ok tak memang betul kita boleh membaca secara percuma di Ookbee Buffer dengan cara mendaftar sebagai ahli u-Pustaka. untuk pengetahuan anda, Perpustakaan Negara Malaysia telah melanggan Ookbee Buffet dan apabila kita menjadi ahli pustaka secara tak langsung kita dapat keistimewaan untuk mengaksess bahan bacaan digital yg ada di Ookbee Buffet.


Cara Daftar Akaun Ookbee Buffet
  1. Daftar sebagai ahli pustaka dahulu di www.u-pustaka.gov.my kalau sudah menjadi ahli boleh skip step ni.
  2. Aktifkan akaun Ookbee Buffet di corporate.ookbee.com/pnm/activate. masukkan email yg sama korang daftar di u-pustaka tadi dan buat akaun untuk Ookbee.
  3. Download aplikasi Ookbee Buffet di smartphone.
  4. Log in aplikasi Ookbee Buffet dengan akaun yg telah diaktifkan tersebut.
maaflah tak ada gambar, aku lupa nak printscreen sebab tak teringat pula nak buat entry pasal ni. 

bagi aku, memang best menggunakan aplikasi Ookbee Buffet sebab kita boleh baca secara buffet iaitu tidak terhad dan kita boleh aksess banyak buku dalam satu masa dan tiada tempoh masa untuk membaca setiap buku. kiranya tak leceh macam aplikasi PNM e-reader nak kena tunggu giliran pastu ada limit masa dan limit buku juga untuk setiap buku yg dipinjam dalam satu masa.

Selamat mendaftar sebagai pengguna Ookbee Buffet.
Selamat Membaca!

24 comments:

  1. Terima kasih atas info ini..sangat berguna...jom membaca

    ReplyDelete
  2. Oh baru tahu. Jadi dah senang la sebab kak dah jadi ahli u-pustaka 😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. iye kak umi, masukkan email yg kita daftar di u-pustaka untuk aktifkan akaun ookbee :)

      Delete
  3. baru semalam usha lepas baca entry kak sha, tapi bila tengok kena langgan memang terus close tab hahahha... maklumlah, kita still tanam anggur kan hehe... tapi based on entry ni macam free pulak, ke su salah faham ?

    ReplyDelete
  4. Wow nice.. bgsnya membaca.. kalai ade online xperlu bawak bukj da

    ReplyDelete
  5. wah bagus ni, terima kasih info ini, jom amalkan membaca..

    ReplyDelete
  6. wah..bagus menarik ni. boleh jgk isi masa lapang mmbaca kat app ni

    ReplyDelete
  7. bestnye !! I love reading apps

    ReplyDelete
  8. Aien dah uninstall since malas nak langgan. Ohh,, gitu rupanya. Okay, boleh install balik Haha

    ReplyDelete
  9. Cumanya lupa nak cakap.. Ada had tempoh untuk bacaan percuma tu.. Tak pasti berapa lama.. Kalau tengok email macam sekejap je.. Tapi akak masih boleh membaca sampai sekarang.. Nanti akak kongsikan di blog..

    ReplyDelete
    Replies
    1. alaaa ada limit masa ke? tak tahu pula sebab tak baca lagi buku kat situ..hehe

      Delete
  10. Terima kasih utk info ini. Biasa baca kat wattpad je. Tapi baca online tak puas, kena cari bukunya juga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah lagi puas baca buku fizikal tapi sekali sekala nak jimat duit bolehlah baca online..hehe

      Delete
  11. menariknya... kene try jugak lah nih...

    ReplyDelete
  12. omg, ini sangat membantu! thanks tau! nak kene daftar u-pustaka dulu!

    ReplyDelete
  13. Ape nak buat lepas dah bayar tu ek?

    ReplyDelete
  14. Ape nak buat lepas dah bayar tu? Macam mane nak bace buku tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. pilih buku yg nak baca pastu klik read now atau add to library utk save buku yg kita baca dalam my library.

      Delete