Review Telefilem: Mak Nak Peluk Boleh (TV3)

Review Telefilem: Mak Nak Peluk Boleh (TV3)

Telefilem Mak.. Nak Peluk Boleh telah ditayangkan di slot cerekerama pada 4 Januari 2020. tertarik juga nak tengok cerekarama ni sebab pelakon utamanya ialah Nasha Aziz dan Rita Rudaini, hujung minggu baru sempat tengok drama ni di youtube. Telefilem ini di bawah arahan Rashid Sibir dan antara barisan pelakonnya ialah Norman Hakim, Fizz Fairuz dan Ruminah Sidek.

Mak..Nak Peluk Boleh mengisahkan Daisy (Nasha Aziz) yg membuka pusat jagaan kanak-kanak jadi macam-macam la ragam anak dan perangai mak bapak yg dia jumpa salah seorangnya Syafikah. Daisy mempunyai seorang tunang tetapi dia selalu meminta perkahwinan mereka ditangguhkan kerana ada trauma yg Daisy masih simpan hingga kini.

Syafikah (Rita Rudaini) baru berpindah ke Kuala Lumpur bersama anaknya Nelly kerana berjaya dinaikkan pangkat, suaminya pula masih lagi tinggal di Sarawak kerana bekerja di sana. kesibukan kerja dan pada masa yg sama terpaksa menguruskan anak menyebabkan Syafikah selalu moody dan melepaskan kemarahan kepada Nelly. Daisy yg melihat keadaan tersebut cuba memberi nasihat namun Syafikah berasa rimas dan menganggap Daisy seorang yg busybody.

Review Telefilem: Mak Nak Peluk Boleh (TV3)

zaman moden ni mak-mak ada kerjaya yg hebat tapi kerana terlalu pentingkan kerjaya secara tak sedar mereka dah abaikan perasaan anak-anak. mungkin bagi ibu bapa sediakan makanan, pakaian dan pelajaran itu dah cukup padahal anak-anak cuma nak perhatian sahaja, salah sikit habis kena marah..huhu

serius cakap banyak part dalam cerita ni yg memang deep sekali kalau orang yg jenis hati kering je tak menangis tengok drama ni.  tambahan pula lakonan daripada pelakon senior memang mantap dan terbaik termasuk pelakon cilik yg pegang watak Nelly. Mak..Nak Peluk Boleh sebuah drama yg penuh emosi dan pengajaran dan mungkin juga sebagai satu teguran buat ibu bapa yg terlalu sibuk dengan kerjaya.

15 comments:

  1. tu la, memang bertakung air mata tengok telefilem ni T_T

    ReplyDelete
  2. Beeha baru tgok 10 minit awal pastu berhenti sebab kena buat kerja. Kena sambung tengok balik nih.

    ReplyDelete
  3. nak tengok, nasha n rita, my faberet 😁

    ReplyDelete
  4. macam best, nanti nak try tengok lah

    ReplyDelete
  5. macam best, tapi takut bergenang ayek mata. °_°

    ReplyDelete
  6. Lembut sgt nasha.. tp bgs drama ni bg pengajaran utk semua org mghargai sesuatu sblm hilang.. anak adalah amanah.. part pling sedih masa tb anak nasha (ashman) mintak kawan die jadi mak..sb nk peluk..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul2. part paling sedih bila daisy buka cerita pasal anak dia..huhu

      Delete
  7. mcm menarik.. boleh layan nt..

    ReplyDelete
  8. Cerita ni sedih tapi tak tau nape tak feel dengan nasha aziz.

    ReplyDelete
  9. Kalau tengok ni conform berjurai-jurai air mata nie.. huhuhu

    ReplyDelete
  10. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  11. Mak aih. baca ni pun mcm nak nangis. sendu mengenang anak buah mengeluh, "auntie busy jeeeeee manjang". huhu

    Lifestyle Blog | The Grey Lines Between

    ReplyDelete
  12. assalamualaikum... selamat tahun baru 2020... maaf laa baru sempat nak datang jenguk ke blog ni... insya allah sy akan kembali fokus sm mcm sebelum ni.... harap2 tak serik utk terjah blog sy nanti ya...

    ReplyDelete
  13. Mama kalau tgk ni confirm nangis huhuu

    ReplyDelete