Sinopsis Terima Kasih Ibu (TV3)

Sinopsis Terima Kasih Ibu (TV3)

Telefilem : Terima Kasih Ibu
Produksi : Aida Khalida Production
Pengarah : Fairuz Loy
Penulis Skrip : Shah Rizal
Siaran : TV3
Tayangan Asal : 11 Mei 2019
Pelakon : Nafiz Muaz, Sherie Merlis, Azhan Rani, Adam Corrie, Firdaus Ghufran, Nad Zainal, Idham Maulana

Sinopsis Telefilem Terima Kasih Ibu

Mengisahkan Nil seorang pelajar yang bermasalah, ibunya, Zaitun pula selalu menyebelahi anaknya walaupun anaknya membuat salah dan langsung tidak mempedulikan nasihat guru untuk menegur sikap anaknya itu.

Perangai Nil semakin melampau sehingga dia terlibat dalam kes memukul seorang pelajar lain sehingga menyebabkan kematian lalu dihantar ke sekolah juvana. Namun Nil langsung mengambil iktibar atau menyesali perbuatannya itu malah selepas keluar dari sekolah juvana, sikap Nil langsung tidak berubah.

Nil kemudiannya terlibat dalam kegiatan haram dan menjadi penjenayah yang diburu pihak polis. Dia melarikan diri bersembunyi dari ditangkap kerana takul hukuman berat yang bakal dihadapinya.

No comments:

Post a Comment