Sinopsis Telapak Waktu (TV9)

Sinopsis Telapak Waktu (TV9)

Telefilem : Telapak Waktu
Produksi : Primework Studio
Pengarah : Raja Mukhriz
Idea Asal : Sheikh Afzal
Siaran : TV3
Tayangan Asal : 30 Mac 2019
Pelakon : Hazama, Wanna Ali, Rosnah Johari, Sharifah Shahora, Aman Graseka, Kodi Rasheed, Amka Shahal

Sinopsis Telefilem Telapak Waktu

Mengisahkan Syafiq lakonan Hazama, seorang anak yang suka melawan ibu bapany dan gemar menghabiskan masa dengan aktiviti tidak berfaedah seperti melepak dengan geng motornya. 

Suatu hari, Syafiq terlibat dalam kemalangan jalan raya dan dijaga rapi oleh seorang gadis bernama Cempaka (Wanna Ali). Setelah sembuh, Syafiq kembali semula ke pangkuan keluarganya dan berubah menjadi manusia yang lebih baik.

Syafiq yang sudah terjatuh cinta dengan Cempaka pergi semula ke kampung tersebut untuk mencari Cempaka namun dia baru menyedari kampung tersebut tidak wujud.

Sinopsis Rekah Di Jari Kak Long (TV2)

Sinopsis Rekah Di Jari Kak Long (TV2)

Telefilem : Rekah Di Jari Kak Long
Produksi : Early Bird Production
Pengarah : Shuhaimi Zulkefli
Penulis Skrip : Naza Manas
Siaran : TV2
Tayangan : 30 Januari 2024
Masa : Selasa | 9.00 Malam
Pelakon : Nazeera Sardi, Beto Kusyairy, Putri Qaseh Izwandy, Mzul Helmy, Ayu Ayuni, Zack Zabhas, Shamer Rashid, Zainol Ismail, Hakimi Rejab, Azeman Ani, Ghazali Isa, Jismani Hassan, Faris Ebni

Sinopsis Telefilem Rekah Di Jari Kak Long 

Mengisahkan Kak Long (Nazeera Sardi) menggalas tanggungjawab mencari nafkah untuk keluarga setelah ayahnya jatuh sakit. Dia menoreh getah bagi menanggung ayah dan adik-adiknya. 

Suatu hari, Kak Long dirisik oleh Syafik (Beto Kusyairy) namun dia kecewa kerana Syafik menghilangkan diri semasa hari pernikahan mereka sehingga menyebabkan ayahnya meninggal dunia. Lukman yang menaruh hati pada Kak Long telah membuat fitnah sehinggakan Syafik percaya bahawa Kak Long bukan perempuan yang baik.

Review Telefilem : Rekah Di Jari Kak Long

Sinopsis Maaf Dari Khilaf (TV3)

Maaf Dari Khilaf (TV3)

Telefilem : Maaf Dari Khilaf
Produksi : ZK Creative Production
Pengarah : Eoon Shuhaini
Penulis Skrip : Hatta Middi
Siaran : TV3
Tayangan Asal : 12 Mei 2019
Pelakon : Zamarul Hisham, Tiz Zaqyah, Elly Mazlein, Indah Emeerlda, Ako Mustapha, Rosnah Mohd Aris, Ustaz Dinie Juri, Nik Alias Seman, Sherry Aljeffri

Sinopsis Maaf Dari Khilaf (TV3)

Sinopsis Telefilem Maaf Dari Khilaf

Mengisahkan pasangan suami isteri, Bakar (Zamarul Hisham) dan Salimah (Tiz Zaqyah) yang gembira menanti kelahiran anak mereka selepas berkahwin selama 15 tahun berakhir dengan tragedi tragis apabila Salimah keguguran.

Bakar mahu mencari individu yang mencampak sampah dari tingkat atas flat rumahnya yang menyebabkan Salimah menjadi mangsa angkara individu tidak bertanggungjawab.

Pada masa yang sama, jiran mereka Rosnah (Elly Mazlein) berasa amat bersalah kerana dia tahu siapa pelakunya.

Sinopsis Sayang Suria (TV3)

Sayang Suria (TV3)

Telefilem : Sayang Suria
Produksi : Country & Universal Sdn Bhd
Pengarah : Jamal Khan
Penulis Skrip : Sofia J Rhyland
Siaran : TV3
Tayangan Asal : 2015
Pelakon : Janna Nick, Hafeez Mikail, Hafreez Adam, Faye Kusairi, Eizlan Yusof, Marisa Yasmin, Lisdawati, Fauzi Nawawi, Nabila Huda

Sayang Suria (TV3)

Sinopsis Telefilem Sayang Suria

Mengisahkan Suria (Janna Nick) seorang gadis yang menghidap penyakit SLE (Systemic Lupus Erythematosus) atau lupus berkenalan dengan Rykal (Hafeez Mikail) apabila belajar di universiti yang sama tapi berbeza fakulti.

Suria dan Rykal berkawan baik dan kemudian saling jatuh cinta namun percintaan mereka tidak direstui oleh keluarga kerana mereka masih muda. Hal ini menyebabkan Suria dan Rykal mengambil keputusan untuk kahwin lari.

Malangnya keadaan kesihatan Suria semakin teruk dan memerlukan rawatan segera. Keluarga mereka menggunakan peluang ini untuk memisahkan Suria dan Rykal. 

Sinopsis Penunggu Simpang (TV9)

Sinopsis Penunggu Simpang (TV9)

Telefilem : Penunggu Simpang
Produksi : A. Aida Production
Pengarah : Along Kamaludin
Idea Asal : Eddy Imran Bin Mohamed Zokry
Siaran : TV3
Tayangan Asal : 23 Mac 2019
Pelakon : Aiman Tino, Jaja Iliyes, Kazar Saisi, Zaidi Omar, Zee Zainal, Faiz Tapaw, Khaty Azian, Nafiez Zaidi, Ropie

Sinopsis Telefilem Penunggu Simpang

Satu pembangunan dirancang di sebuah kampung Simpang-Simpang. Ada penduduk kampung yang bersetuju dan ada juga yang tidak bersetuju dengan projek tersebut. Tidak lama kemudian muncul hantu Penunggu Simpang yang mengganggu penduduk dan pekerja di situ.

Adakah Penunggu Simpang itu wujud atau ada yang merancang untuk sabotaj projek pembinaan yang dilakukan di situ?

Sinopsis Bagaikan Sumayyah (TV9)

Sinopsis Bagaikan Sumayyah (TV9)

Telefilem : Bagaikan Sumayyah
Siaran : TV9
Tayangan : 25 Januari 2024
Masa : Khamis | 8.30 Malam
Pelakon : Fasha Sandha, Dato Rahim Razali, Jue Aziz, Wan Maimunah, Ako Mustapha, Fauzi Nawawi, Yalal Chin, Normah Damanhuri 

Sinopsis Bagaikan Sumayyah (TV9)

Sinopsis Telefilem Bagaikan Sumayyah

Mengisahkan Shamsiah (Fasha Sandha) yang menjadi mangsa kerakusan nafsu jahat Tuan Razak (Dato Rahim Razali), cuba bangkit untuk mencari keadilan dan menyedarkan masyarakat sekeliling siapa sebenarnya Tuan Razak. 

Tuan Razak adalah seorang dermawan dan orang berada di kampung dan banyak membantu mereka yang susah dan sangat berpengaruh. Dalam pada itu, Tuan Razak mengambil kesempatan menodai gadis yang bekerja dengannya. 

Walaupun berhadapan dengan dugaan dan tentangan termasuk ibu bapanya, Shamsiah terus tabah dan meneruskan hidupnya dengan berkahwin dengan pilihan keluarga, Johan.

Sinopsis Crush Pilihan Mama (Astro Ria)

Sinopsis Crush Pilihan Mama (Astro Ria)

Telefilem : Crush Pilihan Mama
Pengarah : Noorsyahida
Penulis Skrip : Farah Bani
Siaran : Astro Ria 104
Tayangan : 26 Januari 2024
Masa : Jumaat | 10.00 Malam
Pelakon : Hariz Hamdan, Qistina Rania, Evertts Gomes, Fazlina Ahmad Daud

Sinopsis Crush Pilihan Mama (Astro Ria)

Sinopsis Telefilem Crush Pilihan Mama

Mengisahkan Nadia yang pada mulanya tidak mahu mengahwini lelaki pilihan ibunya bersetuju untuk mengahwini lelaki tersebut dan meninggalkan teman lelakinya, Kyle.

Sinopsis Jodoh Geng G (Astro Warna)

Sinopsis Jodoh Geng G (Astro Warna)

Telefilem : Jodoh Geng G
Produksi : Tribution Studio
Pengarah : Yen Osing
Siaran : Astro Warna
Tayangan : 27 Januari 2024
Masa : Sabtu | 9.00 Malam
Pelakon : Nabila Huda, Hisyam Hamid, Kamarool Hj Yusof, Aziz M Osman, Norreen Iman, Anas Ridzuan, Zulin Aziz, Dewa Sapri

Sinopsis Jodoh Geng G (Astro Warna)

Sinopsis Telefilem Jodoh Geng G

Dalam usaha menyatukan dua kumpulan yang sudah lama bermusuhan, dua ketua gengster membuat keputusan untuk mengahwinkan anak mereka bagi menamatkan persengketaan ini.

Bagaimanakah reaksi Suria (Nabila Huda) dan Rico (Hisyam Hamid), adakah mereka menerima perjodohan yang diatur oleh keluarga mereka?

Sinopsis Kasih Tau Foo Fah (TV3)

Sinopsis Kasih Tau Foo Fah (TV3)

Telefilem : Kasih Tau Foo Fah
Produksi : Eleven Field Creative Sdn Bhd
Pengarah : Raja Mukhriz
Penulis Skrip : Ellyna Ahmad
Siaran : TV3
Tayangan : 18 September 2021
Pelakon : Michael Ang, Mior Darwish, Sharifah Sakinah, Pekin Ibrahim, Sharifah Shahora, Jimmy Choong, Phoebe Tang, Shukri Yahaya

Sinopsis Kasih Tau Foo Fah (TV3)

Sinopsis Telefilem Kasih Tau Foo Fah

Mengisahkan Anis (Sharifah Sakinah) yang terpaksa meninggalkan anaknya, Fitri (Mior Danish) kerana dikejar samseng yang menuntut hutang suaminya yang kaki judi.

Sejak itu, Fitri terpisah daripada ibunya dan kemudiannya bertemu Ah Leong (Michael Ang) yang merupakan seorang peniaga tau foo fah. Ah Leong membuat keputusan untuk menjaga Fitri. Mampukah Fitri bersatu semula dengan keluarga kandungnya?

Sinopsis Terima Kasih Ibu (TV3)

Sinopsis Terima Kasih Ibu (TV3)

Telefilem : Terima Kasih Ibu
Produksi : Aida Khalida Production
Pengarah : Fairuz Loy
Penulis Skrip : Shah Rizal
Siaran : TV3
Tayangan Asal : 11 Mei 2019
Pelakon : Nafiz Muaz, Sherie Merlis, Azhan Rani, Adam Corrie, Firdaus Ghufran, Nad Zainal, Idham Maulana

Sinopsis Telefilem Terima Kasih Ibu

Mengisahkan Nil seorang pelajar yang bermasalah, ibunya, Zaitun pula selalu menyebelahi anaknya walaupun anaknya membuat salah dan langsung tidak mempedulikan nasihat guru untuk menegur sikap anaknya itu.

Perangai Nil semakin melampau sehingga dia terlibat dalam kes memukul seorang pelajar lain sehingga menyebabkan kematian lalu dihantar ke sekolah juvana. Namun Nil langsung mengambil iktibar atau menyesali perbuatannya itu malah selepas keluar dari sekolah juvana, sikap Nil langsung tidak berubah.

Nil kemudiannya terlibat dalam kegiatan haram dan menjadi penjenayah yang diburu pihak polis. Dia melarikan diri bersembunyi dari ditangkap kerana takul hukuman berat yang bakal dihadapinya.

Sinopsis Rampas Cintaku Musim 2 (iQIYI)

Sinopsis Rampas Cintaku Musim 2 (iQIYI)
Kredit: Instagram iQIYI Malaysia

Drama : Rampas Cintaku Musim 2
Produksi : MIG Production
Pengarah : EJump Mohd
Penulis Skrip : Azzu Roslan
Siaran : iQIYI
Mula Tayangan : 19 Januari 2024
Episod : 12
Pelakon : Fasha Sandha, Afieq Shazwan, Ady Mohamad, Keith Foo, Lorenzo Irmann, Puteri Balqis Asyikin, Erra Fazira, Zamarul Hisyam, Zarynn Min, Alya Iman, Ezaidi Aziz


Sinopsis Drama Rampas Cintaku 

Mengisahkan perjalanan hidup Datin Safieya (Fasha Sandha) yang berjuang melawan kesedihan dan kesetiaan diuji apabila hadirnya jejaka yang cuba meredakan kesunyiannya setelah kehilangan suami tercinta.

Datin Safieya menghadapi dilema dengan kemunculan semula bekas suaminya, Dato Jefri (Zarul Husin) yang cuba menganggu kebahagiaan rumah tangganya bersama Rizal (Afieq Shazwan). 

Pemergian Rizal ke luar negara untuk menyambung pengajiannya menyebabkan Safieya semakin tertekan dan bergelut dengan emosi apabila mengetahui rahsia gelap Rina (Puteri Balqis). Safieya rasa bersalah kerana tidak dapat menjaga Rina yang sedang trauma dengan baik.

Dengan secebis kekuatan yang ada, Safieya bangkit untuk memperbetulkan segalanya. Namun masa lalu telah kembali menghantuinya.

Sinopsis Rampas Cintaku Musim 2 (iQIYI)

Rampas Cintaku juga bakal mencipta sejarah apabila ia bakal menjadi drama Melayu pertama yang ditayangkan di China. Rampas Cintaku 2 bakal ditayangkan di platform iQIYI secara globall (www.iq.com dan aplikasi) meliputi lebih dari 190 wilayah bermula 19 Januari 2024.

Sinopsis Pekerja Terbaik (TV9)

Pekerja Terbaik (TV3)

Telefilem : Pekerja Terbaik
Pengarah : Kyoll Hamzah
Penulis Skrip : Farhana Zul
Siaran : TV9
Tayangan : 12 Januari 2024
Pelakon : Zahiril Adzim, Sharifah Sakinah, Syazwan Zulkifli, Sherry Al-Hadad, Rykarl Iskandar, Shah Tapaw, Zahfiz Hamzah, Zul Handy Black, Acong Sweetchild, Faiz Tapaw, Kiah Propa

Pekerja Terbaik (TV3)

Sinopsis Telefilem Pekerja Terbaik 

Mengisahkan Shaudin (Zahiril Adzim) yang bekerja di sebuah restoran makanan segera dan selalu menjadi pekerja terbaik setiap bulan. Namun perangai Shaudin yang suka berlagak itu tidak disukai oleh Cik Jue (Sherry Al-hadad) yang merupakan penyelia di situ.

Suatu hari, Cik Jue mengumumkan akan menyerahkan jawatannya kepada pekerja terbaik bulan seterusnya dan Shaudin yakin dia bakal mendapat jawatan penyelia di situ. Namun kedatangan Hairi (Syazwan Zulkifli) di situ yang pernah menjadi pekerja terbaik di tempat kerja lamanya membuatkan Shaudin merasa tergugat. 

Adakah Shaudin dapat mengekalkan kedudukannya dan dinaikkan pangkat?

Filem Nasi Lemak Kimchi (Astro First)

Filem Nasi Lemak Kimchi (Astro First)

Filem : Nasi Lemak Kimchi
Produksi : Tiqa Netto Sdn Bhd
Pengarah : Zyrul Blackopi
Siaran : Astro First
Tayangan : 4 Januari 2023
Pelakon : Didi Astillah, Dinie Ng, Noorkhiriah, Zaidi Omar, Hairi Safwan

Sinopsis Filem Nasi Lemak Kimchi

Mengisahkan Atiqah (Didi Astillah) yang terlalu obses dengan artis Korea rasa keberatan untuk pulang ke kampung kerana ayahnya, Pak Jalil (Zaidi Omar) seorang yang tegas.

Namun, kehadiran seorang YouTuber Korea, Woo Bin di kampungnya yang menikmati Nasi Lemak ibunya yang tular di kedai mereka membuat dia ingin kembali. Semasa Woon Bin tinggal di rumah Atiqah, hubungan mereka semakin rapat sehingga dia mendapat tahu Woon Bin berpakat dengan ayahnya.

Sinopsis Doa Untuk Adik (TV Okey)

Doa Untuk Adik (TV Okey)

Telefilem : Doa Untuk Adik
Produksi : Onechinoiz Studios
Pengarah : Ismaizal Yusoof
Penulis Skrip : Ismaizal Yusoof, Safrina Mohd Bakri
Siaran : TV1/ TV Okey
Tayangan Asal : 16 April 2022
Pelakon : Zahiril Adzim, Rusdi Ramli, Syafie Naswip, Izzy Reef, Nadia Aqilah, Nabila Huda, Rafe Sumantri, Puteri Cici, Nu'man Slleh

Doa Untuk Adik (TV Okey)

Sinopsis Telefilem Doa Untuk Adik

Khalid (Zahiril Adzim) sering kali menghadapi konflik dan dilanda musibah dalam hidupnya. Ilyas (Rusdi Ramli) dipersalahkan, namun Ilyas terus menitip doa buat Khalid hingga ke penghujung hayatnya. Baginya setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya.

Sinopsis #SoKampung (TV3)

#SoKampung (TV3)

Telefilem : #SoKampung
Produksi : Mermaid Studios Sdn Bhd
Pengarah : Liyana Jasmay
Siaran : TV3
Tayangan Asal : 29 Februari 2020
Pelakon : Eyka Farhana, Elisya Sandha, Syafi Tee, Kuna Muzani, Kuza Muzani, Shasha Rahman, Liyana Jasmay, Hariesa, 

Sinopsis #SoKampung (TV3)

Sinopsis Telefilem #SoKampung

Mengisahkan Khalisa seorang gadis yang dibesarkan di kampung sangat obses dengan seorang blogger fesyen bernama Viva Yusuf.  Khalisa mempunyai akaun instagram dengan menggunakan nama Kylie. Khalisa berangan untuk bersolek dan berpakaian cantik seperti Viva tapi kehidupannya cuma berlatarkan sawah padi dan kampung.

Khalisa mempunyai seorang sepupu sebaya bernama Sarah yang tinggal di KL dan selalu mengikuti aktiviti Sarah dalam instagram. Masa kecil dulu Sarah selalu datang ke kampung waktu cuti sekolah dan Khalisa jgua selalu datang ke KL.

Sinopsis Batik Zakiah (TV3)

Batik Zakiah (TV3)

Telefilem : Batik Zakiah
Produksi : Luqsar Kreatif Sdn Bhd
Pengarah : Heykal Hanifah
Penulis Skrip : Wan Mahani Wan Hassan, Ana Balqis
Siaran : TV3
Tayangan Asal : 12 Jun 2019
Pelakon : Amyza Aznan, Eyka Farhana, Rusdi Ramli, Laila Nasir, Dato Tamimi Siregar, Faezah Elai, Noralbaniah, Azar Azmi, Asri Azizan

Batik Zakiah (TV3)

Sinopsis Telefilem Batik Zakiah 

Mengisahkan Zakiah (Eyka Farhana) yang bercita-cita untuk menyambung pelajaran selepas SPM tapi impian tidak dapat dicapai apabila ayahnya mengahwinkan dia dengan Azmi (Rusdi Ramli) yang sudah pun mempunyai seorang isteri bernama Moon (Laila Nasir).

Perkahwinan Zakiah dan Azmi bahagia tapi Moon tidak habis mencemburui Zakiah dan merasakan suaminya tidak berlaku adil lalu menyuruh Azmi membawa Zakiah yang sudah berbadan dua untuk tinggal bersama dalam satu rumah. Kesibukkan Azmi yang jarang pulang ke rumah menyebabkan Moon mengambil kesempatan mendera Zakiah.

Setelah melahirkan anak yang diberi nama Anum, Zakiah diceraikan dan anaknya diambil semasa umur 6 bulan. Kejadian itu menyebabkan Zakiah mengalami kemurungan dan meroyan. Hanya sehelai kain batik yang selalu digunakan untuk Anum sebagai pengubat rindu.

Sinopsis Istana Firdaus (TV3)

Istana Firdaus (TV3)

Telefilem : Istana Firdaus
Produksi : Mel Corporation Sdn Bhd
Pengarah : Along Kamaludin
Penulis Skrip : Zuli Ismail
Siaran : TV3
Tayangan Asal : 16 Jun 2018
Pelakon : Fasha Sandha, Redza Rosli, Nik Adam Mika, Fadilah Mansor

Istana Firdaus (TV3)

Sinopsis Telefilem Istana Firdaus

Mengisahkan Liza (Fasha Sandha) dan Kamal (Redza Rosli) yang mempunyai dua orang cahaya mata. Kerana kesibukan kerja, Liza terpaksa menghantar anak bongsunya yang baru berusia dua bulan ke rumah pengasuh.

Malangnya pada hari pertama, anaknya telah meninggal dunia dalam jagaan pengasuh kerana tersedak susu. Hal ini menyebabkan Liza meroyan kerana tidak dapat menerima pemergian anak bongsunya manakala anak sulungnya, Danial (Nik Adam Mika)) yang berusia 8 tahun diabaikan oleh Liza kerana hanyut dalam kesedihannya.

Sinopsis Hawt Fellas (TV3)

Hawt Fellas

Drama : Hawt Fellas
Produksi : Country & Universal Sdn Bhd
Pengarah : Eoon Shuhaini
Penulis Skrip : Lee Chonz
Siaran : TV3
Mula Tayangan : 4 Januari 2024
Masa : Khamis-Sabtu | 9.00 Malam
Episod : 13
Pelakon : Nabil Aqil, Iedan Aedan, Atiq Azman, Raden Zaharatul, Trisha Ong, Izzul Faiq, Khaled, Amy Nur Tinie, Mustaqim Bahadon, Nazim Othman, Anne Abdullah, Amanda Misbun

Sinopsis Drama Hawt Fellas

Lee (Nabil Aqil), Napron (Idan Aedan), Mat Don (Atiq Azman) dan Floral (Raden Zaharatul) masing-masing mempunyai impian yang ingin dicapai selepas menduduki peperiksaan SPM. Mereka belajar di sekolah menengah yang sama. Lee dan Napron belajar dalam aliran Sains manakala Mat Don dan Flora di aliran Sastera.

Lee merupakan pelajar cemerlang dan menjadi harapan sekolah dan keluarga tetapi dia tertekan dengan sikap keluarganya yang terlalu meletakkan harapan tinggi tanpa memikirkan minat dan kehendaknya. Lee minat seni tetapi dia terpaksa masuk aliran Sains atas desakan keluarga yang ingin melihatnya melanjutkan pelajaran dalam jurusan kejuruteraan. Lee berkemahiran bermain gitar dan melukis, dia menjadikan muzik dan melukis sebagai tempat menenangkan fikiran.

Napron memilih aliran Sains untuk membuktikan yang dia bijak dan hebat. Dia menjadi mangsa kepada ayahnya yang merupakan penagih dadah. Napron sering dituduh kerana imej ‘rock underground’. Mat Don seorang anak yatim piatu membesar di bawah jagaan bapa saudara. Mat Don mengalami OCD tanpa dia sedar.

Flora pula nampak agak nakal kerana mempunyai masalah keluarga. Flora menganggap Lee sebagai “crush” dan sering meminta bantuan daripada Lee untuk menghasilkan lukisan yang baik di luar waktu sekolah. Napron yang menaruh perasaan dengan Flora rasa cemburu dan sering mencari gaduh dengan Lee.

Selepas pengumuman keputusan SPM, Lee menghilangkan diri kerana kecundang dalam SPM. Floral dan Mat Don menganggap Lee telah melanjutkan pelajaran ke luar negara seperti yang diinginkan oleh ibu bapanya.Lee malu dan terpaksa berbohong. Dalam diam, dia mengatur rancangan untuk mengambil SPM ulangan.

Di tempat yang lain, terdapat seorang pelajar lepasan SPM yang juga inginkan kebebasan hidup. Indah Tisya Ong tidak ingin hidupnya dikongkong oleh keluarga. Dia telah menolak tawaran kemasukan Universiti Pendidikan kerana tidak mahu menjadi cikgu agama seperti yang dikehendaki oleh ibu bapanya. Sebaliknya, minat Indah lebih cenderung kepada berlakon.

Apakah yang akan berlaku seterusnya? Mampukah Lee, Napron, Mat Don, Flora dan Indah mencapai cita-cita masing-masing? Bagaimanakah mereka berhadapan dengan dugaan dan pilihan hidup yang perlu dibuat? Adakah isi hati mereka akan didengari dan difahami oleh keluarga mereka?

Sinopsis Layang-Layang Perkahwinan (Astro Ria)

Layang-Layang Perkahwinan (Astro Ria)

Drama : Layang-Layang Perkahwinan
Produksi : iFame (iFabulous Art Media & Event)
Pengarah : Eyra Rahman
Penulis Skrip : Oka Aurora
Siaran : Astro Ria 104
Mula Tayangan : 8 Januari 2024
Masa : Isnin-Khamis | 10.00 Malam
Episod : 28
Pelakon : Shukri Yahaya, Ezzanie Jasny, Keith Foo, Alya Iman, Nina Juren, Haidar Hasanuddin, Natasha Elyzza, Arash Mohd, Lisdawati, Aishah Ilias

Sinopsis Drama Layang-Layang Perkahwinan 

Sebuah keluarga bahagia dan sempurna ternyata menyimpan satu rahsia besar. Adakah rahsia itu akan tersimpan rapi atau sebaliknya?

Mengisahkan Azim (Shukri Yahaya) yang berjaya dinaikkan pangkat atas usaha isterinya, Saida (Ezzanie Jasny). Saida mula rasa Azim banyak berubah apabila selalu pulang lambat dengan alasan sibuk rupa-rupanya Azim telah curang.

Saida cuba mencari bukti kecurangan Azim dan merasakan Maryam mempunyai hubungan sulit dengan suaminya.

Baca juga : Drama Layangan Putus lakonan Putri Marino, Reza Rahadian dan Anya Geraldine